{"id":3438,"date":"2020-10-14T17:45:59","date_gmt":"2020-10-14T17:45:59","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=3438"},"modified":"2020-10-14T17:46:01","modified_gmt":"2020-10-14T17:46:01","slug":"kelantan-memasuki-arus-politik-baru-membangun-bersama-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/14\/kelantan-memasuki-arus-politik-baru-membangun-bersama-islam\/","title":{"rendered":"Kelantan Memasuki Arus Politik Baru: Membangun Bersama Islam"},"content":{"rendered":"\n<p>Kejayaan pakatan PAS-APU menguasai politik Kelantan dalam Pilihan Raya Umum 1990 telah membawa negeri ini ke dalam arus politik baru &#8211; politik berteraskan agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia adalah pengalaman baru bagi pengamal demokrasi pasca era &#8216;Islamic Revivalism,&#8217; di mana sebuah gerakan Islam mencapai tampuk kekuasaan melalui jalan demokrasi. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS yang pernah berpengalaman mentadbir Kelantan selama 18 tahun (1959-1978), kali ini tampil dengan wajah baru, iaitu di bawah kepemimpinan ulamak.<\/p>\n\n\n\n<p>Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ikon ulamak PAS yang berkelulusan dari India, Pakistan dan Mesir, mendapat ijazah MA dari Universiti al-Azhar pada 1962. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau dipilih sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS pada 1968, selepas terpilih sebagai Ahli Dewan Rakyat sejak 21 Oktober 1967. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada 1981, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan, sebelum menjadi Ketua Pembangkang di DUN Kelantan pada 1986. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanggal 21 Oktober 1990, beliau memimpin PAS untuk menguasai kerajaan Kelantan dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 22 Oktober 1990.<\/p>\n\n\n\n<p>Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika itu belum dikenali secara meluas, kecuali oleh ahli-ahli PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Saat kemenangan berlaku, beliau berkata, kemenangan ini adalah hasil kerjasama erat di antara manusia di bumi dan malaikat di langit. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu beliau memutuskan supaya gelaran &#8220;Tok Guru&#8221; yang diberikan oleh rakyat dijadikan gelaran rasmi sebagai Menteri Besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Tujuannya hanya satu &#8211; supaya setiap langkah politik pentadbirannya sentiasa di dalam ruang lingkup agama, jangan tergelincir dari al-Quran dan Sunnah. <\/p>\n\n\n\n<p>Title &#8220;Tok Guru&#8221; diharap akan mengawal air mukanya dari melakukan penyelewengan terhadap rakyat, apatah lagi terhadap Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Berkat kesungguhan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini, Kelantan telah mengangkat tema Membangun Bersama Islam (MBI) sebagai dasar kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam tempoh setahun pertama, Kelantan telah membuat perubahan-perubahan bagi membentuk citra baru politik Kelantan yang berasaskan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhbar Buletin, edisi Mei 1991 terbitan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN) Kelantan telah menyenaraikan 42 pembaharuan yang telah dibuat di Kelantan sejak 22 Oktober 1990.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara pembaharuan terpenting ialah:<\/p>\n\n\n\n<p>I. Menghapuskan amalan memberi hadiah semasa lawatan pemimpin kerajaan untuk mengelakkan rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>II. Memotong elaun Menteri Besar, ahli Exco dan wakil rakyat untuk disumbang kepada rakyat dan parti. Menteri Besar memotong 45 peratus dari gajinya.<\/p>\n\n\n\n<p>III. Menghapuskan peruntukan keraian, termasuk Majlis Hari Raya melibatkan Menteri Besar dan dua timbalannya bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>IV. Melepaskan pengaruh politik kepartian dalam pentadbiran kerajaan tempatan apabila jawatan Yang Dipertua Majlis-majlis Daerah diserahkan kepada Ketua Jajahan.<\/p>\n\n\n\n<p>V. Melantik wakil orang bukan Islam dan wanita sebagai anggota Majlis Daerah.<\/p>\n\n\n\n<p>VI. Pengharaman judi mulai 1 Januari 1991.<\/p>\n\n\n\n<p>VII. Mengawal penjualan arak supaya ia tidak dijual kepada orang Islam dan tidak diminum secara terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p>VIII. Menambahkan tempoh cuti bersalin kakitangan kerajaan dari 42 hari kepada dua bulan.<\/p>\n\n\n\n<p>IX. Memindahkan simpanan tetap kerajaan ke Bank Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>X. Memperkenalkan pinjaman secara Islam tanpa riba kepada kakitangan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>XI. Menubuhkan Tabung Serambi Mekah untuk membantu Kebajikan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>XII. Mengadakan kempen menutupi aurat kepada rakyat Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui pembaharuan-pembaharuan yang dibuat dalam tempoh setahun yang pertama ini, telah memperlihatkan komitmen PAS sebagai pemimpin kerajaan dalam menegakkan agama Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Langkahan kecil yang dibuat ini merupakan permulaan kepada usaha yang lebih serius dalam menerapkan Islam di dalam pentadbiran kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah 30 tahun, rakyat Malaysia sudah dapat melihat bagaimana Kelantan telah tampil sebagai model &#8216;ideal state&#8217; di negara ini, sekali gus menolak dakwaan bahawa Islam tidak boleh memerintah, yang sering dimomokan selama ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kejayaan pakatan PAS-APU menguasai politik Kelantan dalam Pilihan Raya Umum 1990 telah membawa negeri ini ke dalam arus<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3439,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[8],"tags":[19],"class_list":["post-3438","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dalam_negeri","tag-dalam_negeri"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3438","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3438"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3438\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3440,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3438\/revisions\/3440"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3439"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3438"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3438"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3438"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}