{"id":3112,"date":"2020-10-05T11:40:18","date_gmt":"2020-10-05T11:40:18","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=3112"},"modified":"2020-10-05T11:40:19","modified_gmt":"2020-10-05T11:40:19","slug":"covid-19-dua-kluster-baharu-di-kedah-satu-di-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/05\/covid-19-dua-kluster-baharu-di-kedah-satu-di-terengganu\/","title":{"rendered":"Covid-19: Dua Kluster Baharu Di Kedah, Satu Di Terengganu"},"content":{"rendered":"\n<p>Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tiga lagi kluster baharu membabitkan dua di Kedah dan satu di Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster terbabit ialah Kluster Bah Sintok dan Kluster Jeram di Kedah serta Kluster Bah Tanjung di Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, Kluster Bah Sintok dikenal pasti di Kubang Pasu, di mana kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12,072) adalah seorang lelaki warga negara Malaysia berusia 23 tahun yang baru pulang dari Sabah pada 20 September.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kes mempunyai gejala demam, selesema dan sakit kepala sejak 22 September lalu. Saringan Covid-19 dikesan positif pada 2 Oktober lalu dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan 11 lagi kes positif Covid-19 dikenal pasti. Kesemua kes yang dikesan positif adalah warga negara Malaysia dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah,&#8221; katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Noor Hisham berkata, sehingga 12 tengah hari ini sejumlah 165 individu disaring di mana 12 dikesan positif, 61 negatif dan 92 masih menunggu keputusan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagi Kluster Jeram pula dikenal pasti di Kubang Pasu. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11,211) adalah seorang pesakit wanita warga negara Malaysia berusia 31 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kes bergejala batuk dan sakit kepala sejak 25 September lalu dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tunjang pada 28 September lalu di mana saringan Covid-19 dijalankan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kes dikesan positif pada 29 September dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah. Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan tiga lagi kes positif Covid-19 dikenal pasti,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, ketiga-tiga kes positif ini membabitkan petugas kesihatan. Mereka juga dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sehingga 12 tengah hari ini , sejumlah 65 individu disaring di mana empat dikesan positif, 50 negatif dan 11 masih menunggu keputusan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Proses pembersihan dan nyah kuman di fasiliti kesihatan yang berkaitan telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu. Punca jangkitan masih dalam siasatan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, Kluster Bah Tanjung pula dikenal pasti di Kuala Nerus, Terengganu. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11,477) adalah seorang lelaki warga negara Malaysia berusia 46 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah dari 10 sehingga 27 September. Kes bergejala sakit tekak dan demam sejak 28 September.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kes dikesan positif Covid-19 pada 30 September dan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Noor Hisham berkata, susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan enam lagi kes positif Covid-19 dikenal pasti.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Semua kes positif ini membabitkan warga negara Malaysia. Mereka juga dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang untuk rawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 245 individu disaring di mana tujuh dikesan positif, 113 negatif dan 124 masih menunggu keputusan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p><a href=\"https:\/\/www.hmetro.com.my\/mutakhir\/2020\/10\/627666\/covid-19-dua-kluster-baharu-di-kedah-satu-di-terengganu?fbclid=IwAR2y7R5livp0BZ62VSw9XG83d-9oOW9Jr7lTJ6FH6u4pXCEforg0HyFSVvA\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">Harian Metro<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tiga lagi kluster baharu membabitkan dua di Kedah dan satu di Terengganu.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3113,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[48],"tags":[49],"class_list":["post-3112","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kesihatan","tag-kesihatan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3112","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3112"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3112\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3114,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3112\/revisions\/3114"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3113"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3112"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3112"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3112"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}