{"id":3094,"date":"2020-10-05T09:56:53","date_gmt":"2020-10-05T09:56:53","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=3094"},"modified":"2020-10-05T09:57:48","modified_gmt":"2020-10-05T09:57:48","slug":"berapa-ramai-bukan-islam-dibunuh-oleh-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/05\/berapa-ramai-bukan-islam-dibunuh-oleh-pas\/","title":{"rendered":"Berapa Ramai Bukan Islam Dibunuh Oleh PAS?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila&nbsp;ada cadangan perlunya ada wakil PAS dilantik menyertai Kabinet kerajaan negeri Sabah, sebagai menghargai keputusan PAS kerana tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, ultra kiasu terus melompat seperti cacing kepanasan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka mendakwa kononnya PAS adalah parti yang tidak terbuka terhadap kepercayaan lain dan akan mengganggu keharmonian agama dan kaum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maaf, saya nak jawab kasar sikit, tidak terbuka dan ganggu keharmonian, \u2018kepala otak kau\u2019.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekarang inipun, ramai pemimpin PAS berada dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak kedengaran pula penindasan dan kezaliman dilakukan kepada orang bukan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kehidupan beragama berjalan lebih harmoni berbanding dengan ketika PH memerintah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada zaman PH memerintah selama 22 bulan, boleh dikatakan saban hari, ada sahaja isu-isu berkaitan Islam yang dipersendakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalau tidak percaya, tanya Mufti Perlis. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pasti beliau ada jawapan<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak sangka-sangka pula, ultra kiasu PBS dan STAR pun terikut-ikut dengan rentak ultra kiasu DAP. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Macam senada. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adik beradik rupanya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Patutlah<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya nak tanya PBS, pernahkah orang PAS di Sabah mengganggu kehidupan bukan Islam di sana? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pernahkah orang PAS turun ke jalan raya menjawikan nama jalan seperti mana yang ultra kiasu DAP lakukan untuk mencinakan nama jalan? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang saya tahu, orang PAS yang bertugas di Sabah, jauh lebih memahami erti harmoni dan perpaduan, kerana belajar daripada orang Sabah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sudah tentu orang PAS Sabah jauh lebih memahami.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Satu lagi, sejak Sabah diperintah orang Islam, saya tidak pernah jumpa surau atau masjid dibina setiap satu kilometer, berbanding ketika PBS memerintah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setiap satu kilometer ada satu gereja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang berlaku sebenarnya?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setahu saya, PAS tersangat jarang mencampuri urusan bukan Islam, berbanding ultra kiasu selalu mencampuri urusan agama Islam dalam banyak hal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebut sahaja PAS, kepada ultra kiasu semuanya negatif\u2026<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila PAS memerintah, negara akan jadi negara taliban<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila PAS memerintah, keharmonian kaum terjejas<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila PAS memerintah, bukan Islam akan dianiayai dan dizalimi<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila PAS memerintah, macam-macam mala petaka akan menimpa bukan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ironinya, apa yang ultra kiasu ini tuduh, langsung tidak berlaku dalam bentuk realiti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hakikatnya, bila PAS memerintah, bukan Islam dijaga dan mendapat keadilan jauh lebih baik daripada negara asal mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hakikatnya, bila PAS memerintah, hubungan kaum semakin rapat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mana tidaknya, di Kelantan, patung Buddha berdiri setinggi pokok kelapa, jika duduk setinggi menara masjid. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika baring, bertemu dinding ke dinding. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi, mana talibannya?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kata lain, sejak PAS memerintah Kelantan dan Terengganu, kini Kedah, nasib bukan Islam sentiasa terbela.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Terengganu, orang India boleh dikira dengan jari, ada juga kuil Hindu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak kurang gereja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lagi pelik, kerajaan Terengganu turut melantik non muslim sebagai pegawai khas kepada Menteri Besar, daripada kalangan orang India. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sedangkan orang Cina jauh lebih ramai daripada India. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Silap-silap suatu hari ini, wakil Bumiputera Sabah Sarawak pun ada.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tercari-cari saya di mana ekstremnya PAS ini? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berbanding dahulu, PAS kini jauh lebih terbuka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kadang-kadang keterbukaannya sehingga sukar ditutup.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika PAS untuk orang Islam sahaja, sudah lama semua patung-patung Buddha yang tinggi, panjang dan lebar diroboh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga dengan kuil dan gereja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini tidak, malah diberikan peruntukan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di negara India sendiri, nak bina kuil kena guna duit sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di negara kita, kerajaan bantu bina.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rumah ibadat yang dibina jauh lebih banyak daripada yang langsung tidak diroboh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika roboh, ada ganti lagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kes Kuil di Subang Jaya, melibatkan arwah Adib, sampai sekarang kuil tersebut masih lagi tidak pindah walaupun tanah ganti telah disediakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dua-dua dapat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kini, PAS memerintah Kedah, pergi bilang berapa banyak kuil Hindu di Kedah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga gereja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Paling kelakar di Sg Petani, jalan lurus menjadi bengkok memberi laluan kepada kuil Hindu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nak apa lagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bayangkan jika surau atau masjid, menghalang jalan awam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kekal atau roboh? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jawapannya, roboh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan Islam ditatang dalam negara Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bandingkan dengan negeri Selangor, lagi banyak kuil Hindu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Boleh dikatakan semua berada dalam tanah kerajaan, berbanding persendirian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya berjalan-jalan di Sungai Burung, Tanjung Karang, boleh dikatakan tidak ada kuil di tanah persendirian yang diberi oleh kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi bila berada di jalan raya, lambakan kuil berada di tanah kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nak cakap apa? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini belum pergi ke negeri Perak lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, hentikanlah prasangka yang sengaja diada-adakan ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setahu saya, bila PAS memerintah atau parti lain yang dipimpin orang Islam, bukan Islam mendapat lebih apa yang sepatutnya dia dapat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Buddha yang kurang daripada lima peratus di Kelantan, tidak sepatutnya mendapat patung yang tinggi, panjang dan lebar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi ketinggiannya dan kepanjangannnya, mengalahkan tinggi dan panjangnya masjid surau. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mahu apa lagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mana talibannya?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Taliban ini apa? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika tindakan Taliban merobohkan patung Buddha di Afghanistan, suatu ketika dahulu, mahu dikatakan Taliban ekstrem, pada saya tindakan tidaklah ekstrem, sebab, tidak seorang pun penganut Buddha di sana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalau sudah tidak ada penganut, buat apa dengan patung tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Daripada dahulu saya telah cakap, tetapi sengaja diputar belit ultra kiasu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan Islam tidak perlu bimbang apabila Islam memerintah kerana Islam sama sekali tidak membenarkan penganiayaan atau diskriminasi dilakukan terhadap bukan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika itulah sifat Islam, ekstrem dan menindas, bagaimana agama suci ini dapat berkembang cepat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kini, dalam masa 1,400 tahun sahaja, penganut agama Islam, sudah menjadi kedua terbesar dunia, meskipun sebelum itu telah wujud agama (ajaran) yang lebih lama. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenapa bukan Hindu? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenapa bukan Buddha?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jawapan mudah, agama Islam amat meraikan hak-hak bukan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebab itu ramai orang masuk Islam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika tidak, mana mungkin Islam begitu cepat berkembang, sedang ada agama yang lebih lama usianya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Banding dengan apa yang LTTE lakukan terhadap umat Islam di Sri Lanka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berapa banyak masjid menjadi mangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebab itu, saya minta hentikan mitos, dakwaan dan penghinaan terhadap PAS bila memerintah keharmonian terjejas dan macam-macam lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya ingin ingatkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, jangan terpengaruh dengan propaganda licik ultra kiasu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ultra kiasu cukup bimbang dengan keterbukaan Islam berprinsip yang dibawa oleh PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka cukup bimbang ekonomi atau perniagaan haram mereka yang bertentangan dengan agama dan cara hidup mereka akan terjejas<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika arak, judi, kelab malam, pelacuran, nombor ekor dan lain-lain aktiviti haram, yang menjadi bisnes utama cepat jadi kaya, yang menjadi isu, ingin saya bertanya, agama atau ajaran apa yang membenarkan aktiviti-aktiviti ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kristian? Hindu? Buddha? Atau apa?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak ada satupun agama atau ajaran yang membenarkan semua aktiviti haram ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika ada agama atau ajaran yang kata, aktiviti yang sebut tadi itu dibolehkan oleh agamanya, saya nak beritahu, hina sungguh agama atau ajaran kamu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tak layak langsung agama itu dipanggil agama, atau ajaran. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih baik kamu tinggalkan cepat agama atau ajaran tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang ingin saya sampaikan adalah, semua agama atau ajaran mengajar kita semua menjadi baik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak ada agama atau ajaran yang mengajar kita berbuat jahat atau kemungkaran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, apa yang kamu ingin pertahankan ultra kiasu? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kamu sengaja timbulkan rasa tidak senang terhadap PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebenarnya, yang menyebabkan tidak keruan dan ketidakharmonian, bukan PAS tetapi adalah ultra kiasu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerajaan minta hentikan operasi kelab malam ketika wabak COVID-19, kamu degil. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terus buka, untuk dapat duit mudah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila ada operasi, kamu kena tangkap. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inilah yang kamu paling takutkan? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siapa yang hina sebenarnya? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS mesti saman ultra kiasu ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><a href=\"https:\/\/ismaweb.net\/2020\/10\/05\/berapa-ramai1-bukan-islam-dibunuh-oleh-pas\/?fbclid=IwAR2SetJP-tPO5ZV33in7EYkri-Asbp3FD_Hba4u3wyxEjMPTZQ2k4n59sKk\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">ISMAWEB<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Apabila&nbsp;ada cadangan perlunya ada wakil PAS dilantik menyertai Kabinet kerajaan negeri Sabah, sebagai menghargai keputusan PAS kerana tidak<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3095,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-3094","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3094","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3094"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3094\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3097,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3094\/revisions\/3097"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3095"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3094"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3094"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3094"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}