{"id":4169,"date":"2020-11-02T10:42:44","date_gmt":"2020-11-02T10:42:44","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4169"},"modified":"2020-11-02T10:42:46","modified_gmt":"2020-11-02T10:42:46","slug":"cadangan-pengisytiharan-darurat-bukan-kehendak-pm-tetapi-nasihat-kabinet","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/11\/02\/cadangan-pengisytiharan-darurat-bukan-kehendak-pm-tetapi-nasihat-kabinet\/","title":{"rendered":"Cadangan Pengisytiharan Darurat Bukan Kehendak PM Tetapi Nasihat Kabinet"},"content":{"rendered":"\n<p>Bertalu-talu nampaknya serangan yang dikemukakan terhadap Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato&#8217; Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin, berhubung dengan cadangan pengisytiharan darurat. <\/p>\n\n\n\n<p>Naratif yang sedang galak dikemukakan ialah bahawa ia kononnya adalah kehendak Perdana Menteri untuk menyelamatkan diri beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Fakta-fakta sebenar yang wujud adalah:<\/p>\n\n\n\n<p>1) Cadangan mengisytiharkan darurat pada mulanya dibincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada hari Rabu, 21 Oktober 2020. <\/p>\n\n\n\n<p>Ahli-Ahli MKN yang hadir di dalam Mesyuarat MKN ini adalah Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato&#8217; Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin; Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato&#8217; Sri Ismail Sabri Bin Yaakob; Menteri Dalam Negeri, YB Dato&#8217; Seri Hamzah Bin Zainudin; dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato&#8217; Saifuddin Bin Abdullah; Panglima Angkatan Tentera, YBHG. Jeneral Tan Sri Dato&#8217; Sri Haji Affendi Bin Buang; Ketua Polis Negara, YBHG. Tan Sri Dato&#8217; Seri Abdul Hamid Bin Bador; dan Ketua Setiausaha Negara, YBHG. Tan Sri Mohd Zuki Bin Ali. Turut hadir ialah Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato&#8217; Sri Hj. Fadillah Bin Haji Yusof; Peguam Negara, YBHG. Tan Sri Idrus Bin Harun; Ketua Pengarah Kesihatan, YBHG. Tan Sri Dato&#8217; Seri Dr. Noor Hisham Bin Abdullah; dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, YBHG. Datuk Mohd Rabin Bin Basir. <\/p>\n\n\n\n<p>Mesyuarat MKN pada hari Rabu, 21 Oktober 2020, ini mencapai keputusan sebulat suara untuk membawa cadangan perisytiharan darurat ke kabinet untuk dibincangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>2) Mesyuarat Khas Kabinet selanjutnya dilangsungkan pada pagi hari Jumaat, 23 Oktober 2020, bagi membincangkan cadangan perisytiharan darurat. <\/p>\n\n\n\n<p>Kertas Mesyuarat Jemaah Menteri telah disediakan dan diedarkan kepada semua ahli mesyuarat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mesyuarat Khas Kabinet pada hari Jumaat, 23 Oktober 2020, ini memutuskan untuk memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong supaya membuat perisytiharan darurat. <\/p>\n\n\n\n<p>3) Pada petang hari Jumaat, 23 Oktober 2020, rombongan seramai 12 ahli telah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Kuantan, Pahang, bagi menyembahmaklumkan \u201cNasihat Kabinet\u201d di bawah Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan supaya Yang di-Pertuan Agong membuat perisytiharan darurat. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua 12 ahli rombongan ini telah bercakap di depan Yang di-Pertuan Agong bagi menyembahmaklumkan nasihat Kabinet ini, di mana mereka adalah terdiri daripada:<\/p>\n\n\n\n<p>i) Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato&#8217; Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin; <\/p>\n\n\n\n<p>ii) Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato&#8217; Seri Mohamed Azmin Bin Ali;<\/p>\n\n\n\n<p>iii) Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato&#8217; Sri Ismail Sabri Bin Yaakob; <\/p>\n\n\n\n<p>iv) Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato&#8217; Sri Hj. Fadillah Bin Haji Yusof; <\/p>\n\n\n\n<p>v) Menteri Kewangan, YB Senator Dato&#8217; Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz;<\/p>\n\n\n\n<p>vi) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB Dato&#8217; Takiyuddin Bin Hassan;<\/p>\n\n\n\n<p>vii) Menteri Dalam Negeri, YB Dato&#8217; Seri Hamzah Bin Zainudin; dan <\/p>\n\n\n\n<p>viii) Peguam Negara, YBHG. Tan Sri Idrus Bin Harun; <\/p>\n\n\n\n<p>ix) Ketua Pengarah Kesihatan, YBHG. Tan Sri Dato&#8217; Seri Dr. Noor Hisham Bin Abdullah;<\/p>\n\n\n\n<p>x) Panglima Angkatan Tentera, YBHG. Jeneral Tan Sri Dato&#8217; Sri Haji Affendi Bin Buang; <\/p>\n\n\n\n<p>xi) Ketua Polis Negara, YBHG. Tan Sri Dato&#8217; Seri Abdul Hamid Bin Bador; dan;<\/p>\n\n\n\n<p>xii) Ketua Setiausaha Negara, YBHG. Tan Sri Mohd Zuki Bin Ali. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, sangatlah tidak betul jika dikatakan bahawa cadangan pengisytiharan darurat ini kononnya adalah kehendak Perdana Menteri untuk menyelamatkan diri beliau kerana:<\/p>\n\n\n\n<p>1) Cadangan pengisytiharan darurat ini sebenarnya adalah \u201cNasihat Kabinet\u201d seperti yang termaktub di bawah Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>2) Ahli-Ahli Mesyuarat MKN pada hari Rabu, 21 Oktober 2020, dan Mesyuarat Khas Kabinet pada hari Jumaat, 23 Oktober 2020, yang terdiri daripada Menteri-Menteri daripada semua parti komponen Perikatan Nasional dan Barisan Nasional, selain pegawai-pegawai tertinggi kerajaan, sudah pasti akan membangkang cadangan pengisytiharan darurat ini dari awal lagi jika ia adalah kehendak Perdana Menteri untuk menyelamatkan diri beliau semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia, di dalam kata lain, adalah keputusan kolektif Jemaah Menteri, bukannya keputusan Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu juga, sangatlah tidak wajar untuk pemimpin dan ahli mana-mana parti komponen Perikatan Nasional dan Barisan Nasional untuk terus-terusan mengkritik Perdana Menteri atas cadangan ini bila wakil-wakil mereka di dalam Mesyuarat MKN dan Mesyuarat Khas Kabinet turut bersetuju dengannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kamarul Yusoff<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bertalu-talu nampaknya serangan yang dikemukakan terhadap Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato&#8217; Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin,<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4170,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-4169","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4169","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4169"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4169\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4171,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4169\/revisions\/4171"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4170"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4169"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4169"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4169"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}