{"id":5174,"date":"2020-12-29T09:51:16","date_gmt":"2020-12-29T09:51:16","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5174"},"modified":"2020-12-29T09:51:18","modified_gmt":"2020-12-29T09:51:18","slug":"fasha-jangan-sebar-fahsya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/12\/29\/fasha-jangan-sebar-fahsya\/","title":{"rendered":"Fasha, Jangan Sebar \u2018Fahsya\u2019\u2019"},"content":{"rendered":"\n<p>Saban tahun, terutamanya bila melibatkan perayaan Krismas, pasti ada isu tasyabbuh iaitu menyerupai kaum yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah menjadi kelaziman, akan ada perbalahan-perbalahan mengenai hal ini diperkatakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pernah dahulu digelarkan \u2018Kongsi Raya\u2019 apabila Hari Raya berselang dengan Tahun Baru Cina. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian ia dilarang oleh mufti dengan mengatakan perayaan kita adalah perayaan keagamaan, jangan dicampur dengan yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Bila tiba Hari Raya hampir dengan Krismas, kemudian diadukan pula dengan perayaan Kristian itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sentiasa ada jalan mahu menggabungkan perayaan keagamaan kita dengan kafir. <\/p>\n\n\n\n<p>Mengapa ya? <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu sibuk mereka mahu bergabung raya dengan kita, tetapi dalam masa yang sama, mereka mengatakan Islam ini agama keganasan? <\/p>\n\n\n\n<p>Pelik juga orang beriya-iya mahu bergabung dengan penjahat. <\/p>\n\n\n\n<p>Lihat juga isu berkaitan dengan sekolah vernakular. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah toleransi daripada mereka? <\/p>\n\n\n\n<p>Langsung mereka tidak melayan kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Masuk kita kepada peranan orang Islam itu sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila agamawan telah mengeluarkan hukum melalui al-Quran dan hadis, ijmak serta qias, ada juga yang tetap mahu melawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebahagian orang Islam tiba-tiba merasakan tiadanya toleransi dalam beragama bila dilarang menyambut perayaan agama lain, sedangkan mereka yang membantah itu tidak bersandarkan kepada mana-mana dalil agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu mereka memberontak, mahu mengikut lojik yang ada dalam kepala mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Ulamak sebahagiannya menerusi ilmu mereka melarang mengucapkan ucapan yang baik kepada mereka walau atas dasar meraikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala sebahagian lagi membolehkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi tiada ulamak yang mengatakan kita boleh berbuat sewenang-wenangnya sehingga menggadaikan aqidah kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Contoh berpakaian menyerupai Santa Claus, kerana itu sudah bermakna kita turut merayakan agama yang menyekutukan Allah yang esa.<\/p>\n\n\n\n<p>Islam adalah satu-satunya agama yang tidak menyekutukan Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah teras utama Islam yang disebut dalam syahadah kita, tiada tuhan yang disembah melainkan Alllah. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala agama lain, mereka menggandingkan Allah dengan sesuatu yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, Allah telah dihina dengan berkongsi kuasa dengan mahkluk ciptaanNya sendiri, sekaligus cuba memperlihatkan yang Allah itu lemah, perlu kepada sesuatu yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika keesaan kepada Allah ini digadai, maka akan runtuhlah Islam dalam diri mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbaloikah kerana untuk meraikan perayaan orang kafir, dengan Islam dilucutkan daripada kita? <\/p>\n\n\n\n<p>Apa lagi kekurangan dalam perayaan kita ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Disebut dalam banyak riwayat, Rasulullah dan sahabat hanya menyambut Aidilfitri sehari sahaja dan Aidiladha selama empat hari dan dipenuhi dengan bertakbir sepanjang hari. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita di sini, sampai sebulan menyambut Aidilfitri. <\/p>\n\n\n\n<p>Itupun terkadang ada yang ditunda sehingga ke awal bulan Zulkaedah. <\/p>\n\n\n\n<p>Beraya, sampai habis duit, ada yang berhutang. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu pun belum puas lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua raya orang, kita nak turut serta juga.<\/p>\n\n\n\n<p>Masalah yang timbul ialah, kenapa kita bersungguh-sungguh menyahut seruan toleransi yang mereka serukan sedang dalam masa yang sama, kita tidak pernah pun memaksa mereka hadir atau meraikan perayaan kebesaran agama kita? <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka datang, kita sambut. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak datang, kita tak pula kutuk. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita pula tiba-tiba menyibuk dengan perayaan orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Takut dikata kononnya tidak mesra. <\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi kita tinggal dalam negara yang mana kita sebagai tuan rumah. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang merasuk kita?<\/p>\n\n\n\n<p>Bertambah berbelit isu yang sudah jelas ini, apabila masuk pula manusia-manusia jahil yang cuba menormalisasikan perbuatan mereka itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah ada kelonggaran mengucap ucapan kepada mereka, mereka mahu pula berpakaian seperti golongan kafir itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Lagi memeningkan ialah, Krismas itu sendiri tiada dalam Bible mereka dan dikatakan berasal dari sambutan agama pagan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalaulah sudah Kristian sendiri yang mempersoalkan keasbahan perayaan mereka, mengapa kita ini pula yang lebih sudu dari kuah?<\/p>\n\n\n\n<p>Fasha Sandha seorang artis, bangkit mempertahankan apa yang didakwanya sebagai betul iaitu mengenakan anak mereka pakaian Santa Claus. <\/p>\n\n\n\n<p>Dakwa beliau ramai yang cuba menjadi ustaz dan ustazah jadian kerana mengkritiknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ironinya, dia juga cuba menjadi ustazah jelmaan dengan mengkritik balas hal itu, tanpa rujukan mana-mana dalil al-Quran, hadis, ijmak serta qias. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya bersenjatakan lojik sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika beliau tidak mahu dikritik, boleh. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi jangan kaitkan perbuatan dirinya dengan agama secara terbuka. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Islam ada konsep amar makruf nahi mungkar. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai yang boleh buat amar makruf iaitu menyeru kepada kebaikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi apabila ingin mencegah kemungkaran, maka akan ada tentangan yang sangat besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka peminat yang menegur Fasha itu telah menjalankan kewajipan nahi mungkar mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Fasha mestilah meneliti panduan yang diberikan oleh agama, bukan dengan mudah menepis teguran orang ramai dengan lojik akal sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Telah jelas dan sudah banyak panduan yang diberikan, boleh didapati dengan mudah sekali berkenaan hukum menyambut perayaan agama lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia adalah haram. <\/p>\n\n\n\n<p>Berlainan dengan hanya ucapan, ada kelonggarannya mengikut sesetengah pandangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan kerana mahu menjaga imej mungkin, maka Fasha pula melabelkan orang lain yang menegurnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Fasha tidak perlu menyebar fahsya\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Hidup kita dengan masyarakat, bukan keseorangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa-apa yang berlaku, akan dinilai orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Hairan, jika kita membuat hantaran di media sosial, kemudian kita marah apabila dinilai orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi jika kita itu orang ternama dan perbuatan kita itu jelas dan nyata bersalahan dengan hukum agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadilah orang Islam yang taat kepada Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam surah al-Ankabut ayat 45, diterangkan makna al-fahsya\u2019 iaitu perkara yang keji. <\/p>\n\n\n\n<p>Semoga kita semua diampunkan Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<br>29 Disember 2020<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saban tahun, terutamanya bila melibatkan perayaan Krismas, pasti ada isu tasyabbuh iaitu menyerupai kaum yang lain. Sudah menjadi<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5175,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-5174","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5174","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5174"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5174\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5176,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5174\/revisions\/5176"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5175"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5174"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5174"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5174"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}