{"id":3450,"date":"2020-10-14T23:28:00","date_gmt":"2020-10-14T23:28:00","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=3450"},"modified":"2020-10-14T23:33:48","modified_gmt":"2020-10-14T23:33:48","slug":"ibarat-ugutan-kepada-kerajaan-pn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/14\/ibarat-ugutan-kepada-kerajaan-pn\/","title":{"rendered":"Ibarat Ugutan Kepada Kerajaan PN"},"content":{"rendered":"\n<p>Pertimbangan UMNO untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai satu bentuk ugutan kepada kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, rakyat melihat perkara itu sebagai satu bentuk ugutan untuk mendesak agar permintaan mereka dipenuhi.<\/p>\n\n\n\n<div id=\"section-g26dff5\" class=\"wp-block-gutentor-e6 section-g26dff5 gutentor-element gutentor-element-image\"><div class=\"gutentor-element-image-box\"><div class=\"gutentor-image-thumb\"><img decoding=\"async\" class=\"normal-image\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2020\/10\/852821.jpg\"\/><\/div><\/div><\/div>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai permainan politik yang tidak matang oleh parti tersebut dalam keadaan negara kecoh dengan drama peralihan kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalah, apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggerakkan langkah untuk menjadi Perdana Menteri baharu, peluang dan ruang itu digunakan ahli-ahli Parlimen UMNO untuk melakukan proses tawar-menawar supaya kerajaan kekal.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPermainan tawar-menawar itu sepatutnya sudah dihentikan, apatah lagi sebenarnya keterlibatan UMNO dalam kerajaan yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah memberi kelebihan kepada mereka sekiranya parti itu pandai mengolah pentadbiran dengan baik,\u201d katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelmarin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, UMNO akan mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong PN.Sebaliknya, parti itu akan memberi syarat baharu kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.<\/p>\n\n\n\n<p>Md Sukri berkata, ramai pemimpin UMNO memperoleh jawatan strategik dalam kerajaan PN termasuk jawatan Menteri Pengajian Tinggi serta Menteri Belia dan Sukan yang membuka peluang kepada parti itu untuk membina pengaruh di peringkat rakyat akar umbi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cContohnya, jawatan yang masing-masing diterajui Datuk Dr Noraini Ahmad dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membolehkan mereka mendampingi anak-anak muda dan golongan intelek.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cGolongan itulah sebenarnya golongan akar umbi yang boleh membina kekuatan dan sokongan kepada parti,\u201d katanya.Justeru, katanya, timbul persoalan apakah lagi yang mahu dikejar UMNO sedangkan parti itu tidak sewajarnya bersifat sebegitu kerana mereka bukan lagi parti dominan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu, keputusan UMNO untuk membuat pertimbangan semula dan meletakkan syarat bertulis sepatutnya perlu dinilai semula,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<div id=\"section-g7de53f\" class=\"wp-block-gutentor-e6 section-g7de53f gutentor-element gutentor-element-image\"><div class=\"gutentor-element-image-box\"><div class=\"gutentor-image-thumb\"><img decoding=\"async\" class=\"normal-image\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2020\/10\/852822.jpg\"\/><\/div><\/div><\/div>\n\n\n\n<p>Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik daripada UUM, Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, percaturan politik sedemikian dilakukan UMNO kerana dipercayai mahukan peranan yang lebih besar dalam kerajaan termasuk jawatan Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, walaupun jawatan itu bukan satu desakan yang dibuat pemimpin tertinggi parti itu tetapi ia adalah antara beberapa perkara pokok yang cuba diketengahkan kepimpinan UMNO.\u201cJadi saya melihat antara beberapa perkara pokok yang menjadi sebab UMNO ingin pertimbangkan semula kedudukan mereka dalam PN adalah kerana mereka tidak berpuas hati dengan peranan yang diberikan PN terutama oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengetuai kerajaan ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRentetan peristiwa termasuk yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah juga menyebabkan mereka mengkaji semula kedudukan dalam PN,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau bagaimanapun berkata, keputusan UMNO untuk menarik diri daripada PN merupakan keputusan yang dijangka.\u201cIni kerana dalam beberapa peristiwa lepas, UMNO dan pemimpin tertinggi UMNO telah menyatakan secara terbuka berkaitan ketidakpuasan hati mereka terhadap keputusan yang diambil oleh kerajaan PN di bawah kepimpinan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAntara yang paling ketara ialah kepimpinan UMNO Pusat tidak berpuas hati apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak diberikan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah selepas PN dan sekutunya memenangi PRN Sabah ke-16,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan, katanya, sebelum itu rakyat melihat banyak desakan daripada pemimpin tertinggi UMNO dan pemimpin lain dalam parti itu yang menyuarakan rasa tidak setuju secara terbuka terhadap tindakan yang dibuat kepimpinan PN diterajui Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRamai dalam kalangan pemimpin UMNO merasakan parti itu tidak diberikan banyak tempat bukan sahaja dalam Kabinet, bahkan kedudukan penting lain termasuk dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi ramai daripada mereka yang berkehendakkan supaya UMNO menilai semula kerjasama dalam PN dan menumpukan perhatian kepada Muafakat Nasional kerana ia adalah gabungan yang lebih lama terjalin antara PAS dan UMNO,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sinar Harian<\/p>\n\n\n\n<p><br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pertimbangan UMNO untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai satu bentuk ugutan kepada kerajaan. Penganalisis<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3453,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-3450","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3450","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3450"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3450\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3455,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3450\/revisions\/3455"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3453"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3450"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3450"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3450"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}