{"id":398,"date":"2020-08-25T18:38:18","date_gmt":"2020-08-25T18:38:18","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=398"},"modified":"2020-08-26T21:55:53","modified_gmt":"2020-08-26T21:55:53","slug":"nasihat-buat-umno-pas-dan-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/08\/25\/nasihat-buat-umno-pas-dan-bersatu\/","title":{"rendered":"Nasihat buat UMNO, PAS dan Bersatu"},"content":{"rendered":"\n
Lakukan tapisan jika mahu MN dan PN berjaya hingga selepas PRU15.

SEJAK dahulu saya ingatkan pemimpin-pemimpin Muafakat Nasional (MN) agar berhati-hati apabila telah berjaya memimpin kerajaan Malaysia daripada PH.

Semua ini rencana Allah SWT untuk menyelamatkan negara ini daripada kerakusan ultra kiasu.

Jagalah kerajaan Malaysia ini sebaik mungkin.

Ikut peraturan, jaga perwatakan dan jaga tutur kata.

Tadbirlah dengan penuh integriti.

Musuh-musuh, seperti ultra kiasu keliling-kelalang, melihat dan menunggu mencari kelemahan dan kesilapan, untuk bertindak dan menjatuhkan.

Ultra kiasu ini berada di mana-mana, di dalam sesama muafakat sudah tentu ada (menyamar).

Di luar parti, apatah lagi.

Apatah lagi, MN sudah dibuka kepada Bersatu, macam-macam kepala ada.

Musuh dalam selimut turut bertambah.

Silap (salah) sikit sahaja, maklumat akan terus sampai kepada ultra kiasu.

Apa lagi kerja ultra kiasu, ada bukti, terus \u2018tembak\u2019.

Cyber troper mereka sudah biasa dengan kerja sebegini.

Terutama bekas-bekas menteri ultra kiasu hanya sempat bertahan selama 22 bulan.

Sudah tentu tahap kedengkian mereka masih belum reda.

Mereka akan memasang mata dan telinga untuk kembali semula.

Maklumlah, kerusi kesayangan sudah menjadi hak orang lain.

Hatta, sampai ke peringkat tag line \u2018sayangi sawitku, ditukar kepada \u2018sawit anugerah Tuhan\u2019 ultra kiasu sudah panas satu badan.

Semua Tuhan, Tuhan, Tuhan katanya.

Kalau boleh, mereka tidak mahu langsung ada unsur-unsur ketuhanan dalam kehidupan bernegara.

Isu bendera terbalik yang semakin berleluasa, ultra kiasu senyap sahaja.

Kita ingatkan berlaku kepada bendera Malaysia, bendera negeri pun terkena tempias juga, sebaris dengan lampu tanglung mereka.

Mereka mahu terbalikkan dan tonggang-langgangkan negara (negeri) ini.

Inilah ultra kiasu sebenar.

Kesalahan mereka disembunyikan, kesilapan orang lain, terutama musuh politik mereka, dipropagandakan.

Nasib baiklah mereka hanya memerintah kerajaan 22 bulan sahaja.

Jika tidak, memang punah ranah dan tunggang-langgang.

Inikan pula apabila pemimpin MN yang melanggar perintah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Lagi sedaplah ultra kiasu \u2018tembak\u2019.

Peliknnya, siapa yang membocorkan rahsia ini, kalau bukan sesama sendiri.

Sama seperti isu menghisap rokok (vape) di Parlimen.

Apapun salah tetap salah.

Sepatutnya, apabila sedar telah melakukan kesalahan, kita diam sahaja atau cepat-cepat cari jalan untuk selesaikan, atau minta maaf secara terbuka.

Tidak perlu keluar kenyataan.

Tetapi ada kalangan kita yang tergelincir mulutnya.

Akibatnya, makin banyak cakap, makin banyak masalah.

MN kini sudah berada dalam keadaan di luah mati mak, ditelan mati bapak.

Tetapi masih belum terlambat, jika terus berjaga-jaga.

Rakyat masih lagi menaruh harapan kepada MN berbanding kebobrokan PH.

Tidak dinafikan bahawa MN adalah penyatuan terbaik, direstui oleh akar umbi.

Kecuali dalam beberapa isu, seperti UMNO masih tidak berubah, untuk teruskan legasi memberi kerusi kawasan majoriti Melayu kepada MCA (Gerakan).

Pendek kata, MN adalah pilihan terbaik yang ada setakat hari ini.

Belum ada lagi pilihan lain buat masa ini.

Cuma, jangan terus ulangi kesilapan.

Begitu juga apabila Bersatu dan Kartel bersama UMNO dan PAS membentuk Perikatan Nasional (PN) dalam isu menangani wabak COVID 19.

Rakyat pada mulanya positif, kerana langkah ketika itu, mahu menyelamatkan negara daripada untuk COVID 19.<\/p>\n\n\n\n
Rakyat marhaen mula nampak bahawa UMNO dan PAS ikhlas berkorban demi rakyat.

Strategi ini penting sebagai langkah sementara menunggu PRU 15.

Namun, kini, akar umbi menjadi ragu apabila melihat organisasi PN yang mahu membuka sesiapa sahaja untuk menyertainya, tanpa ditapis terlebih dahulu.

Kita bukan menolak sesiapapun yang mahu menyertai PN.

Mengenali UMNO dan PAS sekian lama, kematangan dan keterbukaan mereka, jelas kelihatan apabila terbentuknya MN.

\u201cKeinsafan dan keikhlasan\u201d semakin terbukti apabila UMNO sanggup berubah dengan mengubah perlembagaannya, menjadi \u201clebih Islamik\u201d.

Perlembagaan itu boleh dianggap sebagai niat.

Rakyat sedar, UMNO telah banyak berubah, walaupun tidak sepenuhnya.

Sekurang-kurang dengan adanya MN (UMNO), inilah pilihan terbaik setakat ini.

Tetapi MN perlu beringat dan berawas, menerima ahli lain.

Saya tidak menolak Bersatu untuk menyertai PN (MN).

Tetapi perlu berhati-hati.

Tapis.

Dalam Bersatu macam-macam kepala ada.

Sama seperti mana PKR.

Ada nasionalis, ada sekularis dan liberalis.

Tidak kurang, ada yang terpalit dengan tuduhan kesongsangan seksual dan sebagainya.

Walaupun dihebohkan bahawa ia mungkin adirasa Tun M, tetapi dalam masa yang sama ia adalah gambaran semula kecelaruan pertembungan pemikiran dalam PKR dan Tun M.

Dalam kata lain, buat masa ini MN adalah solusi yang jelas.

Manakala PN adalah solusi yang penuh teka-teki.

Percayalah, pemimpin (ahli) yang kontroversi daripada Bersatu ini nanti akan menjadikan sokongan orang Melayu berbelah bahagi.

Sekarangpun dah nampak.

Semua parti nak jadi calon.

Pertahankan kerusi sedia, malah ada yang mahu lebih daripada itu walaupun kekuatan parti belum setara mana.

Lebih menakutkan lagi, apabila ada ahli-ahli pro PAN bersama Bersatu.

Jangan lupa bahawa parasit abadi PAN yang begitu mengasihi dan sanggup berkorban demi ultra kiasu.

Saya begitu terkejut apabila PAS mahu menghamparkan permaidani ini kepada ultra kiasu Melayu ini, yang telah merosakkan PAS selama ini.

Apakah PAS tidak tahu betapa khianatnya mereka sebelum ini.

Tak mungkin PAS lupa pengalaman pahit ini sehingga menyingkirkan mereka (PAN).

Saranan saya, jika benar-benar mahukan muafakat MN dan PN berjaya sepenuhnya, seterusnya memerintah selepas PRU15, maka lakukan tapisan dengan segera.

Jika Bersatu mahu bersama berada dalam UMNO dan PAS, maka penilaian berdasarkan calon dan keperibadian hendaklah diambil kira, bukan bawa penyakit secara berpakej.

Ingatan saya kepada PAS, jangan mudah tertipu.

Bacalah sejarah PAS.

Perjuangan adalah merujuk kepada ideologi dan watak pemimpin yang bersih.

Bukan menerima secara berpakej.

Nasihat saya kepada UMNO, move on, buka peluang kepada mereka yang bersih, tidak liberal, sayang kepada agama, bangsa dan negara untuk memimpin, tidak kira tua atau muda.

Kita tidak mahu ada lagi pemikiran meletakkan MCA bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Cukup, cukuplah.

Saya cukup takut parti ultra kiasu akan menjadi \u2018king maker\u2019 selepas PRU15.

Pesanan saya kepada Bersatu yang baharu menyertai MN (PN), insaflah, sesungguhnya perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara, jauh lebih utama daripada kepentingan peribadi.

Kamu dengan UMNO macam adik beradik.

Ingat anak cucu cicit yang akan mewarisi.

Kita yang sudah tua akan meninggalkan dunia ini, siapakah yang akan mewarisi, kalau bukan anak cucu cicit kita.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
Lakukan tapisan jika mahu MN dan PN berjaya hingga selepas PRU15. SEJAK dahulu saya ingatkan pemimpin-pemimpin Muafakat Nasional<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":399,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-398","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/398","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=398"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/398\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":400,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/398\/revisions\/400"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/399"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=398"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=398"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=398"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}