{"id":5129,"date":"2020-12-17T03:45:03","date_gmt":"2020-12-17T03:45:03","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5129"},"modified":"2020-12-17T03:45:05","modified_gmt":"2020-12-17T03:45:05","slug":"umno-terengganu-tetap-mahu-bergomol-juga-ke","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/12\/17\/umno-terengganu-tetap-mahu-bergomol-juga-ke\/","title":{"rendered":"Umno Terengganu Tetap Mahu Bergomol Juga Ke?"},"content":{"rendered":"\n<p>Semalam Kerajaan Kelantan, di bawah pentadbiran PAS, telah mengisytiharkan akan membubarkan jawatan Penyelia Dun yang dikhususkan di Dun-Dun yang PAS kalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan peranan bagi menjaga Dun-Dun itu, diserahkan kepada Adun yang memenangi kerusi di situ. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah menjadi budaya, setiap Dun yang kalah, akan dilantik Penyelia Dun, bagi menjadi penghubung antara rakyat dan Kerajaan Negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum itu, ketika Muafakat Nasional ditubuhkan, Umno Kelantan dengan rela hati, menarik diri dari menjadi pembangkang. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah itu, Perikatan Nasional pula tertubuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan satu-satunya kerusi pembangkang Kelantan dari Bersatu tidak berfungsi lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kelantan rasanya menjadi negeri pertama yang melakukan penarikan jawatan Penyelia Dun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tahun 2018, ketika membentangkan Bajet 2019, PAS Kelantan mengumumkan yang mereka memberikan peruntukan kepada Adun pembangkang ketika itu sebanyak RM50 ribu bagi setiap Dun. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan harapan agar pembangunan di Dun-Dun pembangkang ketika itu, turut disertai oleh Adun mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS Kedah, pada bulan Ogos, telah menyediakan sebanyak RM2000 sebulan bagi setiap Pusat Khidmat Masyarakat di Dun-Dun pembangkang. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala pemberian sejumlah RM70 ribu setahun bagi setiap Adun pembangkang, dikekalkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka jumlah keseluruhan ialah RM1.014 juta bagi tahun ini, diberikan kepada pembangkang di Kedah. <\/p>\n\n\n\n<p>Berlainan di Kedah, pembangkang mereka adalah PH.<\/p>\n\n\n\n<p>Terengganu pula telah menyediakan sebanyak RM2.5 juta kepada semua Dun-Dun yang dimenangi Umno yang berjumlah 10 Dun. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bukan hal yang baharu yang dipraktikkan oleh Kerajaan PAS Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tahun 2000 dahulu, telah diperuntukan sebanyak RM100 ribu bagi setiap Dun pembangkang waktu itu. <\/p>\n\n\n\n<p>RM100 ribu 20 tahun lampau adalah jumlah yang sangat besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi seingat saya, hanya sekali sahaja bayaran disalurkan kerana royalti petroleum disekat dengan kejam oleh Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Dun Terengganu, Umno sehingga kini, masih tidak meninggalkan posisi pembangkang. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak isu perbalahan yang dikeluarkan Umno dalam beberapa Sidang Dun. <\/p>\n\n\n\n<p>Di luar, serangan tentera-tentera siber mereka juga banyak yang ditujukan kepada Kerajaan Negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua perkara hendak dibuat isu. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua isu pula disandarkan atas kononnya nama rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Taktik yang tidak banyak beza dengan taktik 2004 dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa hari lalu, tidak semena-mena, Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu (BPUNT), Datuk Nik Dir Nik Wan Ku mengisytiharkan bahawa Umno akan bertanding di semua kerusi di Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum itu juga sudah ada usikan nakal dari pimpinan Umno yang mahukan \u2018perlawanan persahabatan\u2019 di semua kerusi dalam PRU 15 nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Tegar benar mereka mahu berlawan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan ini adalah sambungan dari hasrat Pengerusi Umno Terengganu pada Julai lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa sebabnya? <\/p>\n\n\n\n<p>Dikatakan ada desakan dalaman untuk bertanding disemua kerusi itu dibuat oleh sebahagian pimpinan Umno yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada kiraan lojiknya, jika semua bersetuju, maka akan kekallah kerusi pada \u2018status quo\u2019 iaitu PAS 22 dan Umno 10. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS tetap menjadi kerajaan dan Umno sebahagian daripadanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerusi Exco akan lebih kepada PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, mereka yang kalah sekarang, tentulah tidak dapat bertanding lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan kata mahu menjadi Exco, menjadi YB pun sudah tiada harapan. <\/p>\n\n\n\n<p>Paling tinggi mereka akan dapat jawatan sebagai Pengerusi di GLC-GLC Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka munasabah mereka mahukan peluang untuk menjadi Adun dibuka dengan berlawan di semua kerusi dengan PAS, rakan yang sudah diisytiharkan oleh Presiden mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga sesetengah pimpinan Umno Terengganu, berdendam lagi dengan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Masih ada suara-suara mengeji Presiden PAS di banyak peringkat. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang mereka tidak puashati, kita tidak tahu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi segala fitnah, caci maki mereka dahulu semenjak berdekad lamanya, langsung tiada bukti. <\/p>\n\n\n\n<p>Hairan, dalam masa yang sama, ada pimpinan Umno yang menghantar anak-anak mereka ke madrasah kelolaan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi kebencian yang lain amat tebal kepada ulamak yang tidak melakukan kesalahan terhadap mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Nasihat Tan Sri Annuar Musa tidak Umno Terengganu endahkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya rasa, saya tahu kenapa. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin kerana Umno Kelantan sudah teruk dikerjakan PAS di sana, maka Umno Kelantan boleh pasrah dengan nasib mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika Umno Kelantan bernasib baik, mereka mungkin dijemput masuk ke Kota Darul Naim sebagai kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak, mereka tidak rugi apa-apa kerana sememangnya mereka telah kalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbeza dengan Terengganu. Umno di sini masih gagah dan bernafsu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yakin, begitu yakin akan dapat mengalahkan PAS Terengganu dalam PRU 15 nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka percaya kekuatan mereka jauh lebih ampuh berbanding dengan Umno Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Umno Terengganu memerintah puluhan tahun. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya tiga kali mereka kalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Pertama kali, tidak sampai sepenggal, 1959-1961, mereka merampas Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kali kedua hanya sepenggal 1999-2004 dan kali ini, mereka mengharapkan kegemilangan berulang lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah lama masa kehilangan Kerajaan Terengganu kepada PAS secara terkumpul hingga kini hanyalah lapan tahun, berbanding dengan Umno Kelantan yang keseluruhannya hampir 50 tahun. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu pun menang kerana bantuan Mageran pada tahun 1977. <\/p>\n\n\n\n<p>Dapatlah juga Umno berkuasa di Kelantan dari 1978 hingga 1990. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi Umno Terengganu memang sangat yakin mereka boleh menang melawan PAS Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka, rakyat boleh melihat, tiada mereka merasa malu dengan berbilion duit rakyat yang telah dihabiskan dengan kegagalan projek-projek di bawah mereka sepanjang menjadi Kerajaan di Terenganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian mereka terpaksa mencari-cari silap PAS bagi menunjukkan PAS lebih teruk dari mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Paling lucu ialah semua kegagalan projek Umno yang dinyatakan berbilion-bilion ketika mereka memerintah dahulu, keluar dari mulut Pengerusi BPUNT sekarang, sewaktu mengamuk di Dun, selepas diturunkan jawatan MB.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat yang waras boleh menilai yang Umno Terengganu boleh menjadikan PAS Terengganu sebagai kawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu adalah kenyataan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ego mereka tinggi. <\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu ada cubaan mereka mahu memalukan PAS selepas Umno menang 2004, konon PAS menyeleweng dengan berbagai tuduhan, tetapi gagal dibuktikan sehingga sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p>Gomol lah kalau Umno nak bergomol pun. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS Terengganu akan tetap akur dengan arahan Presiden, tidak mahu menjadi seperti mereka, arahan Presiden sendiri pun tidak dipedulikan.<\/p>\n\n\n\n<p>*Foto dari FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<br>17 Disember 2020<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semalam Kerajaan Kelantan, di bawah pentadbiran PAS, telah mengisytiharkan akan membubarkan jawatan Penyelia Dun yang dikhususkan di Dun-Dun<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5130,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-5129","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5129","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5129"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5129\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5131,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5129\/revisions\/5131"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5130"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5129"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5129"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5129"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}