{"id":321,"date":"2020-08-25T00:39:30","date_gmt":"2020-08-25T00:39:30","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=321"},"modified":"2020-08-25T00:39:32","modified_gmt":"2020-08-25T00:39:32","slug":"umno-perlu-terima-realiti-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/08\/25\/umno-perlu-terima-realiti-politik\/","title":{"rendered":"UMNO Perlu Terima Realiti Politik"},"content":{"rendered":"\n<p>Beberapa hari ini penyokong UMNO dan Muafakat Nasional (MN) melahirkan kritikan keras kepada kepimpinan UMNO dan PAS kerana dikatakan bertindak secara bertentangan dengan semangat kerjasama itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kritikan itu berpunca kepada dua isu iaitu jemputan kepada Bersatu untuk menyertai Muafakat Nasional dan penyertaan PAS sebagai Jawatankuasa Penaja Perikatan Nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemarahan sebahagian penyokong UMNO kepada Bersatu yang dianggap menjadi pengkhianat dalam menjatuhkan kerajaan BN dan pendakwaan bersifat politik, masih belum reda.<\/p>\n\n\n\n<p>Kumpulan itu berpandangan UMNO dan PAS tidak harus mengadakan apa-apa kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka turut menyerang PAS kerana dianggap mengkhianati Piagam Muafakat Nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin UMNO wajar berasa bimbang kerana berdasarkan tinjauan di media sosial, kumpulan itu mempunyai jumlah yang agak signifikan dan boleh menjejaskan kestabilan parti jika tidak diurus dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada hemat saya UMNO hari ini berhadapan masalah komunikasi dengan ahli dan rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Kadangkala pemimpinnya bercakap tidak selaras dengan hala tuju politik yang sedang mereka usahakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini menyebabkan timbul pelbagai salah faham dalam kalangan ahli dan penyokong.<\/p>\n\n\n\n<p>Jarang sekali kita melihat parti terbesar ini mengadakan sidang media selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT). <\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan penting MKT seperti bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa MN untuk menjemput Bersatu tidak dimaklumkan secara telus kepada umum.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini menimbulkan salah tanggapan bahawa ia dilakukan secara sulit dan diputuskan oleh Presiden parti sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, adalah penting proses komunikasi kepimpinan UMNO dan rakyat harus dibuat dengan lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Realiti politik yang perlu disedari oleh penyokong UMNO ialah BN telah kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun UMNO beranggapan kekalahan itu kerana manifesto palsu dan fitnah, namun realitinya parti itu telah mengalami kemerosotan sokongan sejak 2008.<\/p>\n\n\n\n<p>Benar BN kembali popular dalam enam PRK lepas. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun harus diingat sebahagian populariti itu diraih kerana kemarahan orang Melayu kepada DAP dan Pakatan Harapan, bukannya kerana UMNO menampilkan pilihan yang terbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini, senario politik negara telah berubah. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, pembentukan kerajaan Perikatan Nasional dan penularan pandemik Covid-19 telah mewujudkan landskap baharu politik negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika dulu orang Melayu hanya meletak harapan kepada UMNO dan PAS, kini mereka juga agak yakin dengan kepimpinan Muhyiddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, pengundi mempunyai pilihan selain BN, iaitu Muhyiddin yang dilihat hero dalam perang menentang Covid-19. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan perlu diingat Muhyiddin juga kini mempunyai sokongan PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam keadaan ini, penyokong UMNO perlu menerima hakikat bahawa jika mahu kekal relevan, mereka harus merendahkan ego dan mempunyai kebijaksanaan politik agar tidak dikambinghitamkan sebagai penentang agenda ummah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengundi khususnya orang Melayu di luar sana mahu melihat UMNO ikhlas dalam usaha memperjuangkan kepentingan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Andaian negatif sebelum berunding dan membuat keputusan bukanlah cara politik bijak. <\/p>\n\n\n\n<p>Bincang semua permintaan, jika tiada jalan penyelesaian boleh sahaja BN bertanding sendiri nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyokong parti politik perlu memahami bahawa kesetiaan kepada parti memerlukan pengorbanan ego. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesetiaan bukan jalan untuk meraih sanjungan dan hak membangga diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya ia memerlukan pengorbanan ego dalam memastikan parti mendapat sokongan majoriti pengundi di luar sana. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengorbanan kedudukan dan pandangan peribadi juga penting untuk memastikan parti kembali diterima rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p><em><strong>Ab Jalil Backer<\/strong><\/em><\/p>\n\n\n\n<p><em><strong>Ab Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)<\/strong><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Beberapa hari ini penyokong UMNO dan Muafakat Nasional (MN) melahirkan kritikan keras kepada kepimpinan UMNO dan PAS kerana<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":322,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"image","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[],"class_list":["post-321","post","type-post","status-publish","format-image","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","post_format-post-format-image"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/321","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=321"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/321\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":323,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/321\/revisions\/323"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/322"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=321"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=321"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=321"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}