{"id":4392,"date":"2020-11-09T00:44:37","date_gmt":"2020-11-09T00:44:37","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4392"},"modified":"2020-11-09T00:44:39","modified_gmt":"2020-11-09T00:44:39","slug":"belanjawan-2021-adalah-komprehensif","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/11\/09\/belanjawan-2021-adalah-komprehensif\/","title":{"rendered":"Belanjawan 2021 Adalah Komprehensif"},"content":{"rendered":"\n<p>Lajnah Ekonomi Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat telah meneliti kandungan Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan dengan jayanya oleh YB Menteri Kewangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami berpandangan belanjawan kali ini bersifat komprehensif dengan penekanan kepada elemen-elemen penting untuk mengembangkan lagi ekonomi Malaysia secara keseluruhan dan meneruskan usaha menangani pandemik Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Berikut adalah ulasan awal kami terhadap beberapa kandungan penting yang boleh memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi untuk tahun 2021, yang dinyatakan di dalam belanjawan tersebut:<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pendekatan berimbang<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhan di dalam Belanjawan 2021 ini kerajaan mengambil pendekatan berimbang di antara mengekalkan pendapatan kerajaan dan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bukan suatu usaha yang mudah dalam suasana ekonomi yang teruk terjejas akibat pandemik Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Penerusan Pakej Prihatin<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mengekalkan pertumbuhan permintaan langkah kerajaan mencadangkan penerusan Pakej Prihatin di samping beberapa insentif cukai kepada rakyat akan mampu untuk meningkatkan lagi pendapatan boleh guna rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini secara langsung akan terus menyokong permintaan, hasil daripada pengukuhan kuasa beli dan kemampuan rakyat untuk berbelanja. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara insentif cukai yang dicadangkan adalah:<\/p>\n\n\n\n<p>a. Penurunan kadar cukai pendapatan sebanyak 1 mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000.<\/p>\n\n\n\n<p>b. Had pengecualian cukai pendapatan bagi bayaran pampasan atas kehilangan pekerjaan akan dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM20,000 setiap tahun genap perkhidmatan bagi tempoh 2 tahun taksiran.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan jangkaan sehingga akhir tahun 2020 permintaan domestik Malaysia adalah tumbuh pada kadar 1.6 peratus untuk sektor awam dan menguncup 0.7 peratus untuk sektor swasta.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk 2021 jangkaan permintaan ialah akan tumbuh pada kadar 2.0 peratus untuk sektor awam dan 7.1 peratus untuk sektor swasta. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangkaan pertumbuhan permintaan swasta ini adalah realistik berdasarkan beberapa inisiatif yang berpusat kepada rakyat sebagaimana yang disentuh di atas.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Insentif kepada pelabur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan juga dilihat memberikan tumpuan kepada usaha untuk terus menarik pelaburan bagi terus menyokong pertumbuhan ekonomi. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang menarik adalah beberapa insentif bagi menarik pelaburan ini adalah dengan strategi ke arah menjadikan Malaysia hub aktiviti ekonomi serantau. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini sudah tentu mampu bagi menyokong pertumbuhan pengeluaran dan meningkatkan lagi peluang pekerjaan kepada rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara cadangan kerajaan adalah:<\/p>\n\n\n\n<p>a. Melonggarkan syarat galakan cukai untuk hub prinsipal dan galakan tersebut dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022.<\/p>\n\n\n\n<p>b. Penurunan kadar cukai bagi penubuhan Global Trading Centre kepada kadar konsesi 10 peratus bagi tempoh 5 tahun dan boleh diperbaharui bagi tempoh 5 tahun lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>c. Pelanjutan penawaran kadar cukai istimewa kepada syarikat pengilang terpilih yang memindahkan lokasi perniagaan ke Malaysia dan membuat pelaburan baharu dengan pemberian kadar cukai pendapatan 0 hingga 10 peratus untuk tempoh 10 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Di samping usaha di atas kerajaan terus memperkenalkan insentif bagi terus menyokong kelangsungan dan pertumbuhan aktiviti ekonomi domestik sedia ada.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Penekanan kerajaan kepada sektor tradisi<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu kerajaan melalui belanjawan ini juga telah secara spesifik memberikan penekanan kepada beberapa sektor tradisi yang penting bagi terus menyokong ekonomi, iaitu sektor pembinaan dan pembuatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang menarik bagi sektor pembinaan ialah di samping beberapa projek infrastruktur awam, tumpuan khusus juga diberikan terutama yang berkait dengan meningkatkan pemilikan rumah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini sudah pasti akan mampu menyuntik faktor pekali yang tinggi dan memberi kesan langsung kepada ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk tahun 2021 sektor pembinaan dijangka akan tumbuh sebanyak 13.9 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk sektor pembuatan pula beberapa cadangan adalah dilihat dengan tujuan untuk meningkatkan pengeluaran terutama bagi tujuan ekspot.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini sudah pasti akan berupaya untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa dengan penumpuan kepada industri strategik seperti penjagaan kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk tahun 2021 sektor pembuatan dijangka akan tumbuh sebanyak 7 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Jangkaan pertumbuhan permintaan dan pengeluaran<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Dengan jangkaan permintaan dan pengeluaran yang akan terus tumbuh dalam tahun 2021 ini adalah penting rakyat disediakan untuk mengisi lebih banyak peluang-peluang pekerjaan yang akan terhasil, yang secara langsung akan mengurangkan kadar pengangguran. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru beberapa langkah strategik kerajaan yang dicadangkan dalam belanjawan bagi meningkatkan peluang pekerjaan akan menjadi pelengkap untuk memastikan ekonomi terus tumbuh dalam tahun 2021.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Belanjawan 2021 ke arah RMK 12<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa strategi khusus di dalam belanjawan dilihat dengan tujuan untuk menyediakan Malaysia ke arah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12), juga adalah tepat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bagi memastikan perancangan yang terperinci dan pelaksanaan yang efektif RMK 12 yang akan menggantikan RMK 11 yang akan tamat pada tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhir sekali berdasarkan analisa dan simulasi, kami mensasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara akan tumbuh pada kadar sekitar 7 peratus untuk tahun 2021.<\/p>\n\n\n\n<p>MAZLI NOOR<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Pengerusi 2<\/p>\n\n\n\n<p>Lajnah Ekonomi, Hartanah &amp; Pembangunan Usahawan PAS Pusat<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lajnah Ekonomi Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat telah meneliti kandungan Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan dengan jayanya<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4393,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[26],"tags":[4],"class_list":["post-4392","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi","tag-ekonomi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4392","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4392"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4392\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4394,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4392\/revisions\/4394"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4393"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4392"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4392"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4392"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}