{"id":3616,"date":"2020-10-19T16:18:32","date_gmt":"2020-10-19T16:18:32","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=3616"},"modified":"2020-10-19T16:18:33","modified_gmt":"2020-10-19T16:18:33","slug":"yang-paling","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/19\/yang-paling\/","title":{"rendered":"Yang Paling&#8230;."},"content":{"rendered":"\n<p>YDPA yang paling tenang kerana berjaya mengawal keadaan politik negara daripada menjadi kucar kacir, menghalang tindakan politikus untuk merampas kuasa konon dengan sokongan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tun Mahathir yang paling berkuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Cakaplah apa pun, jika nak cuba jadi PM semasa dia masih hidup, calon itu perlukan sokongan, restu atau persetujuan dia dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak, insyaAllah tak akan berjaya hasrat politikus itu untuk menjadi PM.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar yang paling berserabut. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa dia, politik negara akan menjadi lebih aman. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan pembohongan demi pembohongan, disokong pula oleh golongan yang gilakan kuasa, dia dilihat sebagai seorang yang terdesak, sanggup menggunakan apa sahaja bagi mencapai tujuan politiknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangankan orang lain dia sanggup gadai, bahkan dirinya sendiri dia gadaikan untuk tunduk melutut kepada Tun Mahathir demi untuk menjadi PM. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan Tun adalah musuhnya yang utama. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika dirinya sendiri dia gadai, apa jaminan rakyat tidak akan digadai demi cita-citanya?<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin yang paling goyah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia agak tenggelam dengan desakan Umno bagi mendapatkan lebih tempat dalam kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ditambah dengan keadaan kesihatan yang kurang baik, dia mungkin tidak mampu menahan tekanan dari Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia kelihatannya akan tunduk. <\/p>\n\n\n\n<p>Atau mungkin lebih jauh dia terpaksa meletakkan jawatannya?<\/p>\n\n\n\n<p>Zahid yang paling meragukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila dia menyatakan bahawa ahli Umno berhak untuk menyokong Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia diragui kerana hubungan baiknya dengan Anwar semenjak dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia juga diragui boleh menjahanamkan hubungan PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun tujuannya hanya bayangan bagi memberikan tekanan kepada Muhyiddin bagi mendapatkan kelebihan kepada Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Ditambah dengan khabar angin kes dia yang dikatakan bakal mendapat perlepasan jika Anwar menjadi PM, menambahkan lagi keraguan. <\/p>\n\n\n\n<p>Harapnya tidak sampai ke tahap itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tengku Razaleigh yang paling mengejutkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kuli secara tiba-tiba muncul di celah-celah kekalutan Anwar mahu menjadi PM. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya Kuli pula yang dijemput ke istana selepas Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan dimaklumkan semua wakil-wakil parti telah dibatalkan pertemuan mereka dengan YDPA setelah Kuli mengadap. <\/p>\n\n\n\n<p>Mengejutkan, tetapi tidak boleh menolak kemungkinan dia akan menjadi pemecah kepada masalah ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan pengalamannya, dia bukanlah hanya datang sebagai pengacau. <\/p>\n\n\n\n<p>Wataknya dipercayai lebih dari itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Umno yang paling merisaukan kerana dalam keadaan agak genting, mereka menyatakan hasrat untuk menimbang bagi menarik semula sokongan mereka kepada Kerajaan PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia sebenarnya boleh dilakukan secara tertutup bagi mendapatkan persetujuan baharu berbanding menguar-uarkan kepada umum gerakan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa lagi ketika Anwar sudah berjumpa YDPA.<\/p>\n\n\n\n<p>Bersatu yang paling kena bertolak ansur kerana terlalu banyak posisi yang dimiliki walaupun tidak banyak kerusi yang ada. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketamakan akan hanya mengundang rasa tidak puashati rakan-rakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika sememangnya niat untuk menjadikan Malaysia lebih baik dan sejahtera, maka sikap bertolak ansur perlu diamalkan.<\/p>\n\n\n\n<p>PKR yang paling keliru. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa tidaknya, jika Anwar gagal dalam usahanya mahu menjadi PM, maka apa lagi yang akan mereka mahu perjuangkan? <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tiada aura kecuali Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu pun dengan harapan kisah sedih 22 tahun lalu masih hinggap di hati rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun setelah sekian lama, rakyat sudah menghidu dan penipuan juga terserlah. <\/p>\n\n\n\n<p>Masakan rakyat tidak terfikir kes Anwar itu diampunkan, bukan didapati tidak bersalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Nanti jika benar pengampunan Anwar tidak sah, insya Allah tamatlah riwayat PKR.<\/p>\n\n\n\n<p>DAP yang paling bahaya kerana secara tiba-tiba mereka boleh kembali menyokong Anwar walaupun pada permulaan plot ini, mereka kononnya menentang Anwar kerana mengkhianati. <\/p>\n\n\n\n<p>Berbeza dengan sikap mereka terhadap PAS ketika mereka menuduh PAS khianat dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Saban hari mereka menyerang PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga Umno, menandakan besarnya benci mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi dengan Anwar, mereka tidak bersikap demikian, hanya berkata khianat tanpa menyerang. <\/p>\n\n\n\n<p>Siapa yang agaknya tidak kisah jika dikhianati? <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu kemungkinan mereka hanya menanti peluang untuk masuk bersama adalah amat tinggi jika Anwar berkuasa nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Lihat juga posting terbaharu Ronnie Liu berkenaan rusuhan anti raja di Thailand. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang dia mahukan?<\/p>\n\n\n\n<p>Pan yang paling tiada prinsip. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakan tidak, tiba-tiba sahaja nak ajak Umno bergabung dengan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Sepatutnya mereka ajak Azmin dan Bersatu kembali kepada mereka sebab sewaktu mula-mula dahulu, mereka sudah berjanji setia dengan keduanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan juga sudah menjadi kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan Umno, apa yang tidak mereka sumpah seranahkan ketika berkempen dahulu? <\/p>\n\n\n\n<p>Nampaknya sial cara mereka berpolitik masih melekat pada mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi bagaimana mereka hendak membuang sial Langkah Sheraton sedangkan merekalah sial itu?<\/p>\n\n\n\n<p>Hanya PAS parti yang paling dipercayai diyakini dan tidak berkhianat. <\/p>\n\n\n\n<p>Presidennya tidak menambah luka Muhyiddin ketika diserang. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak mengugut untuk menyokong Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p>Kekal setia dengan rakan PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak juga menafikan hak Umno untuk meminta kedudukan yang lebih dalam PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Menghormati rakan MN. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak memandang rendah keupayaan Kuli. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS mengarahkan semua ahlinya bertenang tidak membuat apa-apa masalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Mendengar dan mentaati arahan pimpinan supaya keadaan tidak menjadi lebih parah. <\/p>\n\n\n\n<p>Asal jangan Islam dan Melayu rugi, PAS tenang sahaja dan mendamaikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Alangkah indahnya jika berpolitik mengikut lunas Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukti ini bukan kali pertama tetapi ketika bergabung dengan parti-parti lain dahulu juga, begitulah sikap PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS tidak sempurna, tetapi paling baik sekurang-kurangnya buat masa sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>YDPA yang paling tenang kerana berjaya mengawal keadaan politik negara daripada menjadi kucar kacir, menghalang tindakan politikus untuk<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3617,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-3616","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3616","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3616"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3616\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3618,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3616\/revisions\/3618"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3617"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3616"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3616"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3616"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}