{"id":4743,"date":"2020-11-23T07:12:54","date_gmt":"2020-11-23T07:12:54","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4743"},"modified":"2020-11-23T07:12:55","modified_gmt":"2020-11-23T07:12:55","slug":"dituduh-petualang-kerana-menegur-diangkat-pejuang-tetapi-hancur","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/11\/23\/dituduh-petualang-kerana-menegur-diangkat-pejuang-tetapi-hancur\/","title":{"rendered":"Dituduh Petualang Kerana Menegur, Diangkat Pejuang Tetapi Hancur"},"content":{"rendered":"\n<p>Sedih, kecewa, hampa, tersiksa, lara, duka dan banyak lagi kata yang terbit selepas melihat situasi UMNO sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p>Anak muda sentiasa memerhati gerak geri dan lagak ketua yang seolah tiada kata putus dan asyik bertelagah. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka umpama mati punca dan tiada ikatan yang kuat walaupun dalam sebuah kapal yang sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Masing-masing mahu nampak sebagai pejuang dan nakhoda kapal sedang kapal bergelut dengan gelora.<\/p>\n\n\n\n<p>Kehormatan parti sudah nampak penghujungnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan akar umbi, penyokong yang berbalah namun pemimpin utamanya bermasam muka tidak lagi senada. <\/p>\n\n\n\n<p>Kau berkata, aku berkata, kau berselit aku menyelit walau rimanya berbelit-belit.<\/p>\n\n\n\n<p>Lama aku memerhati, pesanku tidak dilayan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ya siapa kita kerana dianggap meroyan dan menjadi lalang mengikut arah angin terhuyun hayang. <\/p>\n\n\n\n<p>Aku lalang mengikut angin, angin bagiku adalah penyokong, penyokong bebas bertiup mencari lalang, jika lalang tidak mengikut, itu bermakna lalang telah hangus dijilat api atau mati menyembah bumi. <\/p>\n\n\n\n<p>Angin sentiasa bertiup menginginkan udara segar dan nyaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalang masih sombong dan tidak mahu bergerak? <\/p>\n\n\n\n<p>Saling menyalahkan dan masih berpendirian bahawa kita mempunyai akar yang kuat dan tidak boleh tunduk kepada angin perubahan sehingga belalang jua tidak menumpang.<\/p>\n\n\n\n<p>Aku juga dituduh mengikut katak, melompat mencari tempat. <\/p>\n\n\n\n<p>Katak si katak lompat. <\/p>\n\n\n\n<p>Kau lompat, lompat tinggi-tinggi untuk jawatan tinggi. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika katak-katak diam membisu saat kemarau panjang, siapa yang sudi memanggil hujan? <\/p>\n\n\n\n<p>Ada banyak tanah kering kontang merekah menanti gersang. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagiku ada katak memanggil hujan untuk membasah bumi yang kehausan. <\/p>\n\n\n\n<p>Katak-katak inilah yang memanggil hujan sehingga banjir besar meruntuh rumah-rumah kebal. <\/p>\n\n\n\n<p>Gelombang banjir ini datangnya daripada katak-katak yang melompat memanggil hujan bukan? <\/p>\n\n\n\n<p>Katak-katak inilah yang dinoktahkan sebagai petualang dan dimatikan dengan penjahat parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Kakak tua masih lagi mahu bicara, diasah lidah untuk mengikut kata. <\/p>\n\n\n\n<p>Bersalah tidak mengaku salah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dibuang masih lagi mahu berjuang kerana skripnya mesti diikut. <\/p>\n\n\n\n<p>Lidahnya tidak boleh bertukar suara, yang ditutur adalah sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Pejuang rakyat, pejuang bangsa, pejuang negara dan demi ABATA. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila tiada dedak, laparnya mahu menerkam tuannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa makan, ABATA mungkin dilupakan.<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO masih dengan bayang-bayang lepas. <\/p>\n\n\n\n<p>Anjing dan bayang-bayang mungkin sesuai dijadikan metaforanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Masih menganggap dirinya sebagai musuh dan masih beranggap dirinya jaguh. <\/p>\n\n\n\n<p>Bayang juara masih lekat dalam jiwanya sedangkan dia masih berada di tengah jambatan yang goyangnya seakan runtuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Masih bertelagah dengan bayangnya sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Menyalak lantang akulah juara dan masih lupa di mulutnya hanya seketul bangkai tiada berdaging. <\/p>\n\n\n\n<p>Salak dan salak bangkaipun terjunam jatuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketua pengarahnya juga datang dari &#8216;Salak&#8217; yang sering menyalak lalak.<\/p>\n\n\n\n<p>Aku dahulunya darjah 6, di sekolah rendah akulah Abang Long. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap permintaan mesti dipenuhi. <\/p>\n\n\n\n<p>Setakat nak menjaga hal ehwal kantin, itulah kekuatanku. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang penting setiap kali waktu rehat, hidangan mesti di atas meja. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang ingkar, jumpa di tandas. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu darjah 6 punya pemikiran. <\/p>\n\n\n\n<p>Masuk tingkatan 1, aku menjadi adik bongsu, pernah rasa dibuli menggosok baju, dijadikan tukang beli di asrama. <\/p>\n\n\n\n<p>Masih nak berlagak abang long darjah 6? <\/p>\n\n\n\n<p>Jawapannya tidak, lain tempat lain pangkatnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya tunggulah tingkatan 5 untuk aku kembali berkuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah caranya masih sama, adakah dendam kesumat menjadi pegangan? <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak.. Aku mesti berubah untuk masuk ke universiti. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika masih lagi tidak berubah, masih dianggap jaguh, siapa kita untuk esok harinya. <\/p>\n\n\n\n<p>Universiti adalah penentunya sepanjang pengajian sekolah rendah dan menengah. <\/p>\n\n\n\n<p>Gagal masuk universiti, aku mungkin tidak berguna lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Gagal dalam memenangi hati rakyat, UMNO tidak bertandang lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Hangus dek kerana dendam asmara dikunci dalam bilik asrama.<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO masih sama, masih yakin dirinya kuat seperti 1946, masih yakin undi datang secara automatik, Melayu akan sebati dengan UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Melayu tidak lari dengan perjuangan kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Ingat, kita adalah parti untuk membela bangsa Melayu, Melayu mesti sokong Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Huh&#8230;Akhirnya&#8230; Melayu melayu kerana sombong dengan angkuh. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO tewas ditolak bangsanya sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam tewas, masih tidak puas. <\/p>\n\n\n\n<p>Tawarannya masih tinggi umpama barang baru datang terus daripada kilang sedangkan ianya sudah bertukar nama pemiliknya, ia hanya barang second-hand yang kembali dalam pasaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi masih mahu diletak dalam cermin dengan harga yang masih sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Di tukar warnanya, disalin kusyennya tetapi enjin masih menggunakan gear manual. <\/p>\n\n\n\n<p>Anak muda dah seronok menggunakan gear automatik. <\/p>\n\n\n\n<p>Barang second-hand, gear manual harganya mahal. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada pembelinya? <\/p>\n\n\n\n<p>Jika Rosak bengkel pun tiada spare part.<\/p>\n\n\n\n<p>Masa sekarang bukanlah masa UMNO lagi, walau seketika dahulu UMNO menjadi kenderaan utama, ke hulu ke hilir dengan UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada masa perlu tukar kenderaan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO mesti terima dengan hati terbuka, jangan diugut hendak rosak kononnya merajuk tuan memiliki kereta baharu, bimbang tersadai buat selamanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadilah UMNO umpama kereta Antik, biarpun lama, harganya masih bernilai dan tidak sanggup untuk dijual beli. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan bercakap soal harga, tetapi nilai sentimental pengguna tidak bergalang ganti.<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO hendak atau tidak mesti berubah. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan menjadi seperti NOKIA menolak android dan akhirnya ditolak juga oleh pengguna. <\/p>\n\n\n\n<p>Berubahlah, Apple tidak boleh memarahi Samsung kerana meniru gayanya, Huawei juga ada penggunanya dan Oppo tinggi pasarannya serta Vivo ada peminatnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun banyak gajet, cameranya berpixel-pixel, memori dan RAM sentiasa Update ianya tidak berguna tanpa internet. <\/p>\n\n\n\n<p>Dapatlah internet yang unlimited. <\/p>\n\n\n\n<p>Dapatlah undi setinggi mungkin bagi melancarkan kemenangan anda.<\/p>\n\n\n\n<p>Virus jangan disimpan, recycle bin mesti dibersihkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan restore software yang tidak berguna lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Hapuskanlah walaupun ia pernah membantu kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin sekarang, ia tidak berguna lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Maaf jika ramai yang terasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya bercakap dari sudut sebagai pengguna. <\/p>\n\n\n\n<p>Realitinya fikir-fikirlah.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Mahussin Bin Wan Zain<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sedih, kecewa, hampa, tersiksa, lara, duka dan banyak lagi kata yang terbit selepas melihat situasi UMNO sekarang. Anak<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4744,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-4743","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4743","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4743"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4743\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4745,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4743\/revisions\/4745"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4744"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4743"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4743"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4743"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}