{"id":4829,"date":"2020-12-02T11:07:11","date_gmt":"2020-12-02T11:07:11","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4829"},"modified":"2020-12-02T11:07:14","modified_gmt":"2020-12-02T11:07:14","slug":"umno-jangan-guna-modal-lompat-parti-kerana-umno-juga-merestui-ahlinya-lompat-parti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/12\/02\/umno-jangan-guna-modal-lompat-parti-kerana-umno-juga-merestui-ahlinya-lompat-parti\/","title":{"rendered":"UMNO Jangan Guna Modal Lompat Parti Kerana UMNO Juga Merestui Ahlinya Lompat Parti"},"content":{"rendered":"\n<p>Muak dan mual apabila UMNO masih menggunakan modal lompat parti sebagai senjata untuk menyatakan bahawa UMNO sebenarnya kuat dan berprinsip dalam perjuangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kekalahan UMNO bukanlah disebabkan UMNO ditolak oleh rakyat tetapi kerana ahlinya melompat kepada parti lain tidak boleh dijadikan hujah utama UMNO lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya benar UMNO berprinsip untuk tidak membenarkan ahlinya melompat parti, UMNO mesti membuktikannya dengan tindakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pengamatan saya, UMNO hanya berlafaz setia namun menerima ahlinya yang tidak setia. <\/p>\n\n\n\n<p>Peristiwa ini berlaku di Sabah apabila UMNO menerima kembali dua pemimpinnya yang sebelum ini melompat ke Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Datuk Salleh Keruak) dan Warisan (Datuk Jamawi Jaafar). <\/p>\n\n\n\n<p>Jika UMNO tegas dan serius untuk tidak menerima ahlinya yang melompat, UMNO sepatutnya tidak menerima ahlinya yang seperti itu walaupun dikatakan insaf. <\/p>\n\n\n\n<p>Insaf atau tidak, pengajaran mesti diberikan agar tiada lagi isu lompat-melompat selepas ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Bimbang akan menjadi hobi orang parti untuk melompat-lompat. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila dah kemarau lompat masuk balik. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bukan ting-ting sukan tradisional rakyat tetapi ini adalah masa depan parti dan rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin dalam kotak pemikiran UMNO adalah yang lompat dan ingin kembali boleh dimaafkan, yang lompat meninggalkan adalah perosak parti dan tidak boleh dimaafkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi saya ini adalah satu sikap yang tidak berprinsip. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO ludah dan menjilat kembali dan umpama meludah ke langit akhirnya terkena muka sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO seolah-olah merestui pemimpinnya lompat parti daripada parti lawan kerana memberi kelebihan kepadanya dan memburukkan ahlinya sekiranya lompat kepada parti lain. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bila untung kita ampun, bila rugi kita keji dan maki&#8221;. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini tidak adil dan memalukan umpama paku dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, UMNO mesti hentikan menggunakan modal lompat parti dalam setiap hujahnya kerana UMNO juga merestui aktiviti lompat melompat ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Biar berprinsip itu diterjemahkan bukan ditohmahkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Mahussin Wan Zain<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Muak dan mual apabila UMNO masih menggunakan modal lompat parti sebagai senjata untuk menyatakan bahawa UMNO sebenarnya kuat<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4830,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-4829","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4829","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4829"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4829\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4831,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4829\/revisions\/4831"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4830"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4829"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4829"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4829"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}