{"id":3330,"date":"2020-10-10T11:23:44","date_gmt":"2020-10-10T11:23:44","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=3330"},"modified":"2020-10-10T11:23:46","modified_gmt":"2020-10-10T11:23:46","slug":"anwar-tetap-tidak-akan-jadi-pm-professor-ulung-dato-dr-shamsul-amri-baharuddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/10\/anwar-tetap-tidak-akan-jadi-pm-professor-ulung-dato-dr-shamsul-amri-baharuddin\/","title":{"rendered":"Anwar Tetap Tidak Akan Jadi PM: Professor Ulung Dato&#8217; Dr Shamsul Amri Baharuddin"},"content":{"rendered":"\n<p>Profesor Ulung Dato&#8217; Dr Shamsul Amri Baharuddin dari KITA, UKM, adalah salah seorang ahli akademik tempatan yang sangat saya hormati kerana tahap keilmuan dan keberanian beliau yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 19 Januari 2020 lalu, tatkala orang lain masih belum bercakap apa-apa mengenainya, beliau telah secara terbuka menyebut kepada sahabat saya, Philip Golingai, dalam akhbar the Sunday Star mengenai kemungkinan terjadinya dua perkara ini dalam tahun ini:<\/p>\n\n\n\n<p>(1) Terbentuknya kerajaan baru yang dianggotai oleh BERSATU, UMNO, PAS, puak Datuk Seri Azmin Ali dari PKR, parti-parti dari Sabah dan Sarawak serta parti-parti lain.<\/p>\n\n\n\n<p>(2) Parti-parti yang tidak dijemput menyertai kerajaan baru seperti puak Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan DAP pula akan membentuk barisan pembangkang yang baru.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada akhirnya, tidak sampai dua bulan kemudiannya, kedua-dua unjuran beliau ini telah benar-benar berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini pula, Profesor Ulung Dato&#8217; Dr Shamsul Amri Baharuddin menyebut dalam portal baru bernama Malaysia Now mengenai tiga perkara ini, iaitu:<\/p>\n\n\n\n<p>(1) Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap tidak akan jadi Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>(2) DAP tidak akan menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>(3) AMANAH akan tetap mengikut DAP kerana DAP ada duit.<\/p>\n\n\n\n<p>Sama-samalah kita tunggu apakah ketiga-tiga unjuran beliau ini akan benar-benar berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>DAP Hilang Sokongan Cina Jika Sokong Kerajaan Melayu-Islam Anwar, Kata Penganalisis<\/p>\n\n\n\n<p>Penganalisis Politik Shamsul Amri Baharuddin berkata, DAP sudah semestinya boleh mengagak \u201cimpak negatif\u201d yang bakal diterima jika berkomplot dengan Anwar.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ini kerana Anwar dikatakan disokong bekas penyokong kuatnya, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dan juga beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang berdepan dengan pertuduhan rasuah di mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDAP kukuh dengan undi orang Cina.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mereka tidak akan menyertai Anwar, tidak mahu mengambil risiko kehilangan sokongan orang Cina,\u201d kata pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu kepada MalaysiaNow.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka memerlukan sokongan Cina yang kuat untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini ada di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>MalaysiaNow melaporkan sebelum ini pemimpin DAP \u201cmenyatakan dengan jelas\u201d kepada Anwar 42 ahli Parlimen parti itu tidak akan menyertai mana-mana gabungan bersama ahli Parlimen Umno \u201cterutama mereka yang terpalit dengan kes rasuah\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Zahid kini berdepan dengan 47 pertuduhan membabitkan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, merupakan yang tertinggi dalam kalangan bekas pemimpin kerajaan BN sejak tumbang pada tahun 2018.<\/p>\n\n\n\n<p>Shamsul menambah, jika Anwar membawa orang-orang Umno terpalit rasuah dalam senarai \u201csokongan kukuh dan meyakinkannya\u201d, akan berlaku perpecahan dalam Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBila perpecahan ini berlaku sebelum Anwar jumpa Agong, atau selepas jumpa Agong kalau ada undi tak percaya di Parlimen (kesannya Anwar gagal); dan jika Anwar dan pasukannya menang, Parlimen akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan PRU15 dan saya lihat Anwar tetap tidak akan jadi Perdana Menteri ke-9,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Shamsul menambah, Amanah yang masih belum menyatakan pendirian tentang bekerjasama dengan pemimpin Umno terkait rasuah hanya akan mengikut sesiapa sahaja yang menggunakan kuasa \u201cduit\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDAP ada duit untuk terus membuatkan Amanah memberikan sokongan penuh kepada mereka.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Kamarul Yusoff<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber: https:\/\/www.malaysianow.com\/\u2026\/dap-hilang-sokongan-cina\u2026\/<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Profesor Ulung Dato&#8217; Dr Shamsul Amri Baharuddin dari KITA, UKM, adalah salah seorang ahli akademik tempatan yang sangat<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3331,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-3330","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3330","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3330"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3330\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3332,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3330\/revisions\/3332"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3331"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3330"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3330"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3330"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}