{"id":3886,"date":"2020-10-27T05:54:29","date_gmt":"2020-10-27T05:54:29","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=3886"},"modified":"2020-10-27T05:54:31","modified_gmt":"2020-10-27T05:54:31","slug":"kerajaan-majoriti-terlalu-tipis-beza-kerajaan-tsmy-dengan-kerajaan-tgna-2004","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/27\/kerajaan-majoriti-terlalu-tipis-beza-kerajaan-tsmy-dengan-kerajaan-tgna-2004\/","title":{"rendered":"Kerajaan Majoriti Terlalu Tipis: Beza Kerajaan TSMY Dengan Kerajaan TGNA 2004"},"content":{"rendered":"\n<p>Pergolakan politik Malaysia menjadi lebih kencang minggu ini berikutan tindakan KDYMM Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan Kerajaan PN supaya diisytiharkan darurat dalam membendung gejala Covid 19. <\/p>\n\n\n\n<p>Tambahan pula, pada awal November 2020 nanti, Dewan Rakyat akan bersidang untuk meluluskan Bajet 2021. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap pihak yang berkepentingan terus berpolitik walaupun ditegah oleh Ketua Negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin Yassin membuat percaturan dalam mempertahankan kuasa, Anwar Ibrahim pula mengatur tindakan untuk mendapatkan kuasa, sedangkan Umno berkira-kira tentang langkah terbaik untuk &#8216;berjual-beli&#8217; kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Puncanya hanya satu. <\/p>\n\n\n\n<p>Very simple majority! <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam 2020 ini sahaja sudah banyak kerajaan yang tumbang. <\/p>\n\n\n\n<p>Selepas PRU 2018, yang pertama tumbang ialah kerajaan Musa Aman di Sabah, kemudian ekoran tumbangnya Kerajaan PH di peringkat pusat, kerajaan-kerajaan negeri di Kedah, Johor, Perak dan Melaka juga tumbang, sebelum kerajaan Shafie Apdal tumbang di Sabah. <\/p>\n\n\n\n<p>Memimpin sebuah kerajaan dengan majoriti tipis adalah amat mengerikan bagi sebuah ketua kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila-bila sahaja dia boleh disabotaj, bahkan diugut atau dijadikan kuasa tawar menawar yang melemahkan cengkaman kuasanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada pilihan, jika mahu kerajaannya bertahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengalaman pahit Musa Aman, Mukhriz Mahathir, Adly Zahari, Dr Sharuddin Jamal dan Shafie Apdal itu kini menjadi igauan Muhyiddin Yassin. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau membentuk kerajaan dengan sokongan parti-parti lain, sedangkan partinya sendiri sangat minoriti. <\/p>\n\n\n\n<p>Parti-parti Sabah (GRS) dan Sarawak (GPS) bersama PAS telah mendukung Muhyiddin Yassin, sedangkan Umno yang merupakan parti asal beliau masih bermain tarik tali. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua pemerhati politik sedar, bahawa parti-parti Sabah dan Sarawak akan beralih dukungan mereka mengikut siapa yang berkuasa di Pusat. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala Umno masih &#8216;berdendam&#8217; dengan tindakan Muhyiddin Yassin menubuhkan Bersatu pada 2016 bagi menumbangkan Kerajaan BN.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin sebenarnya hanya mempunyai 114 penyokong berdasarkan Sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei 2020, berbanding 108 orang yang tidak bersama beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun PH kehilangan satu kerusi (Batu Sapi), tetapi dengan sikap Umno yang berbelah-bagi dalam menyokong Kerajaan PN, kedudukan Muhyiddin Yassin adalah seperti telur di hujung tanduk. <\/p>\n\n\n\n<p>Umno mempunyai 37 kerusi, iaitu komposisi terbesar dalam PN (belum dikira bekas-bekas wakil rakyat mereka yang melompat ke Bersatu). <\/p>\n\n\n\n<p>Di dalam Umno pula, berpecah kepada beberapa kem. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada persaingan dalaman di antara pemimpin Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada pemimpin Umno yang mahu Muhyiddin Yassin dijatuhkan, mungkin kerana faktor sejarah mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada pemimpin Umno yang mencadangkan supaya Umno bersama PH sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga yang mahu Umno bersama Anwar Ibrahim tanpa DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada mahu Ku Li dijadikan Perdana Menteri. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ramai juga yang bertegas untuk menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya ramai pemimpin Umno yang merungut dan tidak berpuas hati dengan kedudukan mereka dalam Kabinet walaupun komposisi mereka terbesar dalam PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Umno juga tidak berpuas hati dalam pengagihan kerusi PRN Sabah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam banyak hal, Umno memang sakit hati.<\/p>\n\n\n\n<p>Faktor-faktor inilah yang membuatkan Muhyiddin Yassin tidak selesa memimpin. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaannya boleh mencipta rekod sebagai yang terpendek usianya jika ia tumbang dalam masa terdekat ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Bajet 2021 boleh menjadi kayu ukur masa depannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika undian ketika memilih Speaker Dewan Rakyat pada Mei lalu, majoritinya sangat mendebarkan, itu pun ketika Umno memberikan sokongan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan apa yang terjadi jika Umno tidak mengikat disiplin wakil-wakil rakyatnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah Najib Razak, Tengku Razaliegh Hamzah, Ahmad Zahid Hamidi dan Nazri Aziz akan menyokong bajet tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin Yassin memang tiada kekuatan dalam soal ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah beliau hanya mengharapkan dukungan istana atau belas kasihan rakyat dengan tersepit dengan Covid 19?<\/p>\n\n\n\n<p>Di sebalik laluan pahit di hadapan Muhyiddin Yassin, rakyat patut melihat pengalaman serupa yang dialami oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan pada 2014. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS hanya mendapat 24 kerusi, sedangkan Umno memperoleh 21 kerusi di DUN yang berkeahlian 45 anggota itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebihan hanya tiga kerusi. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam suasana itu, Umno telah mengemukakan beberapa petisyen pilihan raya untuk mencabar kesahihan kerusi yang dimenangi PAS, termasuk kerusi yang diwakili Menteri Besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiba-tiba ADUN Pengkalan Pasir, Wan Abdul Aziz telah meninggal dunia pada hujung 2005, menjadikan kedudukan 23-21. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam PRU 2004, Wan Abdul Aziz hanya menang dengan majoriti 55 undi. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada 6 Disember 2005, pengundi Pengkalan Pasir memilih untuk menyokong calon BN dari Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Tuan Guru Nik Abdul Aziz memimpin kerajaan majoriti 1 kerusi (23-22). <\/p>\n\n\n\n<p>Satu kerusi yang dimenangi PAS di DUN Kemuning pula hanya dengan majoriti dua undi sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan PAS Kelantan disebut &#8216;Kerajaan Dua Undi.&#8217; <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa yang sama, ADUN Limbongan, Zainuddin Awang Hamat telah jatuh sakit yang kronik. <\/p>\n\n\n\n<p>Di sebelah Umno, usaha-usaha untuk membeli ADUN PAS bukan rahsia lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>ADUN Kemuning, Cikgu Zakaria Yaakub sendiri mendedahkan bahawa beliau didatangi oleh pihak-pihak tertentu dengan tawaran wang tunai jutaan ringgit dan jawatan penting dalam kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika PAS hilang satu kerusi, kerajaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan tumbang.<\/p>\n\n\n\n<p>Tumbangkah kerajaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz? <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak! Bahkan, kerajaan beliau adalah kerajaan simple majority yang paling stabil dalam sejarah dunia! <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang berganjak. <\/p>\n\n\n\n<p>Seluruh pujukan, tawaran dan sogokan gagal mencairkan iman wakil rakyat PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa demikian? <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah yang mesti dipelajari oleh Muhyiddin Yassin dan seluruh rakyat Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Wakil rakyat PAS telah dibina jati diri mereka dengan kesetiaan, ketaatan dan wala&#8217; kepada parti dan pimpinan. <\/p>\n\n\n\n<p>Disiplin inilah yang tidak dimiliki oleh ahli mana-mana parti di Malaysia, selain PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Nah! Lihat sendiri bagaimana ketika tegangnya suasana politik negara sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p>Persaingan kuasa sedang kencang di dalam Umno, tawar-menawar kuasa berlaku inter-parti, di dalam PAS suasana sangat tenang, setenang coppucino di dalam cawan kopi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada sebarang isu, tiada ugutan, tiada tawaran, tiada sogokan, tiada desakan, melainkan ketaatan sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat Malaysia sebenarnya memerlukan sebuah parti yang ahlinya memiliki kesetiaan seperti ini jika mahu melihat politik negara kembali stabil dan tenang. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika kita semua belajar dari sejarah ini, kita sebenarnya sudah mempunyai pendirian, parti mana yang akan menjadi pilihan untuk PRU 15 akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Fadli Ghani<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pergolakan politik Malaysia menjadi lebih kencang minggu ini berikutan tindakan KDYMM Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan Kerajaan PN<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3887,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-3886","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3886","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3886"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3886\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3888,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3886\/revisions\/3888"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3887"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3886"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3886"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3886"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}