{"id":4238,"date":"2020-11-03T17:14:07","date_gmt":"2020-11-03T17:14:07","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4238"},"modified":"2020-11-03T17:14:08","modified_gmt":"2020-11-03T17:14:08","slug":"kenapa-pas-dan-umno-tidak-mengkaji-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/11\/03\/kenapa-pas-dan-umno-tidak-mengkaji-dap\/","title":{"rendered":"Kenapa PAS Dan UMNO Tidak Mengkaji DAP?"},"content":{"rendered":"\n<p>Saya ingin mengajak bijak pandai, pemikir, profesional dan penyelidik di dalam PAS dan Umno untuk merenung sekejap. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana para pimpinan kedua-dua parti telah mengabaikannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Iaitu kenapa kedua-dua parti Melayu ini tidak berminat mengkaji secara mendalam dan memahami DAP? <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kata lain, sepatutnya PAS dan Umno memberikan perhatian serius untuk mengkaji, mendalami dan memahami seluruh asal-usul, organisasi, dasar, hala tuju, matlamat, kepemimpinan dan pemikiran DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Sepatutnya, pusat-pusat penyelidikan kedua-dua parti mempunyai &#8216;<strong>School of DAP Studies<\/strong>&#8216;, bukan hanya mempunyai unit-unit berkaitan isu politik semasa dan pilihan raya sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah pendekatan yang paling baik jika kita ingin menangani DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa saya katakan demikian? <\/p>\n\n\n\n<p>Mari saya jelaskan&#8230;<\/p>\n\n\n\n<p><strong>I. Barat dan orientalismenya<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Barat adalah satu bangsa yang bangkit selepas abad ke-13. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mendendami dan memusuhi Islam kerana membuka Andalus pada awal abad kelapan (711). <\/p>\n\n\n\n<p>Barat mengatur langkah untuk menjajah negeri Islam di sebelah Timur. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain menjajah, mereka memulakan &#8216;<strong>orientalisme<\/strong>&#8216; atau kajian ketimuran. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian mereka menguasai keseluruhan aspek ketimuran, lalu mereka bukan sahaja dapat menguasai tanah, hasil bumi dan pengaruh politik, tetapi mereka dapat mengawal pemikiran umat Islam di Timur. <\/p>\n\n\n\n<p>Baru dalam tahun 2003, Malaysia menubuhkan <strong>Institut Kajian Oksidental (IKON)<\/strong> di UKM untuk mengkaji kebaratan, iaitu lebih 100 tahun terkemudian daripada tertubuhnya <strong>School of African and Oriental Studies (SOAS)<\/strong> di University of London yang ditubuhkan pada 1916. <\/p>\n\n\n\n<p>Walhal, orientalisme itu bermula ratusan tahun lebih awal. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah kefahaman Barat dalam mengkaji musuh mereka, berbanding dengan kita.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>II. Kajian-kajian hanya terhenti setakat bahayanya Parti Komunis Malaya (PKM)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kajian-kajian akademik tentang DAP sangat sedikit dan begitu kabur sekali. <\/p>\n\n\n\n<p>Kawan-kawan penyelidik saya memberitahu bahawa pemimpin DAP akan menyembunyikan seluruh maklumat tentang mereka, jika ada sebarang kajian yang dibuat berkait dengan DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Sukar untuk mendapatkan kerjasama dalam penyelidikan tentang DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak akan membuka rahsia-rahsia pergerakan mereka, terutama penyamaran mereka di atas nama demokrasi, tetapi membawa agenda sosialisme. <\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini memerlukan perhatian serius dan kesungguhan para penyelidik untuk memahami <strong>&#8216;origin of DAP<\/strong>&#8216;.<\/p>\n\n\n\n<p>Kajian-kajian yang dibuat sebelum ini telah terhenti setakat pergerakan, pemikiran dan keganasan komunis sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa kajian oleh Cheah Boon Kheng, Aloysius Chin dan Hoi Hui Ling hanya berlegar tentang PKM, dan kajian mereka tidak sampai kepada DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita mungkin biasa mendengar nama Dong Zong, Dong Jiao Zong, Suqui, DEMA dan UMANY. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi kita tidak mempunyai data yang jelas tentang hubungan mereka dengan DAP atau kemungkinan mereka adalah metamorfosis DAP.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>III.<\/strong> <strong>DAP mengkaji politik PAS dan Umno<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ketika PAS dan Umno tidak mempedulikan pergerakan DAP, mereka telah mengatur langkah yang lebih jauh apabila mula memberikan perhatian untuk mengkaji PAS dan Umno, sebagai langkah memahami kedua-dua parti ini sebelum mereka menguasainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam memahami PAS, Liew Chin Tong adalah pakarnya, khususnya tentang perjuangan negara Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Kajian beliau di Australia National University (ANU) pada 2004 bertajuk &#8216;<strong>Articulating an Islamic State in Multiethnic Malaysia: The Case of PAS<\/strong>&#8216;. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah itu, Liew Chin Tong meneruskan kajian-kajiannya tentang PAS di Institute of South-East Asian Studies (ISEAS), Singapura. <\/p>\n\n\n\n<p>Kedua, tentang Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka telah mengkaji tentang pergolakan, persaingan dan perbuatan jawatan dalam Umno pada 1980-an dan 1990-an. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengkaji DAP, Taresa Kok Suh Sim telah membuat kajian bertajuk &#8216;<strong>Perpuakan Umno Dalam Era Mahathir Mohamad<\/strong>&#8216; di Universiti Malaya pada 2001. <\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-dua kajian ini adalah contoh bagaimana DAP tidak mengabaikan kajian tentang PAS dan Umno dalam pergerakan politik mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia tiada bezanya dengan orientalisme yang dibuat oleh Barat sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasilnya, mereka dapat memahami punca-punca pergolakan dalaman PAS di atas isu negara Islam, dan DAP dapat menguasai kelompok &#8216;<strong>Islamis Demokrat<\/strong>&#8216; yang tidak bersetuju dengan negara Islam yang digagaskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>DAP juga dapat menguasai dengan baik serpihan Umno yang &#8216;<strong>liberal Islamis<\/strong>&#8216; pimpinan Anwar Ibrahim. <\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini, kedua-dua serpihan PAS dan Umno telah menjadi alat kepada pergerakan &#8216;<strong>bertopeng<\/strong>&#8216; DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya akan dedahkan lagi hal ini kemudian. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>IV. Kajian tentang bahaya dan ancaman komunis belum sampai di penghujung<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kajian-kajian tentang bahaya ancaman komunis telah menarik minat para pengkaji, termasuk di kalangan orang Cina sejak 1970-an. <\/p>\n\n\n\n<p>Faktornya, kerana adanya gerakan komunis untuk menguasai Malaysia pada dekad tersebut, termasuk mereka membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada 7 Jun 1974. <\/p>\n\n\n\n<p>Siri-siri keganasan politik komunis ini berkaitan dengan rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia berlaku kesan penguasaan DAP dan orang Cina terhadap politik Bandar, dan mereka berharap akan menguasai politik Malaysia kemudiannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain keganasan yang komunis lakukan, mereka juga telah mempengaruhi politik Melayu dua aliran. <\/p>\n\n\n\n<p>Pertama, Umno telah diresapi oleh pengaruh mereka sehingga berlakunya penahanan ISA ke atas &#8216;<strong>Tiga Abdul<\/strong>&#8216; pada 1976, iaitu zaman Hussein Onn. <\/p>\n\n\n\n<p>Kedua, komunis telah mengaktifkan sebuah &#8216;<strong>parti Islam<\/strong>&#8216; bernama <strong>Parti Persaudaraan Islam Malaya (PAPERI)<\/strong> yang ditubuhkan pada 1965, untuk menarik sokongan orang Islam kerana PAS berada di dalam kerajaan ketika itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan DAP bergerak sejak 1966 untuk melanjutkan agenda PAP pimpinan Lee Kuan Yew dari Singapura. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengkaji yang paling terkenal dalam mengkaji gerakan politik komunis ini ialah Prof Dr Cheah Boon Kheng dari USM. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau telah membuat kajian kedoktorannya di Australia National University (ANU) pada 1974 dan lulus pada 1979. <\/p>\n\n\n\n<p>Kajian beliau bertajuk &#8216;<strong>The Masked Comrades<\/strong>&#8216; atau &#8216;<strong>Komrad Bertopeng<\/strong>&#8216;, iaitu agen-agen komunis yang bergerak di pentas demokrasi dalam sejarah Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Kajian beliau adalah berkisar tentang pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM) melalui Barisan Bersatu PKM, iaitu parti-parti politik demokrasi yang mendukung sosialisme, yang ditubuhkan oleh PKM seperti yang terkandung dalam risalah &#8216;<strong>Secret Plan For Red Malaya<\/strong>&#8216;. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka cuba meresap masuk dalam parti Melayu seperti PKMM dan sayap-sayapnya seperti API, AWAS, BATAS dan juga Hizbul Muslimin. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi mereka sebenarnya menguasai <strong>Malayan Democratic Union (MDU)<\/strong> yang disertai oleh orang Cina dan bukan Melayu yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Cheah Boon Kheng mendakwa <strong>Parti Tindakan Rakyat (PAP)<\/strong> adalah lanjutan MDU. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada kesimpulan kajiannya, beliau menjelaskan:<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Seperti MDU (yang menjadi agen PKM), PAP juga menjadi sebuah pertubuhan Barisan Bersatu PKM, Lee Kuan Yew telah mendakwa bahawa, dalam tahun 1957, beliau dan Fang Chuang Pi, yang dipanggil &#8216;<strong>Plen<\/strong>&#8216; komunis itu, telah bertemu untuk &#8220;mewujudkan semula kerjasama ini di dalam sebuah Barisan Bersatu anti penjajahan.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>PAP ketika Singapura berada di dalam Malaysia, mereka telah menubuhkan <strong>Malaysian Solidarity Convention (MSC)<\/strong> pada Mei 1965 untuk menggabungkan semua parti bukan Melayu bagi menguasai politik Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedar masalah ini, Tunku Abdul Rahman Putra bertindak menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada Ogos 1965. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam bulan Oktober 1965, cawangan-cawangan PAP di Malaysia telah bertukar menjadi DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Hubungan DAP dengan PAP adalah sangat jelas, kerana ia berasal dari cawangan-cawangan PAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak pelik jika DAP membawa agenda &#8216;<strong>Malaysian Malaysia<\/strong>&#8216; dan mulai kelihatan berbau komunis dan sangat anti Islam sejak PH berkuasa pada 2018.<\/p>\n\n\n\n<p>Atas sebab ini, saya menyeru supaya PAS dan Umno mengambil langkah mengkaji, mendalami dan memahami DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin PAS dan Umno jangan sekali-kali mengabaikan hal ini&#8230;<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Fadli Ghani<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya ingin mengajak bijak pandai, pemikir, profesional dan penyelidik di dalam PAS dan Umno untuk merenung sekejap. Ini<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4239,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-4238","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4238","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4238"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4238\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4240,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4238\/revisions\/4240"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4239"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4238"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4238"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4238"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}