{"id":4111,"date":"2020-10-31T17:43:46","date_gmt":"2020-10-31T17:43:46","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4111"},"modified":"2020-10-31T18:51:36","modified_gmt":"2020-10-31T18:51:36","slug":"ucapan-yab-perdana-menteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/31\/ucapan-yab-perdana-menteri\/","title":{"rendered":"Ucapan YAB Perdana Menteri"},"content":{"rendered":"\n<p>Bismillahirrahmanirrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Assalamu\u2019alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-embed-youtube wp-block-embed is-type-video is-provider-youtube wp-embed-aspect-16-9 wp-has-aspect-ratio\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\n<iframe loading=\"lazy\" title=\"Situasi Semasa COVID19 oleh YAB Perdana Menteri\" width=\"640\" height=\"360\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/H-wPLwFAStk?feature=oembed\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture; web-share\" referrerpolicy=\"strict-origin-when-cross-origin\" allowfullscreen><\/iframe>\n<\/div><\/figure>\n\n\n\n<p>Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,<\/p>\n\n\n\n<p>Apa khabar semua? <\/p>\n\n\n\n<p>Saya doakan saudara dan saudari sihat wal \u00e1fiat.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya memandang serius trend peningkatan kes-kes positif COVID-19 secara mendadak di negara kita pada masa ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam apa yang disebut sebagai gelombang ketiga COVID-19 ini, hanya dalam tempoh sebulan yang lalu, hampir 20 ribu kes positif baharu dicatatkan di Malaysia berbanding 10,576 kes dalam tempoh 6 bulan sebelumnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah keseluruhan kes positif setakat 30 Oktober 2020 ialah 30,090 kes dengan 246 kematian.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat ini Sabah mencatatkan jumlah kes yang tertinggi iaitu 13,701 kes. <\/p>\n\n\n\n<p>Negeri-negeri lain yang mencatatkan lebih 1 ribu kes ialah Selangor 4,360 kes, Kuala Lumpur 2,991 kes, Kedah 2,080 kes dan Negeri Sembilan 1,516 kes.<\/p>\n\n\n\n<p>Peta negeri Sabah dan Selangor menunjukkan hampir keseluruhan kawasan telah menjadi merah, iaitu kawasan-kawasan yang mencatatkan kes COVID-19 melebihi 40 kes. <\/p>\n\n\n\n<p>Negeri-negeri yang dahulunya berstatus hijau, iaitu tiada langsung kes positif COVID-19 seperti Perak, Negeri Sembilan dan Melaka telah menjadi kuning dan sebahagian kawasan telah bertukar menjadi merah.<\/p>\n\n\n\n<p>Peningkatan kes COVID-19 secara mendadak telah memberi tekanan kepada para frontliners kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Di negeri Sabah sahaja lebih 300 petugas barisan hadapan telah dijangkiti COVID-19 dan lebih 1,200 petugas dikenakan kuarantin. <\/p>\n\n\n\n<p>Terdapat anggota polis yang terkena jangkitan COVID-19 dan setakat ini hampir 11,000 anggota terpaksa dikuarantin. <\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan ini menambah kekangan pasukan polis terutamanya bagi mereka yang bertugas di barisan hadapan. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;<em>We can\u2019t fail our frontliners<\/em>.&#8217;<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan memandang serius perkembangan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejak sebulan yang lalu, saya mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 hampir setiap hari. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya bersama Menteri-Menteri Kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan meneliti data-data dan syor-syor yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam membendung COVID-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita mengambil pendekatan untuk mengimbangi antara kepentingan melindungi nyawa rakyat dan keperluan menjamin kelangsungan hidup saudara dan saudari sekalian. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;<em>We have to strike a fine balance between protecting lives and livelihood<\/em>.&#8217;<\/p>\n\n\n\n<p>Kita perketatkan SOP bagi kegiatan sosial, pendidikan, keagamaan, sukan dan lain-lain untuk mengurangkan pergerakan orang ramai dan memutuskan rantaian jangkitan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi pada masa yang sama, kita benarkan kegiatan ekonomi untuk diteruskan tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat untuk memastikan perniagaan dan industri terus beroperasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam mengurus gelombang ketiga COVID-19 pada waktu ini, Kerajaan cuba sedaya-upaya untuk mengelakkan kesan yang terlalu buruk ke atas ekonomi negara yang boleh memberikan kesan negatif kepada kehidupan ekonomi rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya tahu ramai rakyat yang sedang menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penularan COVID-19. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih 800 ribu orang telah kehilangan pekerjaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, Kerajaan akan membentangkan Bajet 2021 di Dewan Rakyat pada 6 haribulan November nanti yang akan menyediakan pelbagai peruntukan kepada agensi kerajaan, bantuan kepada rakyat jelata dan insentif kepada sektor korporat, industri dan perniagaan dalam menghadapi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. <\/p>\n\n\n\n<p>InsyaAllah, dalam Bajet yang akan dibentangkan nanti, kerajaan akan mengumumkan inisiatif-inisiatif yang bakal meringankan beban yang ditanggung oleh saudara dan saudari sekalian dalam menghadapi zaman yang sukar ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya berharap, semua Ahli Parlimen dapat mengenepikan perbezaan politik untuk memastikan Bajet 2021 diluluskan demi kepentingan rakyat dan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Marilah kita letakkan kepentingan rakyat mengatasi segala kepentingan lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Satu bentuk persefahaman boleh dirangka dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen untuk membolehkan Bajet 2021 diluluskan dengan sokongan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya memberi jaminan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional akan terus mencari jalan terbaik untuk mengurus krisis besar yang sedang kita hadapi pada masa ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Matlamat kita hanyalah satu iaitu untuk menang dalam melawan COVID-19 dan memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela.<\/p>\n\n\n\n<p>Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,<\/p>\n\n\n\n<p>Pilihanraya Kecil Batu Sapi yang ditetapkan pada 5 Disember 2020 dan Pilihanraya Negeri Sarawak yang berkemungkinan diadakan pada bila-bila masa tidak dapat dielakkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana menurut Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas terdapat kekosongan bagi sesuatu kerusi Parlimen. <\/p>\n\n\n\n<p>Fasal 4 Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak juga memperuntukkan pilihanraya negeri hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Sidang Khas MKN yang saya pengerusikan hari ini, Setiausaha SPR memaklumkan ramai petugas pilihanraya menyatakan rasa bimbang untuk bertugas di PRK Batu Sapi nanti kerana takut terkena jangkitan COVID-19. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia juga melaporkan jika Pilihanraya Negeri Sarawak terpaksa diadakan, beliau bimbang akan keadaan di kawasan-kawasan pedalaman negeri Sarawak yang tidak mempunyai kemudahan kesihatan yang lengkap apakah akan mampu menampung peningkatan kes-kes positif COVID-19 yang berkemungkinan naik secara mendadak selepas pilihanraya. <\/p>\n\n\n\n<p>Keupayaan frontliners dan logistik kesihatan juga akan menjadi semakin terkekang dengan keadaan geografi negeri Sarawak yang luas dan sesetengah kawasan amat sukar untuk diakses. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini tidak mengambilkira kos tambahan yang akan ditanggung oleh kerajaan dan kos ke atas ekonomi jika penularan jangkitan COVID-19 berlaku dengan mendadak selepas pilihanraya. <\/p>\n\n\n\n<p>Di negeri Sabah sahaja dianggarkan kerajaan terpaksa membelanjakan setengah bilion ringgit jika PKP terpaksa dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini pandangan yang diberikan oleh pihak yang pakar dalam pengurusan pilihanraya dan kesihatan di negara kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya mestilah mendengar pandangan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada pihak mencadangkan kepada saya supaya kita perketatkan SOP pilihanraya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ya, boleh. Saya akan teliti SOP yang disediakan oleh SPR untuk PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak. <\/p>\n\n\n\n<p>Cuma saya tahu banyak kekangan yang dihadapi oleh SPR untuk menggubal satu SOP yang benar-benar berkesan dalam memastikan TIADA jangkitan langsung semasa pilihanraya diadakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya ialah kekangan untuk menghalang pergerakan pengundi di kawasan merah untuk keluar mengundi kerana mereka ada hak untuk mengundi di sisi perlembagaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Batu Sapi adalah kawasan merah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita minta penduduk Batu Sapi supaya duduk di rumah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi oleh kerana ada pilihanraya mereka terpaksa keluar beramai-ramai untuk mengundi. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin peratusan keluar mengundi akan menjadi rendah, tetapi itulah demokrasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga pergerakan pengundi dari kawasan merah ke kawasan hijau juga tidak dapat dihalang. <\/p>\n\n\n\n<p>Cuba saudara dan saudari bayangkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kuching sekarang adalah kawasan merah yang mencatatkan lebih 70 kes COVID-19. <\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilaksanakan sekarang, penduduk di Kuching tidak dibenarkan keluar dari daerah Kuching. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan itu kita dapat membendung penularan COVID-19 ke daerah-daerah lain yang masih berstatus hijau, iaitu tiada langsung kes COVID-19 dikesan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi jika pilihanraya terpaksa diadakan, kita tidak boleh menghalang penduduk di Kuching yang mengundi di Samarahan, Sri Aman, Miri, Bintulu dan lain- lain daerah untuk keluar mengundi. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga pengundi Sarawak yang tinggal di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri yang mencatatkan kes-kes COVID-19 yang tinggi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tidak boleh menghalang mereka pulang mengundi kerana itu adalah hak mereka di bawah Perlembagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin ada yang kata kenapa kita tidak buat ujian saringan COVID-19 ke atas semua pengundi luar negeri Sarawak yang hendak balik mengundi. <\/p>\n\n\n\n<p>Isunya, siapa yang akan menanggung kos ujian dan apakah kita mempunyai kapasiti makmal yang mencukupi untuk melakukan ujian ke atas ratusan ribu pengundi dalam masa yang singkat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ujian saringan pun tidak dapat menjamin mereka tidak dijangkiti selepas mengambil ujian.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh kerana ramai pesakit COVID-19 tidak mempunyai apa-apa simtom, kita tidak dapat pastikan dengan tepat siapa di antara mereka yang membawa virus ini dan menyebabkan jangkitan dalam komuniti. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih sukar sekiranya jangkitan berlaku di kawasan-kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan hospital dan fasiliti kesihatan lain yang lengkap. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang dijangkiti mungkin akan meninggal dunia begitu sahaja sebelum bantuan tiba, na\u2019uzubillah.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya sebutkan begini kerana ini bukan perkara main-main. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini perkara serius. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana itu, kalau saudara dan saudari tanya saya, pilihanraya sepatutnya tidak diadakan langsung pada masa ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi apa boleh buat kerana itu adalah kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan maka kita terpaksa mengadakan pilihanraya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kecuali jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Batu Sapi dan Sarawak, boleh lah kita tangguhkan dahulu kedua-dua pilihanraya ini sehingga COVID-19 berakhir.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika pilihanraya tidak dapat ditangguhkan atas apa-apa sebab sekalipun, rayuan saya kepada penduduk di Batu Sapi dan Sarawak berhati-hati lah.<\/p>\n\n\n\n<p>Jagalah diri saudara dan saudari semua. <\/p>\n\n\n\n<p>Patuhi SOP dengan penuh berdisiplin apabila pilihanraya diadakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga penduduk di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan lain-lain negeri yang sedang mencatatkan peningkatan kes-kes positif COVID-19. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya merayu kepada saudara dan saudari sekalian, jagalah diri masing-masing, ahli keluarga dan orang di sekeling kita dengan mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kasihanilah para frontliners kita yang terpaksa bekerja siang dan malam bersabung nyawa untuk memerangi wabak ini dan melindungi kita semua.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi yang bekerja, seboleh-bolehnya bekerjalah dari rumah. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya bimbang kerana sekarang ini telah ada beberapa kluster baharu yang berpunca daripada jangkitan di tempat kerja.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mereka yang terpaksa keluar bekerja, patuhilah SOP dengan penuh berdisiplin. <\/p>\n\n\n\n<p>Sentiasalah ingat untuk memakai pelitup muka, bersihkan tangan dan jaga penjarakan fizikal. <\/p>\n\n\n\n<p>Elakkan tempat yang sesak dan jangan bersentuhan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak ada apa-apa urusan yang penting, duduklah di rumah. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;<em>Please stay at home because our home is the safest place on earth now<\/em>.&#8217;<\/p>\n\n\n\n<p>Akhir sekali, saya ingin mengajak semua pihak \u2013 ahli-ahli politik, pemimpin masyarakat sivil, pertubuhan bukan kerajaan, belia, mahasiswa dan seluruh lapisan masyarakat supaya bersatu hati, berganding bahu dan berpadu tenaga untuk melawan COVID-19<\/p>\n\n\n\n<p>Saya berdoa mudah-mudahan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara kita segera berakhir dan kita semua dijauhi daripada sebarang musibah. <\/p>\n\n\n\n<p>Amin, <\/p>\n\n\n\n<p>Amin Ya Rabbal Alamin.<\/p>\n\n\n\n<p>Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu&#8217;alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu\u2019alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera. Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian, Apa khabar<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4112,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[8],"tags":[19],"class_list":["post-4111","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dalam_negeri","tag-dalam_negeri"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4111","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4111"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4111\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4114,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4111\/revisions\/4114"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4112"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4111"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4111"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4111"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}