{"id":5156,"date":"2020-12-22T03:06:25","date_gmt":"2020-12-22T03:06:25","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5156"},"modified":"2020-12-22T03:06:30","modified_gmt":"2020-12-22T03:06:30","slug":"geram-pada-pas-marilah-mengaji-dengan-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/12\/22\/geram-pada-pas-marilah-mengaji-dengan-pas\/","title":{"rendered":"Geram Pada PAS? Marilah Mengaji Dengan PAS"},"content":{"rendered":"\n<p>Alhamdulillah masih hangat perdebatan berkenaan isu perkahwinan Illi Najwa Saddique, membuktikan bahawa semangat mempertahankan Islam dalam rakyat Malaysia masih tebal dan utuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Kebencian umat kepada isu keluar agama ini sememangnya menjadi satu hal yang amat membanggakan Islam sekarang ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Masing-masing takut ia terjadi kepada keluarga masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia satu perkembangan yang bagus.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang menyakini bahawa Illi bersama suaminya jahil tentang agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Menurut laporan daripada kes-kes saudara baharu, memang banyak isu berkenaan tidak tahu membezakan antara budaya dan juga agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Jelas mereka tidak mengetahui akan kesan daripada perbuatan yang menyamai perbuatan ibadat agama lain, boleh menyebabkan mereka terkeluar dari agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa pun, jika tidak tahu, ia jelas dosa besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika dilihat kepada yang mengkritik dan berkeyakinan bahawa Illi sudah pun murtad, kebanyakkan komen-komen mereka lebih berdasarkan kepada sangkaan dan menghukum. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka anggap taraf kejahilan orang lain, sama dengan kejahilan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ilmu orang lain pula, tidak melebihi ilmu mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua orang tidak betul, dia sahaja yang betul. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi bila orang buat salah, dia pura-pura terkejut, takkan itu pun tak tahu, katanya, konon mahu merendahkan lawan.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih teruk lagi, mereka mengambil \u2018fatwa-fatwa\u2019 daripada individu-individu yang selalu melawak dalam status \u2018FB\u2019 dan \u2018Twitter\u2019 mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Figura-figura ini biasa akan membuat seseorang itu menjadi bahan ketawa jika ada sesuatu isu besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak kira dari pembangkang atau pun kerajaan, ilmuan ataupun apa-apa kedudukan, asal bernilai untuk ditertawakan, semuanya dia akan ejek. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanda suka, kongsi status mereka, komen menyokong oleh pembaca, adalah menjadi suatu yang dikejar oleh figura ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang utama, puas hati mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak berilmu pun, tapi jadi tempat rujuk oleh musuh PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala sebahagian lagi menjadikan orang bukan Islam sebagai rujukan kepada status agama orang Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Memang boleh merujuk mereka memberikan pencerahan berkenaan ritual agama yang dijalankan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi jika dia hanyalah orang biasa, kena juga berhati-hati. <\/p>\n\n\n\n<p>Contohnya orang kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Berapa ramai diantara kita yang tidak tahu apa-apa berkenaan agama kita sendiri tapi memandai-mandai? <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi adakah dia layak untuk menerangkan berkenaan agamanya? <\/p>\n\n\n\n<p>Maka perlulah juga kepada orang yang benar-benar berilmu dalam agama mereka yang menjelaskan.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang bukan Islam tidak tahu ialah, niat memainkan peranan utama dalam sesuatu ibadat dalam Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap amal itu, bermula dengan niat. <\/p>\n\n\n\n<p>Jelas perkataan itu daripada Rasulullah. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan asal buat terus jadi ibadat. <\/p>\n\n\n\n<p>Lantas, tindakan Kerajaan Malaysia dan Sultan Johor mahu memanggil Illi bagi mendapatkan penjelasan itu amatlah baik. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada mengesahkan niat, mereka juga akan diberikan bimbingan yang sebenarnya berkenaan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Masih ada yang mencemuh kepada PAS dengan membandingkan kes-kes murtad dahulu, bahawa PAS amat vokal menyatakan tentangan kepada kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini sebenarnya adalah pengiktirafan kepada PAS sebagai wira agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi selain itu, mereka yang menuduh, sememangnya amat jahil atau dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kes-kes lama yang telah berlaku yang PAS menentang dahulu adalah berbeza dengan kes sekarang ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kes-kes seperti Natrah, Lina Joy, Aisyah adalah kes yang dibicarakan di mahkamah atau kes yang diakui sendiri oleh mereka yang terlibat bahawa mereka telah murtad atas kerelaan hati mereka sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Islam, salah satu pembuktian kepada kesalahan ialah pengakuan tertuduh sendiri tanpa dia dipengaruhi apa-apa keadaan yang tidak normal. <\/p>\n\n\n\n<p>Lina Joy membawa kes ke mahkamah bagi menuntut diperakui kemurtadannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Aishah mengakui murtad kepada ayahnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Natrah pula dipaksa, kemudiannya dia rela.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan isu Illi hanya melalui mahkamah media sosial. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS melakukan sesuai dengan ajaran Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Pernah berlaku dalam sejarah di mana Khalid Al-Walid membunuh seorang musuh Islam yang telah mengucap syahadah di hadapannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Khalid mengatakan itu hanyalah helah musuh kerana takut dibunuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Merah padam muka Rasulullah dan Baginda berlepas diri dari perbuatan Khalid kerana tiada bukti yang musuh itu mempermain-mainkan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Syahadahnya itu, menurut Rasulullah, diterima.<\/p>\n\n\n\n<p>Sama dalam isu hudud. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika misalnya dikatakan video bukanlah bukti dalam Islam bagi hakim menjatuhkan hukuman hudud, maka bertempiklah mereka menghina Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Konon akan teraniayalah mangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mereka, hudud satu-satunya hukuman dalam Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak dikenakan hudud, maka terlepaslah yang tertuduh. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan ada lagi hukum takzir. <\/p>\n\n\n\n<p>Hakim boleh menukarnya kepada hukuman takzir dengan mengenakan hukuman yang bawah sedikit daripada hudud, menggunakan bukti-bukti yang ada, bukan semestinya melepaskannya terus.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang membenci PAS ini, tidak faham dalam Islam adalah lebih baik yang bersalah dibebaskan daripada yang tidak bersalah tersalah dihukum. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Islam, ada dua mahkamah, dunia dan akhirat. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak sesekali akan terlepas. <\/p>\n\n\n\n<p>Konsep ini tiada dalam mana-mana fikiran yang menentang Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mereka, yang dirasakan bersalah, mesti dihukum atas dunia bagi memenuhi tuntutan dendam mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengakuan Illi dikira sah kerana datang dari dia sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang selebihnya, kita serahkan kepada Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Buktinya lain, setakat ini, tiada lagi ulamak yang menuduh PAS salah dalam bertindak. <\/p>\n\n\n\n<p>Samada dari parti lawan mahu pun yang tidak berparti. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua ilmuan yang mengeluarkan kenyataan, senada dengan apa yang PAS lakukan melalui Timbalan Menteri Agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan yang melucukan, ada agamawan yang senada dengan PAS pula yang pembenci PAS tuduh sebagai sudah berubah pegangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Contohnya Dr. Asri kata mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkinkah ada antara mereka yang mahu Illi murtad kerana, mereka akan mempunyai peluru bagi menembak PAS? <\/p>\n\n\n\n<p>Kecewa agaknya mereka dengan penjelasan agamawan bahawa Illi tidak murtad, ia bukan seremeh yang disangka. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu mereka mengambil fatwa figura-figura jahil di media sosial kerana fatwa pelawak-pelawak itu menepati kehendak mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika mereka meminta hukum dari ulamak, mereka akan kecewa, sebab ulamak tidak berhukum bagi memenuhi selera orang, apatah lagi bagi si jahil.<\/p>\n\n\n\n<p>Atau adakah kesungguhan mereka mahu menempelkan isu kafir mengkafir ini adalah kerana mereka merasakan yang PRU sudah tidak lama lagi? <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu mereka mulakan dahulu tembakan, kerana isu kafir ini adalah sentiasa relevan bagi musuh untuk melawan kempen PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak tahu yang rakyat semakin faham dengan isu ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika benar itu tujuan mereka, maka jelaslah bagi PAS apa sebenarnya di belakang isu Illi ini. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS mahu menyelamatkan akidah Illi, mereka pula mahu menjadikan Illi peluru bagi mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua keterangan yang saya tulis ini adalah hasil daripada kelas pengajian yang ulamak PAS kelolakan samada berhadapan atau pun \u2018online\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga daripada buku, tulisan ulamak-ulamak PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Intinya semua bersumberkan dari kitab yang muktabar. <\/p>\n\n\n\n<p>Marilah datang kelas agama anjuran PAS lah untuk faham Islam, insyaAllah selamat, jangan geram pulak dengan PAS sebab fitnah tak menjadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan malu-malu, dah nampak kronik sangat jahil tu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<br>22 Disember 2020<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Alhamdulillah masih hangat perdebatan berkenaan isu perkahwinan Illi Najwa Saddique, membuktikan bahawa semangat mempertahankan Islam dalam rakyat Malaysia<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5157,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-5156","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5156","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5156"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5156\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5158,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5156\/revisions\/5158"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5157"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5156"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5156"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5156"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}