{"id":4734,"date":"2020-11-22T15:48:50","date_gmt":"2020-11-22T15:48:50","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4734"},"modified":"2020-11-22T15:48:52","modified_gmt":"2020-11-22T15:48:52","slug":"patriot-salah-membuat-perbandingan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/11\/22\/patriot-salah-membuat-perbandingan\/","title":{"rendered":"Patriot Salah Membuat Perbandingan"},"content":{"rendered":"\n<p>Kami berpendirian President Patriot Mohamed Arshad Raji salah membuat perbandingan dan keterlaluan dengan menyatakan &#8216;Mana lebih rosakkan negara &#8211; rasuah atau minuman keras?&#8217;<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua- dua arak dan rasuah adalah perosak. <\/p>\n\n\n\n<p>Keduanya mempunyai kesan berat terhadap masyarakat dan negara, tidak kira Islam mahupun bukan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Islam berpendirian kerosakan seperti arak, judi dan menenung nasib diharamkan kerana semuanya membawa padah kepada masyarakat seperti kesihatan, ekonomi, jenayah, menjejaskan ketenteraman dan produktiviti, serta kestabilan keluarga dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam semangat yang sama Islam memberi amaran yang kuat mengenai kesan rasuah sama ada yang memberi, menerima, menulis, ataupun yang menfasilitasi rasuah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesan kepada negara juga berat.<\/p>\n\n\n\n<p>Demikianlah kepada sistem riba juga sangat jelas ditentang Islam kerana membawa kesengsaraan jauh lebih parah kepada negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah sistem ribalah yang memporak-perandakan seluruh dunia yang mengakibat jutaan manusia sengsara.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden Patriot, harus faham, soal bukan Islam ada hak untuk minum arak bukan isu. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun mereka juga tertakluk kepada undang-undang yang diwujudkan untuk memelihara keamanan dan kestabilan sosial dikalangan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesan kebolehdapatan arak terlalu tinggi di Malaysia dan negara ini juga dicatat sebagai antara pengguna perkapita minum beralkohol yang tinggi didunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Jelas mengawal konsumsi arak adalah munasabah bukan sahaja untuk orang Islam malah kepada seluruh masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesan langsung arak jelas lebih semerta dan langsung. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu Islam meletakkan arak sebagai ibu maksiat. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesannya langsung dan mendedak. <\/p>\n\n\n\n<p>Kes mabuk ketika memandu, keruntuhan rumahtangga dan jenayah dapat dikesan dengan cepat akibat ketagihan arak.<\/p>\n\n\n\n<p>Larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka adalah wajar kerana kerajaan perlu menangani isu arak yang mudah dibeli oleh anak muda.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami berpendirian keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan memperkenalkan larangan itu di Kuala Lumpur mulai Oktober tahun depan, adalah wajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Fokus untuk mengatasi masalah rasuah memang sudah banyak ditangani walaupun ada yang masih perlu ditambahbaik untuk membentaras pecah amanah dan salahguna kuasa sehingga ke akar umbi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami menegaskan, tak perlu mencabar mana yang lebih jahat &#8211; minum arak atau rasuah? <\/p>\n\n\n\n<p>Atau mana yang lebih merosakkan masyarakat dan negara kita? <\/p>\n\n\n\n<p>Semua kejahatan menarik semua bangsa tidak kira agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika ada terbukti sesuatu kejahatan ditemui, maka tindakan perlu diambil berdasarkan undang-undang tidak kira yang mana lebih menjejaskan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Logik apa yang Patriot guna bila bertemu dua kejahatan antara arak dan rasuah, maka rasuah dulu yang perlu diambil tindakan dan salahlaku arak dibiarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiap agensi penguatkuasa ada bidang tugas mereka, Agensi berkenaanlah yang perlu bertindak berdasarkan undang-undang yang dimandatkan kepada agensi berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami menolak hujah Patriot yang mendakwa undang- undang itu sebagai campur tangan dalam urusan orang bukan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami juga tidak boleh menerima larangan berkenaan &#8220;tidak perlu dan tidak masuk akal&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya masyarakat mahu keamanan, kesejahteraan dan peraturan dipatuhi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kepada keluarga yang berdepan anggota yang ketagih arak, dan menjadi mangsa kepada porak perandanya insitusi keluarga akibat arak, pasti mahu peraturan menghadkan jualan arak dikuatkan kuasakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang bukan Islam diberi jaminan bahawa mereka tidak akan dikenakan peraturan yang berkaitan dengan Islam, akan tetapi tidak bermakna undang-undang keamanan sosial dan kesihatan tidak boleh dikuatkuasakan kepada semua merentas bangsa dan agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang bukan Islam memang boleh mengambil makanan tidak halal selagi agama mereka mengizinkan, tetapi tidak boleh melakukannya jika ia menjejaskan keamanan masyarakat awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Azmi Abdul Hamid <\/p>\n\n\n\n<p>Presiden MAPIM<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kami berpendirian President Patriot Mohamed Arshad Raji salah membuat perbandingan dan keterlaluan dengan menyatakan &#8216;Mana lebih rosakkan negara<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4735,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-4734","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4734","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4734"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4734\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4736,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4734\/revisions\/4736"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4735"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4734"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4734"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4734"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}