{"id":5188,"date":"2021-01-03T11:01:52","date_gmt":"2021-01-03T11:01:52","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5188"},"modified":"2021-01-03T11:01:54","modified_gmt":"2021-01-03T11:01:54","slug":"annuar-musa-tegar-pertahankan-keputusan-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/01\/03\/annuar-musa-tegar-pertahankan-keputusan-umno\/","title":{"rendered":"Annuar Musa Tegar Pertahankan Keputusan UMNO"},"content":{"rendered":"\n<p>Semalam mendengar ucapan Annuar Musa. <\/p>\n\n\n\n<p>Suatu ucapan yang ditunggu-tunggu, mungkin kerana beliau dilihat sebagai satu sosok yang &#8216;melawan&#8217; arus dalam UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, bila mendengar ucapan beliau, seolah-olah apa yang beliau lakukan selama ini sebenarnya adalah pendirian UMNO yang sebenar. <\/p>\n\n\n\n<p>Annuar mendakwa beliau berpegang kepada 5 keputusan yang telah UMNO putuskan.<\/p>\n\n\n\n<p> Antaranya ialah: <\/p>\n\n\n\n<p>1. UMNO bersetuju bersama PAS dan bergabung membentuk Perikatan Nasional. <\/p>\n\n\n\n<p>2. UMNO bersetuju dan bersukarela menandatangani dan menyokong SD Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. <\/p>\n\n\n\n<p>3. UMNO bersetuju dalam mesyuarat MKT terkini, UMNO bersetuju tiada kerjasama dengan DAP. No DAP dan No Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p>4. UMNO bersetuju untuk terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional yang kita sebahagian daripadanya. <\/p>\n\n\n\n<p>5. Sokong kerajaan Perikatan Nasional secara en-bloc.Semua 5 keputusan ini berminit dan berfakta. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, Annuar Musa hanyalah mempertahankan keputusan yang telah diputuskan oleh parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Annuar Musa cuba menggambarkan bahawa bukan beliau yang melawan arus parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan beliau hanya berpegang dan melaksanakan keputusan yang telah diputuskan oleh parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun beliau pula dipersalahkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih menarik lagi, Annuar menempelak beberapa pihak yang membuat dan membawa suara yang parti tidak pernah putuskan. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun mereka pula diangkat sebagai hero. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara yang parti tidak putuskan adalah: <\/p>\n\n\n\n<p>1. Memberikan apa-apa sokongan kepada Anwar Ibrahim dalam apa-apa bentuk, parti tak pernah lulus dan beri restu. Namun ada yang membawa suara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>2. Parti tidak pernah putuskan untuk berunding dengan DAP. Namun ada yang buat secara senyap-senyap. Annuar kata, jika betul parti nak berunding dengan DAP, sepatutnya diputuskan oleh parti samaada MKT atau Biro Politik. <\/p>\n\n\n\n<p>3. Parti tak pernah putuskan untuk tolak PAS dan PPBM serta bergerak solo. Namun, hingga kini itulah naratif yang dibawa untuk menolak PPBM. <\/p>\n\n\n\n<p>4. Parti tidak pernah buat keputusan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional. Presiden mengarahkan Timbalan Presiden supaya UMNO bawa gagasan dalam jawatankuasa perunding untuk mencadangkan agar MN tidak didaftarkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika dilihat kepada pendedahan Annuar ini, memang dia dah isytihar &#8220;perang&#8221;. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari satu sudut apa yang sebutkan oleh Annuar agak logik dan seolah-olah gambaran yang dibawa bahawa dia hanya pertahankan keputusan parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini baru pendedahan dari pihak Annuar. <\/p>\n\n\n\n<p>Fasa sekarang, kita tahu dalam UMNO sudah ada kem dan pelbagai suara. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, kita tunggu pula respon balas dari pihak sebelah lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Adapun kerjasama dalam MN atau PN bukan berdasar suara sosok-sosok dan kumpulan dalam setiap parti. <\/p>\n\n\n\n<p>PAU ini menjadi medan setiap sosok dan kem menyuarakan pandangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, persoalan besar dalam PAU kali ini, apa keputusan rasmi UMNO yang sebenarnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana kerjasama politik adalah dari keputusan rasmi parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Sama-sama kita saksikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Fahmi Mokhtar<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semalam mendengar ucapan Annuar Musa. Suatu ucapan yang ditunggu-tunggu, mungkin kerana beliau dilihat sebagai satu sosok yang &#8216;melawan&#8217;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5189,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-5188","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5188","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5188"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5188\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5190,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5188\/revisions\/5190"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5189"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5188"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5188"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5188"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}