{"id":3175,"date":"2020-10-06T15:49:31","date_gmt":"2020-10-06T15:49:31","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=3175"},"modified":"2020-10-06T15:49:33","modified_gmt":"2020-10-06T15:49:33","slug":"terengganu-arah-ketatkan-sop-kemasukan-pelancong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/06\/terengganu-arah-ketatkan-sop-kemasukan-pelancong\/","title":{"rendered":"Terengganu Arah Ketatkan SOP Kemasukan Pelancong"},"content":{"rendered":"\n<p>Kerajaan Terengganu mengarahkan pemain sektor pelancongan mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendalikan pelancong yang berkunjung ke negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital, Ariffin Deraman berkata, langkah itu perlu berdasarkan situasi semasa jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19) di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya menyeru semua yang terlibat dalam aktiviti pelancongan seperti pengusaha hotel dan resort, homestay, agensi pelancongan, agensi selaman, pemandu pelancong memberi penekanan terhadap (SOP) dalam mengendalikan pelancong.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLangkah ini bagi menjamin tahap kesihatan dan keselamatan pelancongan yang berkunjung ke negeri ini,\u201d katanya menerusi satu kenyataan semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan pelaksanaan SOP terhadap pengunjung yang datang ke lokasi tumpuan seperti pulau peranginan, hotel, premis perniagaan dan restoran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap pengunjung wajib mendaftar dengan sistem menerusi aplikasi MySejahtera, Masuk.la dan CHase Covid19 yang akan memudahkan pengesanan maklumat pelancong yang berkunjung ke negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, pengunjung juga mesti memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam, memakai cecair pembasmi kuman, menjaga jarak fizikal dan memastikan suhu badan diambil sebelum dibenarkan memasuki sesebuah premis,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Ariffin berkata, sektor pelancongan Terengganu antara yang pertama pulih selepas gelombang pertama dan kedua Covid-19 dengan jumlah kehadiran pelancong ke negeri ini mencatatkan peningkatan begitu memberangsangkan berbanding tempoh sama tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLaporan purata kadar penginapan oleh Persatuan Hotel Malaysia (MAH) juga mencatatkan Terengganu di kedudukan ketiga tertinggi pada Jun 2020 manakala di kedudukan kedua pada Julai 2020 dibandingkan negeri-negeri lain di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeberapa destinasi pelancongan turut menunjukkan peratus peningkatan pelancong pada bulan Ogos tahun ini iaitu Pulau Redang (114.8 peratus); Pulau Perhentian (197.13 peratus); Zoo Kemaman (319.4 peratus); Taman Tamadun Islam (37.4 peratus); Lata Kolam Air Deru Ecopark (49.67 peratus),\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p><a href=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/104103\/KHAS\/Koronavirus\/Terengganu-arah-ketatkan-SOP-kemasukan-pelancong?fbclid=IwAR1dV3Wkb-ptNRz-8OzolotaMGJLsQzESb9vvMsG4OP-24N4v0NhTwZS4mc\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">Sinar Harian<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Terengganu mengarahkan pemain sektor pelancongan mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendalikan pelancong yang berkunjung ke negeri<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3176,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[15,50],"tags":[34,51],"class_list":["post-3175","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pelancongan","category-terengganu","tag-pelancongan","tag-terengganu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3175","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3175"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3175\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3177,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3175\/revisions\/3177"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3176"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3175"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3175"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3175"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}