{"id":4220,"date":"2020-11-03T12:36:33","date_gmt":"2020-11-03T12:36:33","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4220"},"modified":"2020-11-03T12:36:34","modified_gmt":"2020-11-03T12:36:34","slug":"peranan-masyarakat-awam-dalam-kes-bunuh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/11\/03\/peranan-masyarakat-awam-dalam-kes-bunuh\/","title":{"rendered":"Peranan Masyarakat Awam Dalam Kes Bunuh"},"content":{"rendered":"\n<p>Seorang anak telah dibunuh oleh rakannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, riuhlah media sosial ingin mendedahkan siapakah pembunuhnya, apakah puncanya dengan segala jenis kecaman yang hilang roh kemanusiaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah mangsa akan hidup kembali? Tidak. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesilapan yang dilakukan tertuduh tidak mungkin boleh dibaiki semula.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi di Malaysia, kehidupan si tertuduh ini (jika disabitkan bersalah oleh mahkamah), sama ada bakal berakhir di tali gantung atau di dalam penjara.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas hukuman dijatuhkan, dia akan kekal hidup sebagai manusia dan keluarganya akan kekal hidup tanpa dirinya. <\/p>\n\n\n\n<p>Pastinya untuk satu waktu yang lama, kerana tertuduh masih muda.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 2000 di Iran, kisah yang sama telah berlaku kepada seorang remaja yang bernama Murteza Amini Moqaddam yang berusia 17 tahun. <\/p>\n\n\n\n<p>Pergaduhan berlaku di antara pesalah dan rakannya, sebelum mangsa mati kerana tikaman yang serius. <\/p>\n\n\n\n<p>Pesalah di bawa ke tempat hukuman gantung di tempat awam. <\/p>\n\n\n\n<p>Ibunya di saat akhir, tiba-tiba memaafkan pesalah, walaupun didesak oleh masyarakat yang hadir untuk tidak memaafkan mangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Walhal, pada waktu itu, tali gantung sudah pun di sekeliling leher pesalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Keinsafan yang mendalam, bersama perasaan penuh kesal dan mengaku salah, menyebabkan pesalah berjanji bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang yang berguna dalam hidup dan berguna kepada masyarakat hingga akhir hayatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Demikianlah keindahan undang-undang jenayah Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Kebaikannya dirasai oleh mangsa, keluarga mangsa, sehinggalah kepada pesalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Banyak negara sebenarnya telah mengguna pakai prinsip keadilan seakan-akan qisas dan diyat iaitu yang dipanggil sebagai keadilan restoratif.<\/p>\n\n\n\n<p>Konsep keadilan restoratif membawa maksud keadilan tidak lagi berfokus kepada hukuman terhadap pesalah semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Konsep keadilan mereka telah berpindah kepada memberi kebajikan kepada mangsa dan memberi pemulihan kepada pesalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam proses tersebut, satu pertemuan akan diadakan antara mangsa, wakil masyarakat dan pesalah, bersama-sama seorang fasilitator atau pegawai khas yang akan membantu perbincangan supaya mencapai objektif.<\/p>\n\n\n\n<p>Perbincangan ini akan memberi lebih fokus kepada memulihkan hubungan dan membayar pampasan sebagai jalan penyelesaian.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbalik kepada kes jenayah yang dibincangkan, apabila pembunuhan berlaku, kemudaratan telah pun terjadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Seeloknya, kita serahkan kepada pihak berwajib menjalankan tugasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih-lebih lagi di Malaysia, kehidupan pesalah selepas melakukan jenayah, hakikatnya tidak ada kaitan langsung dengan kita, masyarakat biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, masyarakat awam yang bertanggungjawab adalah masyarakat yang melibatkan diri mencegah kejadian-kejadian seperti itu daripada berlaku, tidak kisahlah melalui jalan\/ wasilah apa sekali pun.<\/p>\n\n\n\n<p>Masyarakat awam yang bertanggungjawab (dan beriman) juga perlu menyumbang usaha untuk membawa keindahan undang-undang jenayah Islam ke Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Hukuman qisas (hukuman bunuh untuk kesalahan membunuh) dan diyat (pampasan sebagai alternatif qisas) memberi ketenangan kepada semua pihak. <\/p>\n\n\n\n<p>Keluarga mangsa lapang tanpa dendam dan sakit hati.<\/p>\n\n\n\n<p>Pesalah diberi peluang untuk bertaubat dan dibimbing ke jalan yang benar.<\/p>\n\n\n\n<p>Masyarakat aman tanpa ancaman jenayah. <\/p>\n\n\n\n<p>Hati tenang adalah makna kebahagiaan sebenar. <\/p>\n\n\n\n<p>Hati yang kacau, risau tidak menentu, tetapi tidak mahu menyumbang sesuatu. <\/p>\n\n\n\n<p>Janganlah kita tergolong menjadi warga internet yang begitu.<\/p>\n\n\n\n<p>Muna Rime<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Rujukan utama: Keadilan Restoratif dan Retributif dalam Syariah dan di Malaysia: Satu sorotan; Ramizah Wan Muhammad.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang anak telah dibunuh oleh rakannya. Maka, riuhlah media sosial ingin mendedahkan siapakah pembunuhnya, apakah puncanya dengan segala<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4221,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-4220","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4220","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4220"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4220\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4222,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4220\/revisions\/4222"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4221"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4220"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4220"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4220"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}