{"id":4908,"date":"2020-12-05T16:37:06","date_gmt":"2020-12-05T16:37:06","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4908"},"modified":"2020-12-05T16:37:08","modified_gmt":"2020-12-05T16:37:08","slug":"kemelut-politik-di-perak-nasi-belum-menjadi-bubur","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/12\/05\/kemelut-politik-di-perak-nasi-belum-menjadi-bubur\/","title":{"rendered":"Kemelut Politik Di Perak: Nasi Belum Menjadi Bubur"},"content":{"rendered":"\n<p>Satu perkara yang cukup jelas adalah bahawa perlantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar dahulu adalah dibuat oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada rekod terbuka yang dilaporkan oleh media bahawa UMNO, BERSATU dan PAS mempersembahkan nama Pengerusi\/Pesuruhjaya masing-masing kepada Sultan Perak.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiga nama Menteri Besar yang dicalonkan oleh UMNO, BERSATU dan PAS ini ialah Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Datuk Saarani Mohamad dan Mohamad Razman Zakaria.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam warkah bertarikh 11 Mac 2020 itu, mereka bertiga menyatakan komitmen untuk menyokong siapa sahaja yang dipilih oleh Sultan Perak menjadi Menteri Besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitupun, pada 4 Disember 2020, ternyata UMNO, atas sebab-sebab yang hanya mereka sendiri sahaja tahu, tidak lagi menyokong Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. <\/p>\n\n\n\n<p>Masalah timbul bila penarikan balik sokongan UMNO ke atas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ini tidak dirundingkan terlebih dahulu dengan BERSATU dan PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Sudah tentulah ada kecederaan-kecederaan tertentu yang dialami oleh BERSATU dan PAS bila UMNO melakukan tindakan secara bersendirian yang memalukan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitupun, nasi belum menjadi bubur, seperti kata P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula sesama parti, buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Disebabkan UMNO sudah menjemput balik BERSATU dan PAS untuk menyertai kerajaan negeri maka harapan untuk melihat kerajaan sedia ada ditubuhkan balik masih ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga semua pihak akan berlapang dada untuk mengakui kesilapan masing-masing dan saling bermaaf-maafan untuk memulakan episod baru pemerintahan kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Kepada yang menjadi ketua, perlulah dipastikan bahawa segala tindakan mereka, khususnya yang melibatkan kepentingan parti rakan, akan dirundingkan dengan parti rakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kepada yang menjadi rakan, perlulah dipastikan bahawa segala permasalahan mereka dikemukakan mengikut saluran terlebih dahulu supaya hubungan tidak berantakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pihak-pihak yang mengalami kecederaan-kecederaan tertentu khususnya perlulah dirawat dan diubati terlebih dahulu bagi membolehkan mereka kembali berfungsi dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan seperti sebelumnya, berilah kepercayaan kepada Sultan Perak untuk memilih siapa sahaja dari nama-nama yang dicalonkan dan berilah sokongan sepenuhnya kepada yang dipilih.<\/p>\n\n\n\n<p>Di dalam suasana pandemik COVID-19 ini, ketepikanlah kepentingan diri\/parti demi kemaslahatan rakyat jelata serta kestabilan ekonomi, politik dan sosial negeri\/negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Kamarul Yusoff<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Satu perkara yang cukup jelas adalah bahawa perlantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar dahulu adalah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4909,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-4908","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4908","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4908"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4908\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4910,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4908\/revisions\/4910"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4909"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4908"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4908"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4908"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}