{"id":4954,"date":"2020-12-07T18:50:28","date_gmt":"2020-12-07T18:50:28","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4954"},"modified":"2020-12-07T18:50:30","modified_gmt":"2020-12-07T18:50:30","slug":"pas-banyak-berkawan-kerana-agama-bukan-kerana-kuasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/12\/07\/pas-banyak-berkawan-kerana-agama-bukan-kerana-kuasa\/","title":{"rendered":"PAS Banyak Berkawan Kerana Agama, Bukan Kerana Kuasa"},"content":{"rendered":"\n<p>PAS banyak berkawan kerana PAS nak ajak seramai ramainya orang tolong agama ALLAH. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS faham bahawa kerja Islam ini tidak boleh dibuat sendirian. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh kerana PAS sedar akan kelemahan dan kekurangannya, ia perlu mencari seramai mungkin kawan yang boleh bekerjasama membantu Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS menjalin hubungan demi hubungan, mencari kesefahaman dan keserasian demi untuk ISLAM, bukan kerana PAS ini parti pragmatik yang obses dengan kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, PAS banyak berkawan demi kerana menunaikan perintah ALLAH, bukan suka suka. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau ikut suka hati, buat apa pening-pening kepala, terpaksa memujuk, berunding dan dalam banyak keadaan kena mengalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih mudah bergerak sendirian dari melayan karenah kawan yang membuka ruang untuk di asak lawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak kurang juga terpaksa memujuk ahli dan menahan desakan dalaman yang tidak berpuas hati. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi, itulah PAS yang berpegang dengan tuntutan ALLAH, bukan melayan kehendak ahli atau tuntutan sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan mudah untuk PAS berkawan sebenarnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak yang PAS terpaksa korbankan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada pimpinan yang keluar parti kerananya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada ahli yang keluar meninggalkan parti, ada yang merajuk dan bertawaqquf bertahun-tahun kerananya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerana berkawan, PAS terpaksa menanggung luka yang mengambil masa cukup lama untuk pulih. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana berkawan, PAS diserang dan di sinis sehingga tidak sedikit yang tertahan dari menjadi ahli.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang hanya nampak PAS salah kerana berkawan, tetapi tak peduli apa yang PAS terpaksa tanggung. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada tak parti lain yang sanggup menderita dan rugi kerana kawan seperti PAS?<\/p>\n\n\n\n<p>Kadang-kadang PAS dan pimpinannya dianggap bodoh kerana berkawan dengan parti yang kalah, berpecah dan hampir rebah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian, apabila parti itu sudah pulih, PAS diterajang. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian bila lemah, sekali lagi PAS jadi pelampung penyelamat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mengapa PAS tetap berkawan walau dikhianati dan tak serik-serik didustai?<\/p>\n\n\n\n<p>Jawabnya kerana PAS ini bukan parti politik semata-mata, tetapi parti dakwah dan Tarbiyyah.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS berkawan bukan kerana kuasa tetapi untuk mentarbiyyah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kepada kawan PAS mentarbiyyah, kepada lawan PAS berdakwah.<\/p>\n\n\n\n<p>Itulah PAS yang tak difahami oleh ramai orang, hatta yang bergelar sarjana. <\/p>\n\n\n\n<p>Di pandangannya, PAS yang banyak bereksperimen dengan berbagai parti politik adalah bukti PAS ini pragmatik dalam memburu kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Ajaib dan berani sekali bila beliau menamakan kejian sebagai kajian. <\/p>\n\n\n\n<p>Sepatutnya beliau rasa malu dengan gelar sarjana yang diraihnya, kerana keserjanaan tak menggambarkan ilmu di dadanya dan universiti yang beliau wakili.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau, bagi saya hanya menunjukkan kerendahan nilai keserjanaannya, ketidakmatangan ilmiah, kedengkian dan buruk sangka yang amat sangat terhadap PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Entah bagaimana beliau boleh bersangka baik terhadap parti dan pimpinannya yang terang-terang bergomol siang dan malam mengintai kerusi kekuasaan dengan cara yang amat memualkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana beliau boleh memejamkan mata terhadap pemimpin yang sanggup menggadai nyawa rakyat untuk mengadakan PRN demi mempertahankan kuasa!<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana beliau boleh terlepas pandang terhadap parti dan individu yang rela menjalin kerjasama dengan siapa saja asal saja pangkat dan periuk nasi mereka terjamin?<\/p>\n\n\n\n<p>Patutnya, kamu yang duduk di menara gading, pasti lebih nampak apa yang ada di bawah dan suasana keliling. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedihnya, beliau hanya terpuruk di celah timbunan buku.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau hanya memerhati, bukan mengkaji. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu pun dia hanya melihat menurut sudut pandang yang dia nak lihat, bukan melihat apa yang sepatutnya dia lihat. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia tidak bergelanggang di tengah rakyat sebab itu fikirannya beku, barangkali kerana terlalu lama berada di bilik berhawa dingin. <\/p>\n\n\n\n<p>Sesekali keluar terasa semua cahaya menyilaukannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Inderanya tidak lagi dapat membeza antara peritnya silau matahari dari cahaya bulan dan bintang.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Karim bin Sidek<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS banyak berkawan kerana PAS nak ajak seramai ramainya orang tolong agama ALLAH. PAS faham bahawa kerja Islam<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4918,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-4954","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4954","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4954"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4954\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4955,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4954\/revisions\/4955"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4918"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4954"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4954"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4954"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}