{"id":3486,"date":"2020-10-16T07:44:54","date_gmt":"2020-10-16T07:44:54","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=3486"},"modified":"2020-10-16T07:44:57","modified_gmt":"2020-10-16T07:44:57","slug":"politik-melayu-tersempit-jangan-jadi-cicak-dicelah-pintu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/16\/politik-melayu-tersempit-jangan-jadi-cicak-dicelah-pintu\/","title":{"rendered":"Politik Melayu Tersempit&#8230; Jangan Jadi Cicak Dicelah Pintu"},"content":{"rendered":"\n<p>Pada saat pergolakan politik Melayu semakin keras, nampaknya pemimpin politik Melayu lebih mengutamakan agenda puak daripada mengukuhkan perpaduan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka nampaknya tidak belajar dengan pengalaman 22 bulan &#8216;dipijak orang.&#8217; <\/p>\n\n\n\n<p>Jika elit politik Melayu mahu berlumba untuk mengangkat tokoh masing-masing &#8211; dari Tun Mahathir, kepada Anwar dan Shafie Apdal, dan kini Ku Li &#8211; ketenangan politik tidak akan wujud lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Persaingan akan menghapuskan perpaduan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka bukan bersaing untuk membuat kebajikan, tetapi berlumba untuk memenuhkan runtunan nafsu politik sempit mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam &#8216;keserabutan&#8217; memikirkan kecamuk politik ini, tiba-tiba saya terpandang di celah pintu rumah saya, seekor cicak mati kering tersepit. <\/p>\n\n\n\n<p>Terfikir saya tentang masa depan politik Melayu yang akan menjadi seperti cicak ini, semuanya mati kering, tersepit di celah pergolakan dan perebutan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika parti-parti Melayu terus bergaduh dan berpecah, DAP akan muncul sebagai juara yang akan melaksanakan agenda Malaysian Malaysia yang mereka gariskan sejak 1967. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang Melayu akan terlepas pengaruh dan kuasa politik mereka, seperti mana orang Palestin dan Rohingya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mari kita lihat, bagaimana parti-parti politik Melayu tersepit di celah-celah pergolakan politik yang mereka sendiri cipta. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika mereka tidak belajar dan berubah, orang Melayu akan menerima padah! <\/p>\n\n\n\n<p>PKR ~ Tersepit dengan tindakan Anwar Ibrahim yang hanya membawa &#8216;numbers&#8217; tanpa &#8216;names&#8217; kepada YDP Agong untuk membuktikan dia mempunyai sokongan yang cukup bagi menukar kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dahulunya, sejak 1998, Anwar Ibrahim memaki hamun Umno atas dasar kebobrokan politik dan penyelewengan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>PKR juga sinis terhadap PAS kerana cuba UG dengan Umno, dan mencerca PAS kerana bermuafakat dengan Umno untuk mengukuhkan politik Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kini juak-juak PH termasuk DAP dan PAN cenderung untuk bersama Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah darjat Umno di mata PH sekarang?<\/p>\n\n\n\n<p>BERSATU ~ Tersepit dengan sikap berat sebelah pimpinannya yang membuatkan pemimpin Umno tidak berpuas hati. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin mereka kelihatan sombong kerana memimpin Kerajaan Persekutuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bersatu mendapat banyak kerusi dalam PRN Sabah, Bersatu juga melantik semua geng Azmin Ali ke kabinet, Bersatu turut menguasai kabinet Persekutuan, sedangkan partinya tidaklah majoriti di Parlimen. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika Umno merajuk dan menarik balik sokongannya kepada Muhyiddin Yassin, Kerajaan PN akan tumbang.<\/p>\n\n\n\n<p>PEJUANG ~ Tersepit dengan masa depan kerana Tun Mahathir sahaja yang dijadikan sandaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Ahli politik veteran ini sudah tiada masa depan dengan usianya sudah mencecah 90-an. <\/p>\n\n\n\n<p>Pejuang tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber, termasuk Mukhriz Mahathir. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat hanya melihat Pejuang sebagai melukut di tepi gantang. <\/p>\n\n\n\n<p>Adanya tidak menambah, tiadanya tidak mengurang. <\/p>\n\n\n\n<p>Pejuang anti Umno, bencikan PAS, marahkan DAP dan tidak sukakan Anwar Ibrahim (PKR). <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka hanya setuju dengan Shafie Apdal (Warisan). <\/p>\n\n\n\n<p>Jika bersendiri, Pejuang sudah boleh berkira-kira tentang masa depannya yang berada di tepi jurang.<\/p>\n\n\n\n<p>MUDA ~ Tersepit dengan ketiadaan pengalaman dan juga sokongan. <\/p>\n\n\n\n<p>Idealisme orang muda tidak mampu mengubah tanpa pengalaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada siapa yang yakin bahawa Muda boleh menyelesaikan konflik politik sekarang, lebih-lebih lagi Syed Saddiq sendiri juga dalam siasatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya dengan pengalaman sebagai juara debat dan menjadi menteri selama 22 bulan, belum cukup gah untuk membina kepercayaan.<\/p>\n\n\n\n<p>WARISAN ~ Tersepit dengan kekalahan PRN Sabah dan kemarahan rakyat akibat menularnya Covid 19. <\/p>\n\n\n\n<p>Warisan (Shafie Apdal) kelihatan cerita dicalonkan sebagai Perdana Menteri menggantikan calon dari PKR (Anwar Ibrahim), tetapi kerana gugatan PKR Sabah, Warisan hilang kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Warisan dipersalahkan rakyat kerana kegelojohan mereka mengadakan PRN telah menyebabkan Covid 19 tersebar. <\/p>\n\n\n\n<p>Kini Warisan sepi, Shafie Apdal menghilang.<\/p>\n\n\n\n<p>PAN ~ Tersepit di antara caci maki mereka terhadap Umno dengan strategi terbaru untuk mengambil &#8217;30 wakil rakyat Umno&#8217; bagi membentuk kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Selama ini PAN dicurigai oleh orang Melayu, kerana peranannya sebagai &#8216;Khadam DAP,&#8217; kini sekali lagi mereka tampil membawa &#8216;suara Lim Kit Siang&#8217; untuk menerima Umno di dalam pakatan pembangkang. <\/p>\n\n\n\n<p>Meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri! <\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa DAP, PAN sudah hilang hala tuju perjuangan. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO ~ Tersepit di antara pergolakan dengan sekutu-sekutu politik dan juga team-team dalaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Umno bersekutu dengan MCA dan MIC di dalam BN, Umno bersekutu dengan PAS dan Bersatu di dalam Muafakat Nasional (MN). <\/p>\n\n\n\n<p>Umno menyokong Muhyiddin Yassin untuk memimpin Kerajaan PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Berkecamuk juga Umno untuk menyelaraskan semua kerjasama ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Masih ada sikap mahu menjadi &#8216;big brother&#8217; walaupun sudah kehilangan kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Politik singa tua tidak bergigi ini membuatkan orang Melayu hilang percaya kepada Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya Umno tersepit dengan politik dalaman mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap tokoh &#8211; Zahid Hamidi, Mohamad Hassan, Najib Razak dan Tengku Razaliegh &#8211; masing-masing mempunyai penyokong dan agenda. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang mahu Ku Li menjadi Perdana Menteri, namun ramai juga yang cenderung untuk menyokong Anwar Ibrahim. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi sejumlah mereka mahu MN dikekalkan demi survival politik Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Biro Politik mereka pula mahu hubungan dengan PN dikaji semula. <\/p>\n\n\n\n<p>Gejolak dalaman Umno inilah yang membuka ruang kepada Anwar Ibrahim membawa &#8216;numbers&#8217; ke Istana dan mendorong Ku Li membuat usul tidak percaya melalui Tuan Speaker. <\/p>\n\n\n\n<p>Umno tersepit dalam pertarungan dalaman ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika salah langkah, Umno tersembam!<\/p>\n\n\n\n<p>PAS ~ Tersepit di antara strategi rakan-rakan politik dalam usaha menyatukan orang Melayu dan mengukuhkan politik Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Konflik dalaman PAS telah berkurangan sejak 2015, tetapi PAS dilihat tiada hala tuju di antara GS, MN dan PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah PAS mendukung ketiga-tiganya, atau pun yang awal akan melemah apabila muncul yang baru. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang mengatakan MN akan menerima nasib seperti GS setelah PAS bersekutu dengan PN. <\/p>\n\n\n\n<p>GS dilupakan ketika MN dimeterai, kini Umno menuduh PAS berkhianat terhadap sekutu MN apabila menyertai PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika Umno dan Bersatu berselisih di luar MN dan PN, PAS terkebil-kebil melihat sekutu mereka mementing politik puak melebihi agenda perpaduan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika diperhatikan seluruh konflik ini, orang Melayu hanya mempunyai satu pilihan &#8211; bersatu atas nama Islam! <\/p>\n\n\n\n<p>Muafakat di antara PAS, Umno dan Bersatu &#8211; jika semuanya Ikhlas di atas nama Islam &#8211; adalah tindakan politik yang terbaik. <\/p>\n\n\n\n<p>Pejuang, Warisan, PKR dan Muda patut berhenti dari menjadi alat musuh atau mendukung perjuangan sempit untuk politik peribadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika PAN mahu terus menjadi alat DAP, mereka bakal menjadi cicak di celah pintu, hidupnya tersepit, matinya kubur dikencing anak cucu!<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Fadli Ghani<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada saat pergolakan politik Melayu semakin keras, nampaknya pemimpin politik Melayu lebih mengutamakan agenda puak daripada mengukuhkan perpaduan.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3487,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-3486","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3486","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3486"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3486\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3488,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3486\/revisions\/3488"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3487"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3486"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3486"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3486"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}