{"id":3091,"date":"2020-10-05T09:34:13","date_gmt":"2020-10-05T09:34:13","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=3091"},"modified":"2020-10-05T09:34:15","modified_gmt":"2020-10-05T09:34:15","slug":"awang-dagang-bin-jusoh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/05\/awang-dagang-bin-jusoh\/","title":{"rendered":"Awang Dagang bin Jusoh"},"content":{"rendered":"\n<p>AWANG Dagang bin Jusoh dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mengutamakan pendidikan Islam, pada tahun 1935, di Kampung Gelugur, Kerteh, Kemaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kerteh, Kemaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Selepas itu beliau meneruskan pelajaran ke Sekolah Arab al-Falah, juga di Kemaman, sebelum melanjutkan pengajian Islamnya di sebuah pondok terkenal di Bachok, Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun secara formalnya beliau dikatakan telah tamat pengajian, namun minatnya terhadap pendidikan Islam mendorong Awang Dagang untuk terus mengikuti pengajian pondok. <\/p>\n\n\n\n<p>Di masa yang sama beliau turut memberikan kuliah agama di beberapa tempat di sekitar Kemaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 1950, Ustaz Awang mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Alhamdulillah, berkat ketekunan mereka, setakat ini pasangan ini dikurniakan 14 orang cahaya mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Ustaz Awang mula mendaftar sebagai ahli PAS pada tahun 1959. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau terus bergiat cergas di Kemaman, sehingga ke saat ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam tahun 1966 beliau dipilih menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman Utara dan kekal memegang jawatan itu sehingga 1970.<\/p>\n\n\n\n<p>Di atas usaha giatnya menyampaikan kuliah agama di serata tempat, pada tahun 1974 Ustaz Awang diberi tauliah oleh pihak berkuasa agama negeri, sebagai guru agama polis daerah Kemaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Di tahun yang sama juga beliau mula bertugas sebagai Pegawai Seranta, Lembaga Urusan Tabung Haji. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau sempat berkhidmat di jawatan tersebut sehingga 1978.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam tahun 1974 itu juga Ustaz Awang dipilih menerajui PAS Kawasan Kemaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menjadi Yang Dipertua selama hampir 20 tahun, sehingga 1992. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam tempoh itu beliau sempat bertanding beberapa kali dalam pilihan raya umum. <\/p>\n\n\n\n<p>Bermula pada Pilihan Raya Umum 1978, beliau mencuba nasib di DUN Kemasek. <\/p>\n\n\n\n<p>Lawannya ialah Datuk Wan Adnan bin Wan Ismail daripada BN. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau tewas dengan majoriti 1,541 undi. Datuk Wan memungut 3,270 undi, Ustaz Awang hanya memperolehi 1,729 undi.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Pilihan Raya Umum 1982, Ustaz Awang sekali lagi bertanding di DUN Kemasek. <\/p>\n\n\n\n<p>Lawannya juga orang yang sama, Datuk Wan Adnan. Sekali lagi beliau tewas kepada calon BN itu, kali ini dengan majoriti yang agak besar, iaitu 2,416 undi. <\/p>\n\n\n\n<p>Sememangnya Kemaman bukanlah kawasan \u2018sihat\u2019 bagi PAS ketika itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mengharapkan kemenangan PAS di situ adalah ibarat mengharapkan PAS menawan Johor atau Negeri Sembilan sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun kalah atau menang, perjuangan tetap diteruskan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pilihan Raya Umum 1986 mencatatkan sejarah tersendiri bagi Ustaz Awang. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau sekali lagi dipilih bertanding mewakili PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia disifatkan bersejarah kerana itulah kali pertama Ustaz Awang berhadapan dengan Datuk Seri Amar DiRaja Wan Mokhtar bin Ahmad di DUN Chukai. <\/p>\n\n\n\n<p>Selaku MB tentulah\u00a0<em>advantage<\/em>\u00a0banyak memihak kepada Wan Mokhtar. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin BN itu menang mudah dengan majoriti 2,996 undi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Berbekalkan pengalaman sebagai Pegawai Seranta di Tabung Haji, pada tahun 1989 Ustaz Awang mula menjadi pemimpin jemaah haji di daerah Kemaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Boleh dikatakan setiap tahun beliau mengetuai rombongan jemaah haji dari daerah itu ke tanah suci Mekah. <\/p>\n\n\n\n<p>Khidmat masyarakat yang diberikannya itu menambahkan lagi kemesraan antara beliau dengan anggota masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Pilihan Raya Umum 1990, negara menyaksikan kehadiran Parti Semangat 46. <\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran mereka nyata memberikan sedikit harapan baru bagi Angkatan Perpaduan Ummah (APU), khususnya PAS di Terengganu, untuk memperbaiki prestasi dalam pilihan raya itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ustaz Awang sekali lagi mengambil bahagian yang aktif sebagai calon PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Kali ini beliau bertanding di DUN Kijal, menentang calon BN, Ahmad bin Said.<\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah penyokong Parti Semangat 46 yang didakwa sangat ramai itu bagaimanapun masih tidak berupaya membantu sebarang kemenangan di kawasan Kemaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua calon APU tewas kepada calon-calon BN. <\/p>\n\n\n\n<p>Ustaz Awang tewas kepada Ahmad dengan majoriti1,834 undi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemunculan beberapa tokoh baru dalam PAS Kawasan Kemaman menguatkan lagi hasrat Ustaz Awang untuk memberi laluan kepimpinan kepada mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka pada tahun 1992, beliau pun melepaskan jawatan Yang Dipertua. <\/p>\n\n\n\n<p>Tempoh \u2018rehat\u2019 itu memberikannya lebih masa untuk menumpukan perhatian kepada kuliah agama serta urusan jemaah haji.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengunduran itu bagaimanapun tidak mampu bertahan lama. <\/p>\n\n\n\n<p>Ternyata ahli-ahli PAS Kawasan Kemaman masih lagi dahagakan khidmat bakti \u201cayahanda\u201d mereka itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka pada tahun 1994 beliau pun terpilih semula menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, dan kekal menerajui kawasan berkenaan hingga sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Pilihan Raya Umum 1995, Ustaz Awang mengecualikan dirinya daripada dicalonkan, bagi memberi laluan kepada muka-muka baru. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah juga khabarnya apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum 1999. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada permulaannya Ustaz Awang mengemukakan seorang calon yang sangat berwibawa, seorang tokoh korporat muda dan aktivis pemuda yang sangat tersohor di peringkat kawasan, negeri dan juga Pusat.<\/p>\n\n\n\n<p>Nama beliau disebut kembali hanya apabila Wan Mokhtar mengisytiharkan dirinya akan kekal mempertahankan DUN Cukai. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah tentu jagoan sehebat Wan Mokhtar memerlukan seorang jagoan juga untuk menghadapinya. <\/p>\n\n\n\n<p>Seorang yang dikira paling layak dan agak setaraf dari segi usia dan keilmuan untuk memikul tugas berat itu sudah tentulah Ustaz Awang.<br>Dengan gelombang perubahan politik yang begitu kuat membadai Pantai Timur, Ustaz Awang telah mencatat kenangan paling manis dalam hidupnya sebagai\u00a0<em>\u2018giant killer\u2019<\/em>\u00a0di Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>MB Terengganu yang bertakhta selama lebih 25 tahun, dengan segala kelengkapan jentera pilihan raya yang serba canggih, akhirnya tumbang juga.<\/p>\n\n\n\n<p>Ustaz Awang berjaya mengutip 6,564 undi, manakala Wan Mokhtar memperolehi 6,128 undi. <\/p>\n\n\n\n<p>Majoriti yang dipungut hanyalah 436. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ia sudah lebih dari cukup untuk meruntuhkan kekuasaan BN di Kemaman, sekaligus meranapkan pemerintahan lebih 38 tahun BN di Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 2 Disember 1999 Yang Berhormat Ustaz Haji Awang Dagang bin Jusoh pun dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, bertanggungjawab ke atas Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Bukan Islam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>AWANG Dagang bin Jusoh dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mengutamakan pendidikan Islam, pada tahun 1935, di Kampung Gelugur,<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3092,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[37],"class_list":["post-3091","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sejarah","tag-sejarah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3091","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3091"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3091\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3093,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3091\/revisions\/3093"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3092"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3091"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3091"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3091"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}