{"id":4270,"date":"2020-11-04T12:58:06","date_gmt":"2020-11-04T12:58:06","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4270"},"modified":"2020-11-04T12:58:08","modified_gmt":"2020-11-04T12:58:08","slug":"5-sifat-perlu-ada-untuk-mencari-sahabat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/11\/04\/5-sifat-perlu-ada-untuk-mencari-sahabat\/","title":{"rendered":"5 Sifat Perlu Ada Untuk Mencari Sahabat"},"content":{"rendered":"\n<p>Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sahabat juga mampu meredakan kesedihan, menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka akan sentiasa melindungi kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak kebelakangan ini kita dapat saksikan ada dalam kalangan mereka yang sanggup untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang sahabat yang sejati.<\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya menipu, mengaibkan hal peribadi sahabat karibnya, menjatuhkan maruah dan pelbagai lagi sehingga ada yang sanggup pecah amanah terhadap sahabatnya itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Betapa pentingnya memilih sahabat yang baik sehinggakan baginda Rasulullah menyebut di dalam hadisnya: <\/p>\n\n\n\n<p>Seorang mukmin itu cermin bagi mukmin lainnya, dan seorang mukmin itu saudara bagi mukmin lainnya; ia membantunya saat kesulitan serta menjaganya (membelanya) dari belakang. <\/p>\n\n\n\n<p>[HR Abu Daud 4272]<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Islam, beberapa faktor dalam memilih kawan amat dititik-beratkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman Allah didalam Surah At-Taubah ayat 119. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0627\u062a\u064e\u0651\u0642\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0648\u064e\u0643\u064f\u0648\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0645\u064e\u0639\u064e \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u062f\u0650\u0642\u0650\u064a\u0646\u064e<\/p>\n\n\n\n<p>Maknanya: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Selari dengan hadis Rasulullah yang bermaksud: <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeseorang itu akan mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.\u201d <\/p>\n\n\n\n<p>[HR Tarmizi 2300]<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam hadis yang lain pula: <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan baju anda berlubang, atau mendapat bau busuk.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>[HR Bukhari 5108]<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh kerana itu pemilihan sahabat dunia akhirat sangatlah penting kerana mereka yang akan sentiasa mendorong kita ke arah kebaikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tersalah memilih sahabat maka binasalah seseorang itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara tip untuk memilih sahabat yang baik ialah<\/p>\n\n\n\n<p><strong>1) Memilih sahabat yang bertaqwa<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Persahabatan memerlukan kepada kepercayaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kepercayaan pula tidak akan terhasil melainkan dengan rasa takut kepada Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sifat inilah yang akan menjaga seseorang daripada melakukan pecah amanah, tidak menyuruh kita melainkan kepada ketaatan dan mencegah kita daripada melakukan maksiat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sabda baginda Rasulullah:<\/p>\n\n\n\n<p>Janganlah kalian berkawan kecuali dengan seorang mukmin. <\/p>\n\n\n\n<p>[HR Abu Daud 4192]<\/p>\n\n\n\n<p><strong>2) Memilih sahabat dengan keperibadian yang lembut dan baik.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Keperibadian yang lembut ialah dari sudut pergaulan yang baik, cermat, mudah dan berkasih sayang sesama manusia, hati dan jiwa yang lembut dan baik akhlaknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana, seseorang yang memiliki hati dan jiwa yang lembut akan mudah menegur kita dengan cara berhikmah yang tidak menyakiti hati sesiapa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sabda baginda Rasulullah: <\/p>\n\n\n\n<p>Seorang mukmin adalah lembut, maka tidak ada kebaikan bagi seseorang yang tidak lembut atau tidak boleh di lembuti. <\/p>\n\n\n\n<p>[HR Ahmad 8831].<\/p>\n\n\n\n<p><strong>3) Memilih sahabat yang dapat menjaga keaiban<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sedar tidak sedar kadang-kadang segala masalah dan keaiban kita diceritakan kepada sahabat karib kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana kepercayaan yang diberikan kepada mereka terlalu tinggi tetapi ada antara mereka yang sanggup membuka keaiban sahabatnya itu tanpa memikirkan hubungan mereka yang telah lama terjalin.<\/p>\n\n\n\n<p>Sabda Baginda Rasulullah: <\/p>\n\n\n\n<p>Barang siapa menutupi (aib) saudaranya sesama muslim di dunia, Allah menutupi (aib) nya pada hari kiamat. <\/p>\n\n\n\n<p>[HR Ahmad 22101]<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila salah seorang telah melakukan kesilapan, berlapang dada apabila ditegur dan biarlah dengan cara berhemah serta tidak mengaibkan maruahnya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>4) Memilih sahabat yang susah senang bersama.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kawan ketika senang mudah dijumpai tetapi kawan ketika kita berada di dalam kesusahan itulah yang susah dicari.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebanyakan kawan-kawan yang ada hanya berada dengan kita semasa kita mempunyai sesuatu sama ada jawatan, pangkat, harta dan kedudukan dan mereka akan meninggalkan kita jika kita kehilangannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sabda Baginda Rasulullah: <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaik-baik manusia yang dicintai oleh Allah adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>[HR Tobari 6026]<\/p>\n\n\n\n<p>Kata Imam Hasan Al-Banna,<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>5) Memilih sahabat yang suka berterus terang<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Seorang sahabat yang sejati akan sentiasa berterus terang kepada sahabatnya dan tidak bercakap di belakang supaya dapat mendatangkan kebaikan bukan sahaja kepada dirinya bahkan kepada sahabatnya itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Bercakap belakang tidak mendatangkan sebarang faedah atau penyelesaian bahkan memufliskan kita di akhirat kelak. <\/p>\n\n\n\n<p>Sabda Rasulullah: <\/p>\n\n\n\n<p>Licik dan penipu daya di dalam api neraka. <\/p>\n\n\n\n<p>[HR Bahaiqi 4887]<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru itu jadilah sahabat yang baik yang menjadi cermin kepada yang lain agar mendapat naungan Allah pada hari kiamat nanti seperti mana di dalam hadis nabi: <\/p>\n\n\n\n<p>Dua orang laki-laki yang saling mencintai kerana Allah; mereka tidak bertemu kecuali kerana Allah dan berpisah kerana Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>[HR Bukhari 620]<\/p>\n\n\n\n<p>Rujukan:<\/p>\n\n\n\n<p>[1] <a rel=\"noreferrer noopener\" href=\"https:\/\/www.mstar.com.my\/xpose\/addin\/2020\/03\/06\/sifat-sahabat?fbclid=IwAR3ZeZ_oAkih_OIcXAMHbAOJHPauQciNqZYVZ9UjzODduZI-NCBHto_VGw8\" target=\"_blank\">https:\/\/www.mstar.com.my\/&#8230;\/addin\/2020\/03\/06\/sifat-sahabat<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>[2] <a rel=\"noreferrer noopener\" href=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/28217\/LIFESTYLE\/Sinar-Islam\/SEMUA-orang-mempunyai-sahabat-bukan?fbclid=IwAR2tukUR1uvl6_1gjw8g5dnZoTw3a0fFpyOIk_Zwksk_E6qTtkF_rG-tDMk\" target=\"_blank\">https:\/\/www.sinarharian.com.my\/&#8230;\/SEMUA-orang-mempunyai&#8230;<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>[3]<a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/permalink.php?story_fbid=1695003823886102&amp;id=791991570854003&amp;__cft__[0]=AZV_wjS7G6Cx-nfECoNSagQbmBTnWl1XoGkwPTfVrRro-h2VeBDPP_NxYAbD0x7jb8SLVfkRGVm0pH_zATUV9p12CLfoaFKR5z80v2fMNtbnUODDyG0pQzxe486K9-nELNAEIntIe8Yhag9tZPRpyEVoEYHXFNU1UooHRAfn4F0m8XB-zVtFSZQYqPa4POKuYIW83jx9TapsL5fJQ5Zitsr1&amp;__tn__=-UK-y-R\">https:\/\/www.facebook.com\/permalink.php?story_fbid=1695003823886102&amp;id=791991570854003<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan. Sahabat juga mampu meredakan kesedihan,<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4271,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[18],"class_list":["post-4270","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-islam","tag-islam"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4270","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4270"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4270\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4272,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4270\/revisions\/4272"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4271"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4270"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4270"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4270"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}