{"id":4862,"date":"2020-12-04T15:34:39","date_gmt":"2020-12-04T15:34:39","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4862"},"modified":"2020-12-04T15:34:41","modified_gmt":"2020-12-04T15:34:41","slug":"ukhuwwah-adalah-tiang-seri-muafakat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/12\/04\/ukhuwwah-adalah-tiang-seri-muafakat\/","title":{"rendered":"Ukhuwwah Adalah Tiang Seri Muafakat"},"content":{"rendered":"\n<p>Ada beberapa perkara yang mesti dihadami oleh semua sahabat Muafakat Nasional (MN). <\/p>\n\n\n\n<p>Bahawasanya MN tertubuh adalah bertujuan menyelamatkan Islam dan bangsa Melayu setelah kerajaan PH dengan dominasi DAP mengancam ketuanan bangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Tertubuhnya MN setelah persengketaan yang panjang antara PAS dengan UMNO jelas mampu mengembalikan Islam dan bangsa ini ke tampuk kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Siri-siri PRK selepas tertubuhnya MN menjadi indikatornya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dua parti teras Melayu ini saling memerlukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Persengketaan dan perpecahan adalah pucuk dicita ulam mendatang oleh DAP\/PH.<\/p>\n\n\n\n<p>PRU15 nanti adalah medan yang memungkinkan UMNO dan PAS mencapai kemenangan yang lebih besar. <\/p>\n\n\n\n<p>MN\/PN in sha Allah berada di garisan 2\/3 kerusi Parlimen. <\/p>\n\n\n\n<p>Bilik perang PH memang sedang membaca kemungkinan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, by hook or by crook mereka sedang berusaha memusnahkan perpaduan yang sedang diperkasakan oleh PAS, UMNO dan BERSATU.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun kemusnahan boleh sahaja berlaku dari dalam MN itu sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa musang berbulu ayam, perpaduan boleh diperca oleh gunting dalam lipatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya dibiarkan, api di dalam sekam akan menyebabkan MN terbakar secara keseluruhan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan jika perpecahan berlaku di ambang PRU15, bangsa ini jangan terkejut bungkam apabila DAP\/PH dapat berkuasa kembali. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO, PAS dan BERSATU akan sama-sama terlentang menadah embun, tertiarap memakan pasir. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, penyokong dan ahli MN jangan celopar mencetuskan isu yang menjadikan kita bertelingkah. <\/p>\n\n\n\n<p>Biarlah sebarang isu sensitif ditangani oleh peringkat kepimpinan atasan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan kita, sama ada bloggers, cybertroopers atau penggiat politik di apa juga peringkat menjadi penjolok sarang tebuan yang menyebabkan rakan semuafakat bertindak balas. <\/p>\n\n\n\n<p>Nanti yang luka menjadi kudis. <\/p>\n\n\n\n<p>Kudis menjadi pekung. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika dapat dirawat pun, parutnya sudah membekas. <\/p>\n\n\n\n<p>Pedihnya masih tersimpan di ulu hati.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam PRU nanti kita hendak bekerjasama dan tolong-menolong. <\/p>\n\n\n\n<p>Bantu kempen, pasang bendera, bantu kewangan dan tenaga kerja. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita akan sama-sama berbincang dan bermesyuarat untuk gerak kerja pilihanraya. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila krisis sudah berparut dalam, kita bimbang segala bantuan dan kerjasama hanya dilakukan umpama melepaskan batuk di tangga. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan lebih parah kalau masing-masing berkata; nasi tak dingin, pinggan tak retak, engkau tak ingin, aku tak hendak.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedarilah bahawa kita umpama kain yang singkat; ditarik ke bawah nampak kepala, ditarik ke atas nampak kaki. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tak akan mampu memuaskan hati semua orang terutama apabila berada dalam kem atau kelompok yang berlainan. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun oleh kerana kita berpegang kata, \u201ckelebihan Nabi pada mukjizat, kelebihan umat pada muafakat\u201d maka berkomunikasilah umpama menarik rambut di dalam tepung; rambut tidak putus tepung tidak berselerak. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau kita dah tahu jong pecah yu yang kenyang maka tidak cerdiklah kita yang menjadi kelasi dan penumpang ini sibuk geger di atas geladak.<\/p>\n\n\n\n<p>Ukhuwwah adalah tiang seri penting dalam perpaduan ummah. <\/p>\n\n\n\n<p>Fikirkanlah bagaimana ukhuwwah ini dapat dieratkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sama-sama kita mencari titik persamaan dan merapatkan jurang perbezaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 103: <\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\u0648\u064e\u0627\u0639\u0652\u062a\u064e\u0635\u0650\u0645\u064f\u0648\u0627 \u0628\u0650\u062d\u064e\u0628\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062c\u064e\u0645\u0650\u064a\u0639\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0641\u064e\u0631\u064e\u0651\u0642\u064f\u0648\u0627 \u06da \u0648\u064e\u0627\u0630\u0652\u0643\u064f\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e\u062a\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0630\u0652 \u0643\u064f\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e\u0627\u0621\u064b \u0641\u064e\u0623\u064e\u0644\u064e\u0651\u0641\u064e \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e \u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0628\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0641\u064e\u0623\u064e\u0635\u0652\u0628\u064e\u062d\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0625\u0650\u062e\u0652\u0648\u064e\u0627\u0646\u064b\u0627<\/p>\n\n\n\n<p>Maksudnya: \u201cDan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Biarlah firman di atas menjadi pengubat keresahan jiwa kita dan menjadi penawar yang dapat menyatukan hati dan matlamat politik kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Demikianlah tamsilan agar semua pihak mengamalkan disiplin kendiri; kalau tak mampu kawal orang lain kawallah diri sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan kita menjadi batu api yang memecahbelahkan perpaduan? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah 22 bulan tidak cukup semesta untuk berijazah dalam politik? <\/p>\n\n\n\n<p>Dan kita tidak pernah belajar peribahasa kisah anjing? <\/p>\n\n\n\n<p>Sepuluh jong masuk, anjing tetap bercawat ekor. <\/p>\n\n\n\n<p>Hina, membiarkan diri terhina dan sengaja meletakkan diri dalam kehinaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Marilah sahabat-sahabat MN semua kita mengambil ikhtibar daripada bidalan orang-orang tua kita terdahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tampunglah mana yang carik.<\/p>\n\n\n\n<p> Tampal mana yang koyak. <\/p>\n\n\n\n<p>Barulah kerja politik menjadi berpahala.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ada beberapa perkara yang mesti dihadami oleh semua sahabat Muafakat Nasional (MN). Bahawasanya MN tertubuh adalah bertujuan menyelamatkan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4863,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-4862","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4862","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4862"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4862\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4864,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4862\/revisions\/4864"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4863"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4862"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4862"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4862"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}