{"id":4512,"date":"2020-11-12T11:38:03","date_gmt":"2020-11-12T11:38:03","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4512"},"modified":"2020-11-12T11:38:04","modified_gmt":"2020-11-12T11:38:04","slug":"apa-tujuan-berpolitik-sebenarnya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/11\/12\/apa-tujuan-berpolitik-sebenarnya\/","title":{"rendered":"APA TUJUAN BERPOLITIK SEBENARNYA?"},"content":{"rendered":"\n<p>Kalau sekadar minat tak tentu pasal tanpa objektif, tak perlulah bersusah-payah menghabiskan masa bercakap dan menulis hal-hal politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Memadai sekadar ambil tahu hal semasa untuk mudah memangkah nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau berpolitik kerana menyokong ahli keluarga yang menjadi pemimpin parti politik, baik berhentilah berpolitik kerana ini politik mangkuk; politik yang mengharapkan kuah mengalir ke dalam mangkuk sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Dahulunya pernah dikumandangkan nepotisme.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau berpolitik kerana tidak berpuas hati terhadap pemerintah atau pembangkang, anda tidak akan ke mana. <\/p>\n\n\n\n<p>Kepuasan tidak pernah berkompromi dengan nafsu. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan ada sahaja keputusan politik yang tidak sealiran dengan nafsu anda.<\/p>\n\n\n\n<p>Demikian juga sekiranya anda berpolitik kerana kepentingan diri. <\/p>\n\n\n\n<p>Anda akan menjadi tidak ikhlas, sanggup berbohong dan bersekongkol dengan pihak yang menyeleweng asalkan anda berjaya mengaut kekayaan dan pangkat.<\/p>\n\n\n\n<p>Berpolitik ini salah satu cabang Islam sebagai addin. <\/p>\n\n\n\n<p>Rasul sebagai pemimpin ummah adalah pemimpin politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Manusia sebagai khalifah di muka bumi adalah tanggungjawab politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Kepimpinan dan menguruskan hidup manusia adalah politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh sebab politik atau siasah itu cabang addin, maka berpolitiklah. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan tinggalkan politik kerana ekonomi. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan tinggalkan politik kerana semata-mata berdakwah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan setelah berpolitik, sisihkan diri daripada kelompok politik fitnah. <\/p>\n\n\n\n<p>Berpolitiklah tanpa meninggalkan tasbih di tangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan anda tinggalkan politik kerana tidak suka bertengkar dan berbalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ingat, Nabi dan para sahabat bukan sahaja berhadapan dengan pertengkaran dan perbalahan, malah mereka terlibat dalam banyak peperangan demi kuasa, pemerintahan dan kedaulatan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Jalan inilah yang diikuti oleh datuk nenek kita dahulu ketika menentang penjajah. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka ulama, merekalah pejuang. <\/p>\n\n\n\n<p>Berpolitiklah demi Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak menjadi ibadat sesuatu perbuatan melainkan dengan niat; maka niatlah kerana Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru lalui denai politik ini ikut aturan dan batasan agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Berpolitik biar menguntungkan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Barulah apa yang anda cakap, apa yang anda tulis dan apa yang anda buat dicatat sebagai amal taat. <\/p>\n\n\n\n<p>Berpahala. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesannya sampai ke akhirat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu, habis harta kerana berpolitik; hati puas, alhamdulillah. <\/p>\n\n\n\n<p>Habis masa dan tenaga kerana berpolitik, hati puas, alhamdulillah. <\/p>\n\n\n\n<p>Habis masa di hujung jari di media sosial; berpuas hati, Alhamdulillah. <\/p>\n\n\n\n<p>Allah masukkan rasa kepuasan dan redha di hati anda kerana anda berpolitik kerana-Nya.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhir sekali, sekiranya parti politik anda menang dan menguasai kerajaan, anda jangan musnahkan pahala berjuang kerana mengungkit pengorbanan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan dimusnahkan nikmat berjuang kerana merajuk tidak ditawarkan pangkat, projek dan jawatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan jangan pula merosakkan nama perjuangan kerana anda tamak membolot segala peluang yang terhidang.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanyalah diri sendiri, mengapa dan untuk apa anda berpolitik pada hari ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Aku melihat ramai orang membanting tulang berpolitik di empat penjuru alam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kalau sekadar minat tak tentu pasal tanpa objektif, tak perlulah bersusah-payah menghabiskan masa bercakap dan menulis hal-hal politik.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4513,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-4512","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4512","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4512"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4512\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4514,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4512\/revisions\/4514"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4513"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4512"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4512"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4512"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}