{"id":4843,"date":"2020-12-03T17:10:19","date_gmt":"2020-12-03T17:10:19","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4843"},"modified":"2020-12-03T17:10:21","modified_gmt":"2020-12-03T17:10:21","slug":"umno-perlu-dan-akan-buat-keputusan-terbaik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/12\/03\/umno-perlu-dan-akan-buat-keputusan-terbaik\/","title":{"rendered":"UMNO Perlu Dan Akan Buat Keputusan Terbaik"},"content":{"rendered":"\n<p>Segmen #CePumas bersama Ketua Pemuda PAS merangkap Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ir. Ts. Khairil Nizam telah memberi pencerahan pendirian PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa mahu panjang lebar dan berliku, rumusan yang dapat saya buat:<\/p>\n\n\n\n<p>PAS tidak ada hasrat untuk tinggalkan UMNO, malah amat menghargai persahabatan bersama UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila ditanya, apa jaminan PAS tidak akan mufaraqah dengan UMNO sepertimana mereka berpisah dari Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu, jawapan KP PAS jelas mahu memberi keyakinan kepada kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, PAS tidak ada hasrat untuk tinggalkan PPBM.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini jelas, bukan hanya dalam wawancara ini tetapi juga dalam kenyataan Mursyidul Am PAS tempoh hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Juga jelas dalam banyak kenyataan PAS selama ini.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS meletakkan aspirasi satu lawan satu (BN\/PN lawan PH) dan mengelak pertembungan tiga penjuru sebagai syarat untuk menang PRU15.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara UMNO, PPBM dan PH di sesebuah kawasan, maka PAS dalam &#8220;impossible situation&#8221; dan mungkin ambil pendekatan berkecuali.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang untung adalah PH.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS minta UMNO hormat pendiriannya sepertimana PAS juga akan hormat pendirian UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka apa tindakan UMNO?<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi saya, kawan sudah bercakap terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita boleh pilih untuk terkilan, marah, terasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Boleh pilih untuk persoal keikhlasan pasca pembentukan Kerajaan PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Boleh pilih untuk mengata.<\/p>\n\n\n\n<p>Boleh pilih untuk cakap &#8220;cukup hanya MN tak perlu PN&#8221; walhal rakan kita dalam MN telah tegaskan pendiriannya mahu bertiga, bukan berdua.<\/p>\n\n\n\n<p>Atau kita boleh pilih untuk tenang, hormat pendirian sahabat kita TANPA kompromi aspirasi kita sebagai parti kebangsaan terbesar Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO parti yang penuh bijaksana dan responsif kepada dinamika yang berubah.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya pilih yang ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sambil kita hormat pendirian PAS, saya yakin PAS juga hormat bahawa keputusan untuk UMNO adalah hak mutlak UMNO, tanpa paksaan sesiapa.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka UMNO harus kembali kepada &#8220;option&#8221; yang ada dan jangan bazir masa bercakap tentang &#8220;option&#8221; yang tidak lagi wujud.<\/p>\n\n\n\n<p>Boleh rujuk posting saya selepas #CePumas bersama Tan Sri Annuar Musa untuk cadangan pilihan yang ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Benar, tidak mustahil sesuatu berlaku yang membuka formula lain satu ketika nanti, tetapi kita berpegang kepada realiti &#8211; mengikut pemahaman saya, tiga &#8220;option&#8221; yang ditulis itulah yang wujud sekarang ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin ada cabang-cabang tertentu dalam setiap dari tiga itu, tetapi pendek cerita, tiga &#8220;option&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah selesai &#8220;survey&#8221; situasi dengan komprehensif dan rasional, setelah runding dengan tegas tetapi adil berlandaskan syarat dan garis merah tertentu sepertimana telah digambarkan dalam wawancara #CePumas bersama Dato&#8217; Seri The Ahmad Maslan, maka UMNO ambillah keputusan &#8220;option&#8221; yang menjadi formula akhir.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian kita berserah kepada Allah swt.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada pilihan tanpa risiko.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang penting, keputusan kena dibuat, supaya tiada lagi kekeliruan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bak kata orang putih, &#8220;more is lost by indecision than by wrong decision&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS sudah jelas dengan pendiriannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Moga keputusan UMNO kelak adalah yang terbaik bukan hanya untuk kelangsungan parti ini, tetapi juga yang terbaik untuk agama, bangsa, tanahair.<\/p>\n\n\n\n<p>Wallahua&#8217;lam.<\/p>\n\n\n\n<p>Shahril Sufian Hamdan<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Segmen #CePumas bersama Ketua Pemuda PAS merangkap Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ir. Ts. Khairil Nizam telah memberi pencerahan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4844,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-4843","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4843","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4843"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4843\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4845,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4843\/revisions\/4845"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4844"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4843"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4843"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4843"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}