{"id":4256,"date":"2020-11-04T11:33:30","date_gmt":"2020-11-04T11:33:30","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4256"},"modified":"2020-11-04T11:33:32","modified_gmt":"2020-11-04T11:33:32","slug":"memperingati-200-tahun-pengajian-pondok-di-kelantan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/11\/04\/memperingati-200-tahun-pengajian-pondok-di-kelantan\/","title":{"rendered":"Memperingati 200 Tahun Pengajian Pondok Di Kelantan"},"content":{"rendered":"\n<p>Pendidikan merupakan satu mekanisme dakwah yang terpenting dalam membentuk kefahaman masyarakat terhadap agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Islam sejak awal lagi menekankan kepentingan ilmu melalui kisah penciptaan Adam AS dan juga perintah membaca. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan, Nabi SAW sendiri pun menggerakkan dakwahnya melalui halaqat ilmu di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam, sebelum Masjid Nabawi mengambil peranan besar kemudiannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kajian Wan Mohd Saghir Abdullah mengatakan Islam dibawa ke Kelantan oleh seorang pendakwah yang bernama Sheikh Ali Abdullah. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau masuk ke Kelantan melalui Langkasuka (Pattani) pada tahun 1050M. <\/p>\n\n\n\n<p>Tarikh ini tidak jauh dari dakwaan Wan Hussein Azmi yang mengatakan Islam sampai ke Kelantan menjelang tahun 1000M. <\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan dinar emas yang ditemui di Kota Kubang Labu, bahawa pada tahun 577H (1181M) telah berdiri kerajaan Islam di Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>WA Graham yang menulis pada 1908M mengatakan Islam sudah berkembang di Kelantan sekitar tahun 1200M.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkembangan Islam di Pantai Timur Semenanjung boleh dikatakan mulai pesat pada abad ke-16 apabila wujudnya pusat-pusat pengajian Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Di Nusantara, pusat pengajian Islam pertama dibuka ialah Dayah Cot Kala di Aceh yang dibuka sekitar 1012M. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada 1399, seorang lulusan sebuah dayah (pondok) di Aceh, Maulana Malik Ibrahim telah membuka pasentren di Gerisik, Jawa. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi di Tanah Melayu pondok yang pertama dikatakan dibuka oleh Faqih Wan Musa bin Sheikh Salleh al-Laqihi di Kampung Sena, Pattani pada abad ke-16, iaitu Pondok Kampung Sena.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah pondok berkembang pesat di Pattani sehingga abad ke-18M, Kerajaan Pattani telah jatuh ke tangan Siam pada 1786M, menyebabkan para ulamak mula berhijrah ke Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Salah seorang dari mereka ialah Tuan Guru Haji Hashim yang terkenal dengan gelaran Tok Soraf. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berhijrah ke Kelantan bersama tiga anaknya, iaitu Faqih Abdullah, Faqih Abdul Rahmat dan Faqih Ali. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka membuka kampung dan bermastautin di Kampung Bukit (sekarang Pulai Chondong). <\/p>\n\n\n\n<p>Tok Soraf menjadi imam dan mengajar agama bersama anak-anaknya di Surau Kampung Bukit pada awal zaman pemerintahan Long Yunus (1765-1795M).<\/p>\n\n\n\n<p>Anak kepada Faqih Abdullah, Abdul Samad (1792-1873M) telah dilahirkan di sini. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mendapat pendidikan agama dari keluarganya sendiri sehingga berumur 16 tahun. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah itu, beliau dihantar belajar di Mekah pada 1808M. <\/p>\n\n\n\n<p>Selepas 10 tahun di Mekah, Abdul Samad telah kembali ke Kampung Bukit dan dilantik menjadi Imam Surau Kampung Bukit. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mulai mengajar di sini beberapa ketika, sebelum mencari tapak baru sekitar 1820 untuk membuka surau yang lebih selesa.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau telah memilih satu kawasan di pinggir kampungnya untuk membuka surau baru. <\/p>\n\n\n\n<p>Berhampiran tapak surau itu terdapat sebatang pokok pulai yang tumbuh condong. <\/p>\n\n\n\n<p>Di situlah (sekarang Kampung Bilal Talib) didirikan sebuah surau baru. <\/p>\n\n\n\n<p>Surau ini mula dikunjungi para pelajar yang dekat dan jauh. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang jauh memudiki Sungai Kelantan, kemudian melalui Sungai Bagan untuk ke surau tersebut bagi mengikuti pengajian bersama Haji Abdul Samad. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya, di bawah pokok pulai itu, tumbuh pondok-pondok sebagai penginapan pelajar seperti mana kampus pondok di Teluk Manuk dan Pauh Bok di Pattani.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak itulah, pondok-pondok itu disebut Pondok Pulai Chondong. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya nama beberapa kampung di situ seperti Kampung Bukit, Kampung Bilal Talib dan Kampung Tok Mat telah tenggelam, sebaliknya yang masyhur ialah Kampung Pulai Chondong, sempena nama pondok tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Prof Mohamad Abu Bakar, &#8220;Tarikh tepat penubuhan pondok di Kelantan tidaklah diketahui, tetapi adalah dipercayai bahawa persekolahan pertama bermula dalam tahun 1820, apabila Tuan Haji Abdul Samad mempelopori pembentukan rumah-rumah pondok di Pulai Chondong yang terletak di Jalan Kuala Kerai-Kota Bharu.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak berdirinya Pondok Pulai Chondong pada 1820, Haji Abdul Samad mula dikenali dengan gelaran Tok Pulai Chondong (1792-1873), dan sejak itu juga sistem pengajian pondok mulai tumbuh di Kelantan dari generasi ke generasi sehingga lahirnya Tok Kenali (1870-1933) sebagai tokoh ulamak terbesar di Kelantan pada abad ke-20. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan pada abad ke-19, tokoh ulamak Kelantan yang paling masyhur ialah guru Tok Kenali, iaitu Tok Wan Ali Kutan (1820-1913), murid Tok Pulai Chondong yang mengajar di Mekah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerana hubungan ilmu tiga generasi ini &#8211; Tok Pulai Chondong, Tok Wan Ali Kutan dan Tok Kenali &#8211; nama Kelantan telah masyhur di seluruh Alam Melayu sebagai Serambi Mekah. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun ini, saat Kelantan sedang menyambut 30 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI) di bawah kepemimpinan ulamak, sebenar juga adalah ulang tahun ke-200 sistem pendidikan pondok di Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Peranan Kelantan sebagai pusat keilmuan Islam sewajarnya diperkatakan demi mengekalkan Kelantan sebagai negeri tadahan wahyu untuk generasi akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Fadli Ghani<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pendidikan merupakan satu mekanisme dakwah yang terpenting dalam membentuk kefahaman masyarakat terhadap agama. Islam sejak awal lagi menekankan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4257,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[37],"class_list":["post-4256","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sejarah","tag-sejarah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4256","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4256"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4256\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4258,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4256\/revisions\/4258"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4257"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4256"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4256"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4256"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}