{"id":3495,"date":"2020-10-16T09:55:37","date_gmt":"2020-10-16T09:55:37","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=3495"},"modified":"2020-10-16T12:06:18","modified_gmt":"2020-10-16T12:06:18","slug":"peringatan-kepada-semua-ahli-parlimen-umno-ppbm-dan-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/16\/peringatan-kepada-semua-ahli-parlimen-umno-ppbm-dan-pas\/","title":{"rendered":"Peringatan Kepada Semua Ahli Parlimen UMNO, PPBM Dan PAS"},"content":{"rendered":"\n<p>Kepada semua Ahli Parlimen UMNO, PPBM dan PAS, jika ada di antara anda yang ingin menyokong Anwar luangkanlah sedikit masa membaca tulisan saya ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya mohon juga kepada yang membaca ini dan mengenali mana-mana MP &#8216;forward&#8217;lah kepada mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Kebelakangan ini hangat diperkatakan terdapat beberapa ahli parlimen yang akan berubah arah dan menyokong Anwar untuk menjadi Perdan Menteri. <\/p>\n\n\n\n<p>Alasannya mudah, kalau boleh menyokong Azmin, apa salahnya menyokong Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p>Dua-dua pun sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika ini perkiraan anda sebagai Ahli Parlimen, maka pegangan anda dalam perjuangan amatlah daif dan dangkal. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak menentang Anwar hanya kerana kes liwatnya pada tahun 2008 dan fitnah beliau terhadap DS Najib. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi saya menentang Anwar kerana pelbagai lagi masalah khususnya pegangan Anwar dalam politik. <\/p>\n\n\n\n<p><em>&#8220;Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali&#8230;.&#8221;<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Di atas ini bukanlah kata-kata TS Muhyiddin atau Azmin, tetapi petikan ucapan Anwar di London School of Econimics pada tahun 2010. <\/p>\n\n\n\n<p>Lupakah anda pada klip audio perjumpaan sahabat-sahabat Anwar yang merupakan veteran ABIM dan cendekiawan Islam bersama Anwar? <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka bangun membelasah Anwar kerana ucapannya yang keras berunsur Pluralisma Agama ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan anda rasa kenapa ramai sahabat-sahabat Anwar yang mempunyai latarbelakang agama meninggalkan Anwar seperti Al Fadzil Ustaz Ismail Mina, Prof Sidik Baba, Dr Yusri dan lain-lain? <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak keterlaluan jika saya katakan Almarhum Dato&#8217; Dr Haron Din pun pada akhir usianya menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p>Anda pula nak angkat Anwar jadi PM? <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah hilang pertimbangan agama ke? <\/p>\n\n\n\n<p>Lupakah anda pada laman web AIDC satu ketika dahulu? <\/p>\n\n\n\n<p>Berapa banyak dokumen-dokumen hubungan Anwar dan kuasa asing di dedahkan? <\/p>\n\n\n\n<p>Saya boleh sahkan bahawa dokumen tersebut adalah asli dan ada yang diperolehi dari saya sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Surat-surat memohon bantuan dan dana daroipada Soros, daripada Carl Greshman? <\/p>\n\n\n\n<p>Anda lupa siapa Carl Greshman dan hubungan baik dia dan Anwar melalui National Endownment of Democracy (NED), agensi kerajaan Amerika yang menjadi front CIA dalam gerak kerja politik? <\/p>\n\n\n\n<p>Ingat lagi pada kawan baik Anwar? <\/p>\n\n\n\n<p>Paul Wolfowitz? <\/p>\n\n\n\n<p>Arkitek utama perang Iraq yang membunuh ratusan ribu nyawa? <\/p>\n\n\n\n<p>Dan juga Presiden ke 10 Bank Dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya juga telah berulang-ulang kali cakap Anwar adalah pentadbir yang sangat-sangat teruk. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengalaman bekerja dengan Anwar menyaksikan bahawa dia memang tidak mampu mengurus apa sahaja baik diri sendiri, masa, parti, pejabat dan orang-orangnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidakkah kamu semua fikir mengapa bila Anwar dalam penjara partinya lebih tenang, tidak berperang sama sendiri dan mampu fokus sampai menang PRU?<\/p>\n\n\n\n<p>Kegagalan Anwar mentadbir dengan baik serta kelemahan Anwar akan membuka peluang &#8216;rakan-rakan&#8217; asing Anwar bertakhta di negara ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Apalagi dalam keadaan ekonomi yang mendesak ketika ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ya, kedaulatan negara yang sudah lama kita pertahankan akan digadai. <\/p>\n\n\n\n<p>Ya, anda juga jangan lupa betapa kuatnya Anwar membodek bangsa DAP sehingga isterinya mahu &#8216;membakulsampahkan&#8217; ketuanan Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan LUPA! <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang saya sebutkan ini hanyalah sedikit dari banyak lagi kisah dan fakta mengenai Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya percaya sebagai Ahli Parlimen anda semua boleh berfikir dan boleh melakukan kajian tersendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya juga terbuka jika ada yang mahu berjumpa dan bertanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Memilih Anwar sebagai Perdana Menteri bukan lah &#8216;choosing between two evils&#8217;, tetapi seperti memilih Dajjal. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak gentar dan saya tidak takut. <\/p>\n\n\n\n<p>Andai ditakdirkan Anwar jadi PM kerana tangan-tangan kamu, maka saya akan tetap lawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan saya juga berdoa semoga Allah membalas anda dengan apa juga balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat kerana meletakkan negara berdaulat ini dibawah manusia seperti Anwar.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan hanya kerana berkecil hati dengan percaturan politik seorang dua, maka sanggup nak gadai prinsip perjuangan dan masa depan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Carilah titik persamaan agar pemimpin Melayu semua ini boleh berbincang dan bersatu. <\/p>\n\n\n\n<p>Insyallah saya akan bertandang ke Parlimen pada sesi akan datang, jika ada yang menyokong Anwar, maka saya ingin bertentang mata dan mahu lihat muka-muka mereka yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Tun Hanif Omar<\/p>\n\n\n\n<p>Mantan Ketua Polis Negara<\/p>\n\n\n\n<p>MAJLIS DAKWAH NEGARA &#8211; Hak Asasi Kemanusiaan<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kepada semua Ahli Parlimen UMNO, PPBM dan PAS, jika ada di antara anda yang ingin menyokong Anwar luangkanlah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3496,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-3495","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3495","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3495"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3495\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3498,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3495\/revisions\/3498"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3496"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3495"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3495"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3495"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}