{"id":4971,"date":"2020-12-08T05:05:23","date_gmt":"2020-12-08T05:05:23","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=4971"},"modified":"2020-12-08T05:11:52","modified_gmt":"2020-12-08T05:11:52","slug":"aus-khazraj-yahudi-dan-munafik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/12\/08\/aus-khazraj-yahudi-dan-munafik\/","title":{"rendered":"Aus, Khazraj, Yahudi Dan Munafik"},"content":{"rendered":"\n<p>Tentu ramai antara kita mengetahui sedikit sebanyak sirah Nabi kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila menyebut bab berkenaan sirah Nabi, pastinya tidak akan lari daripada kita semua menyentuh berkenaan Aus dan Khazraj. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka adalah dua puak yang tinggal di Madinah yang berperang semenjak ratusan tahun. <\/p>\n\n\n\n<p>Dendam mendendami antara satu sama lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Perang antara mereka akan mengakibatkan kemusnahan, berbunuhan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk membalas dendam apabila puak mereka diserang. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan semua perang mereka adalah berdasarkan asyobiyyah yang membuta tuli. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan kerana Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tentu sahaja, kerana mereka bukan lagi Islam ketika itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah datangnya Rasulullah ke Madinah, mereka sebagaimana yang diceritakan oleh Allah daripada berada di tepi jurang neraka, mendapat rahmat Allah setelah mereka menjadikan Rasulullah sebagai ikutan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menjadikan Muhajirin Mekah sebagai saudara-saudara baharu mereka, berkongsi segala apa yang mampu mereka kongsikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Keharmonian mereka berlangsung dengan baik semenjak itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehinggalah suatu hari terjadi peristiwa yang hampir mengakibatkan kembalinya perang sesama mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia dimulakan oleh seorang Yahudi yang mengungkit-ngungkit kembali kekalahan Aus kepada Khazraj dalam Perang Bu&#8217;ats. <\/p>\n\n\n\n<p>Hampir sahaja mereka memulakan perang kerana hasutan itu yang turut ditambah rempah ratusnya oleh golongan munafik.<\/p>\n\n\n\n<p>Rasulullah berjaya meleraikan api permusuhan yang ada dalam diri mereka, ditiupkan oleh golongan musuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Yahudi membenci Islam kerana Nabi yang membawa agama terakhir, bukan dari kalangan Bani Israel. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala munafik pula berdengki kerana sepatutnya Abdullah bin Ubai yang diangkat menjadi pemimpin Madinah, terpaksa memberi laluan kepada Rasulullah. <\/p>\n\n\n\n<p>Masing-masing ada kepentingan mereka sendiri dalam berperanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Semenjak dahulu, begitulah cara Islam dirosakkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka dipisah, dijuzuk, dicerai-beraikan, dikecilkan, supaya mudah bagi mereka mengalahkan kita. <\/p>\n\n\n\n<p>British mengamalkan sistem pecah dan perintah dengan memusnahkan Khalifah Islam di Turki. <\/p>\n\n\n\n<p>Hasilnya umat Islam menjadi seperti anak ayam kehilangan ibu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian negara-negara Islam lain, tidak bersepakat kerana menganggap mereka kuat bersendirian, walaupun banyak cubaan telah dibuat ulamak. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan pastinya juga kerana British menghalang sistem khalifah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian bercakaran pula sesama mereka dalam negeri sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Hilang lenyap kesatuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga kini, kita masih berpecah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita berpecah kerana banyak sebab sehinggakan bolasepak juga boleh menjadi titik pecah kesatuan kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan politik serta agama menduduki carta teratas sebab-sebab kita menjadi berpuak sesama kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita gagal menggunakan politik bagi kepentingan umat. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tidak berjaya menyatukan agama kerana masing-masing memegang fatwa masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p>Seperti tiada ruang bagi toleransi. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya akan menuding jari sesama kita, akulah yang betul, kamu ke neraka.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam konteks Malaysia, PAS dan Umno, telah lama berantakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga kini tidak sedikit parut luka yang kekal dalam minda semua ahli yang mengalaminya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia berkenaan politik yang perlu ditangani. <\/p>\n\n\n\n<p>Umno menuruti sistem British dan PAS meyakini Islam sebagai asas kepada pembinaan negara, bagi mencari redha Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah puluhan tahun berkelahi, pernah sekali berbaik, tetapi tidak menjadi, kini Allah takdirkan keduanya bertaut kembali.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah banyak tangisan yang mengalir, tidak mempercayai menyaksikan akan salaman tangan pemimpin atasan, rakyat semakin yakin dengan mahabbah ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ada mata yang dengki dengan tautan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada hati yang benci yang mahu ia diputuskan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada mulut yang menabur fitnah, ada tangan yang cuba menghalang. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS dan Umno kini menghadapi beberapa siri situasi bergolak.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak kurang ada di dalam Umno yang berpecah fikiran bagaimana mahu membentuk politik acuan Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang tidak setuju, ada yang setuju, ada yang mendiamkan diri, ada yang marahkan Bersatu dan ada juga menuding jari ke arah PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Situasi ini tidak ada banyak bezanya dengan peristiwa perbalahan umat Islam yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada penghasutnya, ada pendengkinya yang berkepentingan dan ada pemusnahnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam PAS juga mesti diperhatikan watak-watak ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah bukti bahawa kesatuan Islam adalah sesuatu yang mengerikan musuh Islam, tidak kira mereka kafir atau munafik yang bertopengkan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tahu jika Islam disatukan atas agama, tiada harapan bagi mereka lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, mereka sanggup dengan muka tidak malu, mahu kembali memeluk Umno yang pernah mereka menjadikan musuh sejahat-jahat musuh semata-mata mahu menggagalkan penyatuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika PAS mahu berbaik, mereka cipta fitnah takut Islam bersatu. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila mereka ingin mendapatkan kuasa, mereka memujuk Umno pula. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah perjuangan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekadar peringatan kepada pimpinan Umno yang hanya reti membaca tajuk berita, tetapi tidak reti membaca dan memahami isi berita, supaya menyiasat betul-betul kandungan berita sebelum membuat sebarang kenyataan rasmi. <\/p>\n\n\n\n<p>Anda adalah pimpinan parti, dan bukannya bertaraf &#8216;prebet&#8217;. <\/p>\n\n\n\n<p>Atau anda juga dari kalangan mereka yang mahu memusnahkan persahabatan ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Malah dalam PAS juga sekarang, galak menikam sesama sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak sukar, ia ada terpapar dalam media sosial. <\/p>\n\n\n\n<p>Silalah menontonnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pimpinan PAS tetap matang menangani isu ini. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS hanya mahu mendamaikan umat Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Jelas itu maksud PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Alhamdulillah ketiga-tiga parti telah menunjukkan signal positif bagi PN untuk terus mengemudi Perak. <\/p>\n\n\n\n<p>Semoga ikatan ini kekal selama-lamanya, mengecewakan harapan musuh Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Hidup ini sememangnya amat bermakna tanpa kehadiran DAP dan kuncu-kuncunya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<br>8 Disember 2020<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tentu ramai antara kita mengetahui sedikit sebanyak sirah Nabi kita. Apabila menyebut bab berkenaan sirah Nabi, pastinya tidak<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4974,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-4971","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4971","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4971"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4971\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4973,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4971\/revisions\/4973"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4974"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4971"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4971"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4971"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}