{"id":3738,"date":"2020-10-23T12:22:53","date_gmt":"2020-10-23T12:22:53","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=3738"},"modified":"2020-10-23T12:22:56","modified_gmt":"2020-10-23T12:22:56","slug":"darurat-untuk-covid-19-tidak-membawa-pemerintahan-diktator","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/23\/darurat-untuk-covid-19-tidak-membawa-pemerintahan-diktator\/","title":{"rendered":"Darurat Untuk Covid-19 Tidak Membawa Pemerintahan Diktator"},"content":{"rendered":"\n<p>Tulisan ini adalah lanjutan tulisan awal saya bertajuk \u201cProklamasi Darurat Jalan Keluar Tangani Covid-19\u201d (Berita Harian, 14 Oktober 2020). <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika saya mengemukakan cadangan Proklamasi Darurat Covid-19 dibawah Perkara 150 bagi menghadapi wabak tersebut, ramai yang khuatir kalau-kalau ia membawa kepada pentadbiran diktator. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerisauan ini berlaku kerana darurat seringkali dikaitkan dengan kekacauan yang memerlukan pemerintahan yang sangat tegas dan keras. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan ada yang menimbulkan kerisauan akan berlakunya rusuhan seperti zaman darurat peristiwa 13 Mei 1969 jika Darurat Covid-19 dikuatkuasakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hakikatnya, rusuhan kaum 13 Mei bukannya berlaku kerana pengisytiharan darurat, sebaliknya darurat diisytiharkan bagi menamatkan rusuhan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah membuktikan bahawa proklamasi darurat berjaya memainkan peranan sebagai jalan keluar kepada masalah sedemikian. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut yang lain pula, darurat bukan sahaja dibenarkan bagi menangani masalah keselamatan dan ketenteraman awam. <\/p>\n\n\n\n<p>Perkara 150 secara jelas menyebut bahawa \u201cjika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.\u201d <\/p>\n\n\n\n<p>Soal ekonomi disebut secara jelas sebagai salah satu sebab yang membolehkan darurat diisytiharkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam satu kes mahkamah (kes Stephen Kaling Ningkan lwn Kerajaan Malaysia [1968]), Majlis Privi telah menyebut antara lain bahawa Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan membolehkan darurat diisytiharkan dalam skop situasi yang luas iaitu termasuklah perkara-perkara seperti peperangan, kebuluran, gempa bumi, banjir, jangkitan penyakit, dan keruntuhan kerajaan sivil. <\/p>\n\n\n\n<p>Melihat kepada hakikat ini, pengisytaharan darurat bagi mengatasi wabak Covid-19 bukan satu masalah dari sudut Perlembagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga yang membayangkan bahawa proklamasi darurat akan menyebabkan negara diperintah oleh pihak tentera dan seluruh negara tertakluk kepada perintah berkurung. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanggapan ini jauh dari hakikat sebenar. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut pemerintahan, Proklamasi Darurat Covid-19 tidak akan mengubah bentuk pemerintahan sedia ada. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan tetap boleh berfungsi seperti biasa kerana perubahan fungsi kerajaan di peringkat kementarian dan negeri-negeri tidak diperlukan bagi menangani Covid-19. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang berlaku ialah pemberian kuasa secara jelas dan teratur kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menangani Covid-19. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejak Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan, peranan aktif MKN telah digerakkan untuk menangani wabak ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi dari sudut kuasanya agak kurang jelas dan janggal. <\/p>\n\n\n\n<p>Masalah ini dapat diatasi dengan proklamasi darurat. <\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini telah saya perincikan dalam tulisan yang lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, ada juga yang menganggap bahawa Proklamasi Darurat Covid-19 akan menyebabkan negara berada di bawah pemerintahan MAGERAN atau Majlis Gerakan Negara seperti yang berlaku selepas peristiwa 13 Mei 1969. <\/p>\n\n\n\n<p>Persepsi ini juga menambahkan ketakutan kepada Proklamasi Darurat Covid-19. <\/p>\n\n\n\n<p>Istilah MAGERAN atau seumpamanya tidak wujud dalam Perkara 150. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia ditubuhkan bagi membantu Pengarah Gerakan Negara yang diberi kuasa oleh Yang Di-Pertuan Agong untuk melaksanakan kuasa-kuasa perlu dalam tempoh darurat.<\/p>\n\n\n\n<p>Soalnya apa perlunya MAGERAN pada hari ini, sedangkan kita sudah ada MKN? <\/p>\n\n\n\n<p>MKN ditubuhkan pada bulan Julai 1971 setelah MAGERAN dibubarkan pada tahun yang sama. <\/p>\n\n\n\n<p>MKN diberi peranan untuk menjalankan kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah ordinan-ordinan Darurat dan perintah-perintah di bawahnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 1979, fungsi dan punca kuasa MKN kemudiannya dikemaskini melalui Arahan MKN No. 1 yang bersandarkan kepada Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979. <\/p>\n\n\n\n<p>Kedudukan ini berkekalan sehingga darurat ditamatkan secara rasmi dan akta ini dimansuhkan pada 21 Jun 2012. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada hari ini MKN melaksanakan kuasanya secara lebih jelas dan tersusun melalui akta khusus iaitu Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta 776).<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa darurat yang diisytiharkan pada tahun 1969 berkuatkuasa secara rasmi dalam tempoh 43 tahun sehingga ia ditamatkan secara rasmi pada tahun 2012. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam tempoh berkenaan beberapa ordinan darurat dikekalkan dan digunakan oleh kerajaan dalam pendakwaan dan pentadbiran. <\/p>\n\n\n\n<p>Hakikat ini membuktikan bahawa kedudukan negara dalam keadaan darurat bukanlah satu masalah sehingga boleh menghakis amalan demokrasi dan perlindungan hak asasi rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh yang demikian, Proklamasi Darurat Covid-19 tidak perlu menjadi satu polemik atau ketakutan kepada rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita mengharapkan dengan diisytiharkan Darurat Covid-19, penguatkuasaan peraturan dan arahan berkaitan usaha menangani wabak Covid-19 termasuklah melalui Perintah Kawalan Pergerakan dan langkah-langkah lain dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, ia juga mampu menyediakan mekanisme yang dapat mengelakkan rakyak terjebak dalam pilihan raya umum dalam tempoh wabak ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Mudah-mudahan negara kita dan dunia segera dikeluarkan dari dugaan dan cabaran wabak yang luar biasa ini. <\/p>\n\n\n\n<p>DR MUHAMMAD FATHI YUSOF<\/p>\n\n\n\n<p>FELO PENYELIDIK (UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBANGAAN)UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tulisan ini adalah lanjutan tulisan awal saya bertajuk \u201cProklamasi Darurat Jalan Keluar Tangani Covid-19\u201d (Berita Harian, 14 Oktober<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3739,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-3738","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3738","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3738"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3738\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3740,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3738\/revisions\/3740"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3739"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3738"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3738"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3738"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}