{"id":4370,"date":"2020-11-08T16:02:32","date_gmt":"2020-11-08T16:02:32","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4370"},"modified":"2020-11-08T16:02:33","modified_gmt":"2020-11-08T16:02:33","slug":"belanjawan-2021-cuepacs-sifatkan-belanjawan-peduli-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/11\/08\/belanjawan-2021-cuepacs-sifatkan-belanjawan-peduli-rakyat\/","title":{"rendered":"Belanjawan 2021: CUEPACS Sifatkan Belanjawan Peduli Rakyat"},"content":{"rendered":"\n<p>Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan Belanjawan 2021 yang dibentangkan hari ini sebagai &#8216;belanjawan peduli rakyat&#8217; kerana mengutamakan golongan itu melebihi segala-galanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Presidennya, Adnan Mat, berkata walaupun tiada pengumuman kenaikan gaji atau bonus tambahan kepada kakitangan awam, fokus untuk memperkasakan sistem perkhidmatan awam dan kebajikan warganya tetap dialu-alukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, dalam usaha mencegah penularan COVID-19, CUEPACS amat berpuas hati dengan Belanjawan 2021 yang diumumkan kerana ia menyokong kerja keras penjawat awam terutama petugas barisan hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ia terbukti dengan RM1 bilion diperuntukkan bagi membendung gelombang ketiga meliputi pelbagai manfaat seperti kit saringan, peralatan perlindungan diri (PPE) dan cecair pencuci tangan dan peralatan lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, lebih istimewa apabila petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) diberikan one-off RM500.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagaimanapun, CUEPACS melihat konteks petugas barisan hadapan itu harus diperluaskan kepada beberapa jabatan lain seperti anggota polis atau tentera dan tidak hanya tertumpu kepada petugas KKM.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Seterusnya, langkah kerajaan akan memperkenalkan inisiatif MySTEP atau Short-term Employment Programme (Program Pekerjaan Jangka Pendek) dengan peruntukan lebih RM700 juta membuktikan sektor perkhidmatan kerajaan wajar diperkasakan lagi kerana ia sememangnya nadi kepada pembangunan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;lnisiatif itu akan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC bermula Januari 2021,&#8221; katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Adnan berkata, di bawah inisiatif itu, 35,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan di dalam sektor awam dengan keutamaan mengisi jawatan seperti jururawat, pembantu perubatan, pegawai kebajikan masyarakat dan guru sementara.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pula akan menyediakan 15,000 peluang pekerjaan mengutamakan bidang teknikal dan kewangan serta turut dipanjangkan kepada graduan untuk menjalani program perantis.<\/p>\n\n\n\n<p>Berita Harian<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan Belanjawan 2021 yang dibentangkan hari ini sebagai &#8216;belanjawan peduli rakyat&#8217;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4371,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[26],"tags":[4],"class_list":["post-4370","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi","tag-ekonomi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4370","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4370"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4370\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4372,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4370\/revisions\/4372"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4371"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4370"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4370"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4370"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}