{"id":4947,"date":"2020-12-07T05:33:05","date_gmt":"2020-12-07T05:33:05","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4947"},"modified":"2020-12-07T05:33:06","modified_gmt":"2020-12-07T05:33:06","slug":"umno-akan-hilang-sokongan-melayu-jika-bekerjasama-dengan-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/12\/07\/umno-akan-hilang-sokongan-melayu-jika-bekerjasama-dengan-dap\/","title":{"rendered":"UMNO Akan Hilang Sokongan Melayu Jika Bekerjasama Dengan DAP"},"content":{"rendered":"\n<p>Saya mengikuti secara dekat perkembangan politik negeri Perak, tanah tumpah darahku, walaupun agak membosankan, dengan isu perebutan kuasa, yang tidak sepatutnya berlaku, ketika negara dilanda pandemik COVID-19. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat sedang susah, jangan disusahkan lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaik-baiknya, berilah khabar gembira.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua parti ada yang salah. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap parti politik (manusia) ada kelemahan, tidak ada yang sempurna dalam dunia ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang penting sekarang ini adalah untuk mengurus ego masing-masing, agar perpecahan tidak terus melebar. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO, jangan tinggal PAS dan PPBM, kerana di situlah kekuatan UMNO selaku \u2018big brother\u2019 sebenarnya untuk kembali berkuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak ada parti yang boleh berkuasa bersendirian.<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO janganlah nampak terdesak sangat sehingga sanggup bekerjasama dengan ultra kiasu DAP (PH). <\/p>\n\n\n\n<p>Takkan nak jilat ludah balik. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO akan hilang sokongan Melayu, jika itu berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Sudah tertutup semua pintu perbincangan dengan Perikatan Nasional (PN)? <\/p>\n\n\n\n<p>Suka atau tidak, PN tidak boleh ditinggalkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika berebut negeri Selangor, berbaloi juga, negeri kaya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini negeri Perak sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu memang kaya, sekarang tidak sekaya dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Perak hanya sebuah negeri, banyak negeri lain lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyatuan UMNO, PAS dan PPBM amat penting kepada survival politik negara bertuah ini daripada jatuh ke tangan musuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak ada parti yang boleh memerintah secara bersendirian.<\/p>\n\n\n\n<p>Saling perlu-memerlukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan biarkan keseorangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hati-hatilah bila mengeluarkan kata-kata, kerana kadangkala ianya mengguris dan melukakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Luka di tangan nampak berdarah, masalah luka hati. <\/p>\n\n\n\n<p>Menyimpan lama. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya, meletup di negeri Perak.<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO, PAS, PPBM adalah majoritinya \u2018parti sebangsa, seagama\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Takkan lebih teruk daripada ultra kiasu?<\/p>\n\n\n\n<p>Ini belum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sudah bergaduh bagai nak rak. <\/p>\n\n\n\n<p>Bayang menjelang PRU15 nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Isu paling besar, soal pembahagian kerusi, contoh paling pahit ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika sekarang tidak boleh bersetuju untuk tidak bersetuju, dan duduk semeja, bayangkan nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika dalam keadaan hayat Muafakat Nasional (MN) dan PN yang baharu setahun jagung sudah berantakan, bagaimana nak merancang untuk 100 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah MN dan PN wujud hanya untuk kepentingan politik menang pilihan raya atau ada wawasan lebih jauh daripada itu? <\/p>\n\n\n\n<p>Fikirkan kepentingan anak bangsa dan agama untuk jangka panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika merancang sekadar menang pilihan raya, nampak singkat sangat pemikiran kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangka panjang, jauh lebih penting daripada jangka pendek. <\/p>\n\n\n\n<p>Masa depan lebih penting daripada masa kini.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya merayu kepada UMNO, yang dilabelkan sebagai \u2018big brother\u2019, pastikan label \u2018big brother\u2019 itu mematangkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan melebarkan lagi ego. <\/p>\n\n\n\n<p>Tugas besar UMNO adalah perkukuhkan PN, walaupun pahit berhadapan dengan PPBM.<\/p>\n\n\n\n<p>PPBM perlu ingat, kamu datangnya daripada UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Luka UMNO bertambah dalam apabila kamu melompat. <\/p>\n\n\n\n<p>Memang sukar untuk UMNO menerima, tetapi itulah realiti.<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO tidak perlu lagilah ulang-ulang menyeru PPBM kembali kepada UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Sukar untuk berlaku dalam jangka masa pendek ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila hati telah retak. <\/p>\n\n\n\n<p>Teruskan usaha untuk perkukuhkan UMNO, sebab dalam UMNO sendiri, ramai tidak berperangai seperti UMNO dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>PPBM jangan bawa perangai lama. <\/p>\n\n\n\n<p>Uruskan ego, walaupun hari ini, mungkin kamu berkuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Esok lusa bila berlaku PRU15, keadaan mungkin berbeza. <\/p>\n\n\n\n<p>Perkukuhkan parti sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Pastikan ia ada identiti sendiri, lain sedikit daripada UMNO dan PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Kepada PAS pula, dahulu kamu susah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah mengajar kamu erti ikhlas dalam berjuang. <\/p>\n\n\n\n<p>Kini, mungkin dah senang sikit sebab berada dalam kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Teruskan berjuang dengan ikhlas. <\/p>\n\n\n\n<p>Damaikanlah UMNO dan PPBM.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan termakan dengan hasutan musuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam laman media sosial hari ini, musuh-musuh sedang menghasut, untuk mempercepatkan terkuburnya hayat MN dan PN, agar mereka dapat berkuasa kembali. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah ini yang kita mahu?<\/p>\n\n\n\n<p>Membina mengambil masa lama, meruntuh sekelip masa sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS mesti terus kuat berusaha untuk terus menyatukan UMNO dan PPBM.<\/p>\n\n\n\n<p>Permusuhan antara keduanya memang tidak dapat dielakkan selepas kemelut negeri Perak ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya amat memahami kedudukan UMNO selaku parti yang mendapat kerusi yang terbanyak, tetapi terpaksa mengalah dalam banyak perkara disebabkan oleh kesilapan yang dilakukan pada masa lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai dalam kalangan kita marah kepada UMNO, kenapa sanggup jatuhkan Menteri Besar Perak? <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa sanggup tikam belakang? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah erti muafakat? <\/p>\n\n\n\n<p>Apa makna persaudaraan dan berbagai lagi persoalan dilontarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Andainya kita berada di tempat UMNO, agak-agaknyalah, apa yang kita akan lakukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Parti yang paling banyak kerusi, tetapi seolah-olah \u2018tersisih\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Benar, semuanya berpunca daripada UMNO (BN) yang telah memerintah lebih 60 tahun. <\/p>\n\n\n\n<p>Berbaloikah untuk mengorek semua cerita lama itu? <\/p>\n\n\n\n<p>Mari semua kita \u2018move on\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan biarkan semua parti ini bersendirian, seperti PAS nampak sendirian dalam isu kuil di Kedah. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO buat senyap sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan lambakan kuil haram ini semuanya pada zaman UMNO (BN) lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO, PAS dan PPBM perlu kuat, dengan gabungan parti-parti Bumiputera ke Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya mengikuti secara dekat perkembangan politik negeri Perak, tanah tumpah darahku, walaupun agak membosankan, dengan isu perebutan kuasa,<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4948,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[8],"tags":[19],"class_list":["post-4947","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dalam_negeri","tag-dalam_negeri"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4947","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4947"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4947\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4949,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4947\/revisions\/4949"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4948"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4947"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4947"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4947"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}