{"id":3150,"date":"2020-10-06T06:40:55","date_gmt":"2020-10-06T06:40:55","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=3150"},"modified":"2020-10-06T06:43:19","modified_gmt":"2020-10-06T06:43:19","slug":"bukan-nak-menyalahkan-tapi-jangan-sampai-meludah-ke-langit-jatuh-ke-muka-sendiri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/06\/bukan-nak-menyalahkan-tapi-jangan-sampai-meludah-ke-langit-jatuh-ke-muka-sendiri\/","title":{"rendered":"Bukan Nak Menyalahkan, Tapi Jangan Sampai Meludah Ke Langit, Jatuh Ke Muka Sendiri"},"content":{"rendered":"\n<p>Isu penularan Covid 19 nampaknya terus menjadi senjata untuk menjatuhkan musuh politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Seorang menteri dan beberapa ADUN telah disahkan positif. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat sudah mengalami kebimbangan dengan penularan yang mencatat pertambahan kes baru secara harian yang menghampiri 500 kes sehari. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan isu politik sebenarnya, tetapi ia adalah penularan wabak yang tidak mengenal batas politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Soalnya, kenapa mesti dipersalahkan ahli-ahli politik sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Padahal rakyat dibenarkan bergerak melintasi sempadan negeri tanpa perlu kuarantin. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang perlu dikuarantin adalah mereka yang datang dari luar negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga 27 September 2020 pun, sesiapa yang pulang dari Sabah tidak dikehendaki berbuat demikian. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa dipersalahkan kepada orang yang tidak bersalah menurut undang-undang? <\/p>\n\n\n\n<p>Guna undang-undang apa kalian?<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya kes Covid 19 yang berpunca dari kluster politik jumlahnya kecil sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang banyak tersebar adalah dari punca-punca yang lain, termasuk kemasukkan pendatang asing dan juga pergerakan biasa rakyat yang melancong dalam negeri di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pergerakan antara Sabah dengan Semenanjung banyak berlaku melibatkan lawatan dan ziarah pelancongan, perniagaan, kekeluargaan dan lain-lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan semata-mata kerana PRN. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita harus rasional dalam hal ini, jangan membuat tuduhan umum yang dipersalahkan semuanya ke atas ahli-ahli politik, khususnya pemimpin kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya faham bahawa kerja pembangkang ialah menyalahkan kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi dalam isu PRN Sabah, bukan ahli politik kerajaan sahaja terlibat, bahkan pembangkang juga. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita mendengar rungutan keras Taresa Kok dari DAP apabila dia dikenakan sekatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu akibat tersalah maklumat dalam borang berkaitan kawalan Covid 19. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita juga diberitahu ada ADUN DAP dan PKR juga telah disahkan positif Covid 19. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan, Menteri Besar Selangor yang sedang menjalani kuarantin juga telah melanggar perintah ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ertinya, pemimpin politik pembangkang juga terlibat, maka jangan sedap-sedap menyalahkan ahli politik kerajaan sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Nanti ludah yang dihembur ke langit, jatuh ke muka sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika benar ahli-ahli politik hendak dipersalahkan, maka sudah pasti ia berpunca dari PRN Sabah. <\/p>\n\n\n\n<p>Umum sudah mengetahui, bahawa yang bermati-matian mahu membubarkan DUN Sabah ialah pemimpin Warisan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan dia mendapat sokongan padu pemimpin tertinggi PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin politik kerajaan tidak bersetuju dengan tindakan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa tidak dihemburkan sahaja seluruh kemarahan kepada mereka yang mahu membubarkan DUN Sabah itu?<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Fadli Ghani<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isu penularan Covid 19 nampaknya terus menjadi senjata untuk menjatuhkan musuh politik. Seorang menteri dan beberapa ADUN telah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3151,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[48],"tags":[49],"class_list":["post-3150","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kesihatan","tag-kesihatan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3150","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3150"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3150\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3153,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3150\/revisions\/3153"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3151"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3150"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3150"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3150"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}