{"id":4886,"date":"2020-12-04T19:38:08","date_gmt":"2020-12-04T19:38:08","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4886"},"modified":"2020-12-04T19:38:09","modified_gmt":"2020-12-04T19:38:09","slug":"sifat-padi-menunduk-sifat-beras-membubuk-menjadi-nasi-yang-membuyut","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/12\/04\/sifat-padi-menunduk-sifat-beras-membubuk-menjadi-nasi-yang-membuyut\/","title":{"rendered":"Sifat Padi Menunduk, Sifat Beras Membubuk Menjadi Nasi Yang Membuyut"},"content":{"rendered":"\n<p>Tiada lagi hentinya isu &#8216;kuasa&#8217; dalam klaster orang politik di saat rakyat dipaksa bersabar dan bertenang. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang politik masih tamak mencari kuasa dan tidak sabar untuk mendapat takhta. <\/p>\n\n\n\n<p>Tragis lagi politik di Dewan Undangan Negeri Perak apabila undi percaya tidak memihak kepada Faizal Azumu.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya ingin bawakan analogi sifat padi, beras dan nasi sebagai perumpamaan kepada mereka yang &#8216;gilakan kuasa&#8217; dan mahu dinobat sebagai jaguh dengan ugut-ugut, paksa-paksa, agah-agah, acah-acah dalam medan politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Padi terkenal dengan sifatnya makin berisi makin menunduk yang meniti di bibir masyarakat yang tahu makna disebalik peribahasa itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Biarlah jadikan teladan resminya padi itu yang memberi seribu satu manfaat kepada yang mengamalkannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kepimpinan UMNO Perak sebelum ini menunduk semasa era pemerintahan Pakatan Harapan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka dilanda serba salah yang sangat tebal. <\/p>\n\n\n\n<p>Hidup segan mati tak mahu untuk bertahan dalam sawah yang serba kekurangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka ingin selamatkan padi daripada rosak akibat musuh tikus dan pipit dengan bertahan dengan ancaman siput gondang yang menggigit daun serta batang. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam keadaan sawah hampir kontang dengan kemarau 22 bulan, panas terik menikam badan dan tidak lagi dihinggap belalang. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menangisi kekeringan air mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedang kemaraunya dijangka sampai kemuncak, padi kembali tenang apabila hujan menitis membasahi tanah tanpa diduga. <\/p>\n\n\n\n<p>Subur tumbuh dan akhirnya menguning masak dalam tunduk menabur budi. <\/p>\n\n\n\n<p>Bertahan dan selamat daripada masak hampa.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah dituai padinya, maka padi telah bertukar menjadi beras. <\/p>\n\n\n\n<p>Dibuka kembali gudang yang besar dan kembali bekerja anak-watan yang terbuang kerana hilang puncanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Bubuk-bubuk juga mula mengatur rentaknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila beras berjaya diselamatkan daripada berhempas pulas di bendang, kini beras pula cuba memilih untuk mencari guni dan jenama. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua mahukan guni yang berjenama dan harganya tinggi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak mahu dimakan bubuk dan mahu ditanak oleh orang kenamaan tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Bila beras yang tidak berkualiti ingin memilih masuk guni jenama tinggi. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka bermulalah hasad dengki yang tinggi sehingga bubuk tidak mahu hampiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Beras itu bermula sombong dan melupakan sifat padi yang menunduk selepas berisi. <\/p>\n\n\n\n<p>Beras jangan sombong, bendang Perak bergolak dengan kehadiran pipit dan tikus membaiki labu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedar atau tidak bahawa bendang-bendang lain, (Johor, Melaka) bakal dilanda kemarau juga. <\/p>\n\n\n\n<p>Padi menanam budi atau mati menyembah bumi. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila beras dimamah bubuk seterusnya ditanak nasi, maka sifatnya adalah membuyuk (berbohong). <\/p>\n\n\n\n<p>Biarpun didalam guni berjenama tinggi, beras buruk tetap teruk dan mungkin tidak laku dibeli pembeli. <\/p>\n\n\n\n<p>Pembeli akan menilai beras walaupun daripada jenama yang berkualiti bimbang makan terlebih kanji sehingga terpaksa memotong kaki. <\/p>\n\n\n\n<p>Sanggupnya beras berpakat dengan sagu untuk meniru beras pulut (DAP) dan membawa bukti bahawa beras padi sombongnya menjadi jadi mencari kasta. <\/p>\n\n\n\n<p>Berebut Kuasa masa Negara Binasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Serabut otak rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Wan Mahussin Wan Zain<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tiada lagi hentinya isu &#8216;kuasa&#8217; dalam klaster orang politik di saat rakyat dipaksa bersabar dan bertenang. Orang politik<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4887,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[8],"tags":[19],"class_list":["post-4886","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dalam_negeri","tag-dalam_negeri"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4886","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4886"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4886\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4888,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4886\/revisions\/4888"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4887"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4886"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4886"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4886"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}