{"id":5116,"date":"2020-12-16T06:18:33","date_gmt":"2020-12-16T06:18:33","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5116"},"modified":"2020-12-16T06:18:34","modified_gmt":"2020-12-16T06:18:34","slug":"kecoh-bajet-2021-siapa-yang-jahat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/12\/16\/kecoh-bajet-2021-siapa-yang-jahat\/","title":{"rendered":"Kecoh Bajet 2021, Siapa Yang Jahat?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rasanya mungkin tidak keterlaluan jika kita meletakkan bajet 2021 inilah yang paling liat untuk dibentangkan bagi diluluskan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pelbagai karenah yang mengocak ketenangan semua pihak. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Atas banyak hal, ia tidak lebih sekadar mencari populariti dalam menguji kekuatan politik masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak dilihat keihklasan dalam membangkang, sekadar menyerlahkan lagi sikap buruk sebenar mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Najib dan Zahid dikatakan punca kepada pergolakan ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka dikatakan sanggup menyokong Anwar bagi mengenepikan Muhyiddin. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi tidak semua orang menyukai Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka berlakulah penentangan dari dalam Umno sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka sedar, Anwar dan DAP, tidak dapat dipisahkan kerana dari Umnolah dakwaan bahawa Anwar sanggup menjual negara dikeluarkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan mudah untuk dimaafkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">CIA, ejen negara asing, liberal dan banyak lagi, ditambah dengan tuduhan liwat kepada Anwar yang sangat melekat dalam minda penyokong Umno. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adalah bukan perkara enteng untuk Najib dan Zahid mahu membawa penyokong mereka, berkerjasama dengan Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahli Umno menentang, walaupun sebahagian kecil daripada mereka cuba menjadi pembantu Najib dan Zahid dalam misi ini, ia gagal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lalu mereka berdua mengelak isu ini daripada menjadi senjata makan diri dengan memperjuangkan wang KWSP. Asyraf Wajdi juga turut berpencak untuk rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka tidak mahu orang lain mendapat juga faedah daripada isu ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memaksa Menteri Kewangan menerima cadangan mereka, konon demi rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tegur YB Ahmad Fadhli Shaari, hal ini boleh dibincang, tidak perlu ugutan untuk menolak bajet.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sayang, YB Pasir Mas pula diserang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam hal ini, bukan kebenaran yang dicari, tetapi siapa yang banyak serangan, itulah pemenang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Salah atau tidak, tidak peduli. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya, YB Ahmad Maslan menyatakan isu KWSP boleh dibincangkan kemudian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baharulah Najib mengatakan konon bahawa bajet perlu disokong kerana sudah terlewat untuk kerajaan mengubahnya, kalau ditolak. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Najib \u2018U-turn\u2019 dengan bergaya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kerancakan ini, ada yang meyakini bahawa Bajet 2021 akan berjaya ditolak oleh pembangkang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menunggu dengan penuh debar seluruh rakyat Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang menyokong, berdoa supaya bajet diluluskan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia adalah lambang keaiban yang terbesar jika ditolak. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang membangkang, tersenyum girang kerana janji sebahagian Ahli Parlimen yang dikatakan oleh Anwar, di pihak mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiba waktu yang ditunggu-tunggu, hanya beberapa orang sahaja yang inginkan undian belah bahagi bagi menyokong atau menolak Bajet. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kurang daripada 15 orang, maka, Bajet 2021 diluluskan bagi bacaan kali pertama tanpa undi belah bahagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konon Anwar tidak mahu kelihatan bersama dengan Tun, jadi mereka semua duduk, cuba memalukan Tun yang berdiri, kurang 15 orang, termasuklah Pan yang juga kena tipu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berjanji lagi mereka kepada penyokong, ada lagi bacaan kedua dan ketiga yang akan mereka lawan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ternyata kelesuan melanda mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada permulaan, ada undian, kemudian setelah penat dibodohkan, mereka akhirnya tidak lagi minta undian belah bahagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memang memenatkan jika kita mahu mempermainkan orang, tetapi diri sendiri dipermainkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya mereka kalah semua kepada kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menyedari kebencian Anwar kepadanya, Tun memainkan peranan sebagai balasan kepada tindak tanduk Anwar sebelum ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tun memanggil sidang akhbar bersama Kuli. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah cuba meyakinkan rakyat yang mereka ingin menjadikan Malaysia sebagai Harimau Asia semula, rakyat sudah dapat mengagak, ini tidak lebih semata-mata dongengan politik mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tun kelihatan bersemangat dengan isu melibatkan Anwar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hakikat yang nyata ialah, Tun masih berkuasa dalam politik Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar akan kehilangan rentak jika Tun masih ada, insyaallah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Najib dan Zahid dikatakan cuba bermain kayu tiga, bukan sahaja akan meranapkan kerjasama dengan PAS dan Bersatu, malahan bakal membawa Umno ke lembah kehancuran jika Anwar menjadi pilihan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nafilah macamana sekalipun, buat masa sekarang, DAP tetap akan mendapat faedah besar dari Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi bagaimana mahu bersama Anwar tetapi membuang DAP?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perjalanan politikus Malaysia ini lebih kepada mahu melepaskan diri masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umno, berpecah kepada beberapa kumpulan kerana ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang baik dalam Umno mahu menjadikan Islam dan Melayu sebagai agenda utama, akan menghadapi masalah kerana pertikaian sesama mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">DAP diam kerana mereka dibenci rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bersatu juga goyah dengan Umno. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada orang PKR sudah muak dengan Anwar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bacaan kali ketiga, dengan dua kali undian dijalankan, mereka tetap kalah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini bukanlah babak yang menakjubkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang menakjubkan dunia politik Malaysia, PAS pula tidak semena-mena digelar sebagai penderhaka disebalik keengganan pembangkang mendengar nasihat YDPA. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bertali arus serangan dilakukan tehadap PAS, ketika pimpinan mereka gagal menunaikan janji-janji menolak bajet.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Diserangnya MB Kedah, dikutuknya Exco PAS di Perak, dihinanya Presiden. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua ini tidak lain bertujuan bagi mengalihkan isu kegagalan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anehnya semua yang dilakukan PAS, terbukti betul. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS Perak diberikan dua jawatan Exco, Pulau Pinang mula mengendur dengan isu bekalan air dengan Kedah, ada pihak pula memohon maaf berkenaan tuduhan dalam isu perobohan kuil. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang masih tegang, hanya Umno Terengganu, dengan pengisytiharan akan bertanding di semua kerusi dalam PRU 15 nanti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang PAS Terengganu jawab? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melalui kenyataan Ketua Penerangan PAS Terengganu, PAS Terengganu akan menjaga hubungan MN dan PN. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa lagi PAS Terengganu berikan sebagai balasan? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melaksanakan 90 peratus manifesto yang dijanjikan, memberikan semula tanah kepada mangsa rampasan tanah 2004 dahulu, mengurangkan hutang negeri dan banyak lagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dipuji oleh cendikiawan bahawa PAS Terengganu bekerja dengan senyap, kurang berpolitik, tetapi membuahkan hasil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya PAS amat berjaya dalam mengemudi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Alam Sekitar disebalik semua kegawatan politik ini, mendapat anugerah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Teringat kepada kutukan pembenci beliau ketika diangkat menjadi menteri dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inilah hasil penghinaan itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Exco Terengganu juga menerima gelaran wira dalam pelancongan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS membalas segala kebencian lawan dengan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kelantan 30 tahun, sifar kes penyelewengan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedah pula berjaya mengurangkan masalah perbelanjaan air. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menumpukan kepada kajian REE. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelas PAS berkhidmat dengan cemerlang walaupun panahan fitnah tidak pernah kurang dihalakan kepada PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan hasilnya fitnah ini, PAS menerima hampir 16 ribu ahli baharu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lawan PAS cipta tajuk berita palsu, kemudian menyebarkannya, cuba memberikan gambaran jahat kepada PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mahu menunjukkan rekod dosa PAS seperti rasuah, tiada. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lain-lain rekod buruk juga tiada. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka fitnahlah yang paling baik untuk menjatuhkan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fitnah ini bagaikan dadah kepada mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berguna untuk mereka mengkhayalkan impikan keindahan yang tidak pernah wujud dalam hidup mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila mereka sedar, keindahan itu hilang, maka diambil lagi dadah itu untuk mereka menafikan kehidupan sebenar mereka yang menyedihkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitulah mereka memfitnah PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka berilusi, percayakan bahawa PAS adalah sebuah parti yang buruk, tetapi tiada bukti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka fitnahlah yang menjadi bukti mereka, mereka-reka kejahatan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka ketagih akan suntikan fitnah itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka gagal menunjukkan kebaikan mereka, sebaliknya cuba memburukkan PAS pula, supaya tidak kelihatan baik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<br>16 Disember 2020<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rasanya mungkin tidak keterlaluan jika kita meletakkan bajet 2021 inilah yang paling liat untuk dibentangkan bagi diluluskan. Pelbagai<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5117,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-5116","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5116","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5116"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5116\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5118,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5116\/revisions\/5118"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5117"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5116"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5116"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5116"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}