{"id":5199,"date":"2021-01-05T15:43:26","date_gmt":"2021-01-05T15:43:26","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5199"},"modified":"2021-01-05T15:43:29","modified_gmt":"2021-01-05T15:43:29","slug":"sesungguhnya-allah-swt-sedang-menguji-saya-bukan-dia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/01\/05\/sesungguhnya-allah-swt-sedang-menguji-saya-bukan-dia\/","title":{"rendered":"Sesungguhnya Allah SWT Sedang Menguji Saya, Bukan Dia&#8230;."},"content":{"rendered":"\n<p>Allah menguji kita melalui pelbagai cara. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedar atau tidak, susah atau senang kita dalam hidup ini adalah medan ujian. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua ujian adalah tarbiyah Allah untuk memberi kita pahala atas kesabaran dan kebaikan yang dilahirkan daripada setiap ujian. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya melaluinya setiap hari sama seperti orang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya kongsikan kisah hari ini sebagai pedoman dan teladan, untuk kita ambil iktibar daripadanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Helaian kertas buku sekolah, berdakwat biru menjadi sepucuk surat dari Kakak &#8216;A&#8217; , ditulis dengan bantuan &#8216;kedai tulis surat&#8217; kepada Menteri Besar Kedah memohon bantuan membeli payung dan meja untuk memulakan perniagaan menjual ikan temenung.<\/p>\n\n\n\n<p>Kakak A pernah membantu pasangannya menjual ayam di kampung. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana masalah yang tidak dapat diselesaikan antara mereka, payung, meja dan takung pun terlepas dari tangannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kakak A ada mencatatkan nombor telefon di hujung helaian surat itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Emir, apa kata kalau kita cuba call kakak ni?&#8217; <\/p>\n\n\n\n<p>Saya sebut kepada Penolong SU Sulit yang sedang menghulurkan sebeban surat-surat baru untuk saya minitkan satu persatu. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Boleh juga bos&#8217;, jawab Emir ringkas.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiga kali dail tidak berjawab. <\/p>\n\n\n\n<p>Kali keempat panggilan saya dijawab. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Assalamualaikum kak, saya &#8216;Jamil&#8217; dari Pejabat MB Kedah. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;MB minta saya call untuk bertanya lebih lanjut tentang surat kak ni.&#8217; <\/p>\n\n\n\n<p>Perbualan pun bermula dengan loud speaker supaya Emir juga dapat mendengar. <\/p>\n\n\n\n<p>Lama juga berbual dan bertanya, dia berterus terang, telus dan polos. <\/p>\n\n\n\n<p>Samaran &#8216;Jamil&#8217; menjadikan kakak A tidak segan untuk bercerita.<\/p>\n\n\n\n<p>Kisah perjalanan rumahtangga, suami, mertua, nafkah, berpisah tergantung dan anak-anak 6 orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya dan Emir sebak terkedu bila dia mula menangis sambil bercerita, dan saya tak dapat bertanya lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami terus mendengar. <\/p>\n\n\n\n<p>Suara saya melekat di lorong kerongkong yang terjerut hiba. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya nampak mata Emir juga merah menakung air mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kesusahannya itu, dia masih mampu membantu orang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia sedang berada di Jabatan Pendafaran Negara (JPN) menguruskan daftar kematian mertua rakannya yang tinggal tidak jauh dari rumahnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami kagum dengan kemurahan hatinya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Kak, pasai kak dah ada dekat dah, MB suruh kak mai terus ke opis kami sebaik selesai di JPN satgi, boleh dak? tanya Jamil.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Buleh encik buleh, satgi saya pi&#8217;, jawab Kak A dalam nada lega.<\/p>\n\n\n\n<p>Sewaktu makan tengahari panggilan dari pondok pengawal masuk. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Hello, En Jamil dari pejabat MB ka ni? <\/p>\n\n\n\n<p>Ada dua orang mai nak minta jumpa, depa bagitau En Jamil suruh mai. <\/p>\n\n\n\n<p>Nak kami hantar ke Pejabat MB ka?&#8217;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Ya ya. Minta depa tunggu sat di ruang reception, lepas makan nanti saya jumpa depa&#8217;. <\/p>\n\n\n\n<p>Nampaknya nombor telefon saya tadi menjadi passport Kakak A di pondok pengawal.<\/p>\n\n\n\n<p>Perjalanan kehidupan berkeluarga beliau kurang bernasib baik, terpisah tapi tergantung. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia membawa 6 orang anak keluar dari rumah, balik berkongsi rumah pusaka ibu dengan adiknya yang masih bujang.<\/p>\n\n\n\n<p>Rumah itu dibelah dua, bahagian depan didiami saudaranya yang sudah berkeluarga. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia dan adiknya berkongsi di bahagian belakang.<\/p>\n\n\n\n<p>Suaminya pula memilih untuk tinggal bersama ibu dan saudara maranya di kampung lain, datang menjenguk anak-anak sekali sekala.<\/p>\n\n\n\n<p>Dialah ibu dialah ayah, tertekan terhimpit, tapi terus berjuang untuk anak-anaknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tergantung, pasrah dan nekad untuk meneruskan hidup bersama anak-anak di sisi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesusahan yang sedang dia tempuhi bagai gunung menghempap kepala. <\/p>\n\n\n\n<p>Kegigihan seorang ibu yang menewaskan ketabahan seorang suami. <\/p>\n\n\n\n<p>Hidupnya hanya untuk anak-anak. <\/p>\n\n\n\n<p>Kisah lanjut tentang rumah tangga mereka yang berliku-liku, saya dengar dan saya simpan, tanpa prejudis, tanpa hukuman. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin ada lagi kisah disebalik ujian ini yang tidak diceritakan kepada saya.<\/p>\n\n\n\n<p>Iktibar&#8230;<\/p>\n\n\n\n<p>Kepada para suami dan ayah, tunaikankanlah tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap tanggungjawab menafkahkan keluarga yang kita letakkan dibahu apabila bergelar suami dan ayah adalah kewajipan yang akan dihisab. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita yang menerimanya, bersekali dengan akad yang kita lafazkan dalam genggaman tangan tok imam. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada siapapun yang memaksa, kita yang memilihnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa saja langkah yang kita pilih sepanjang hidup ini akan memberi kesan kepada isteri dan anak-anak. <\/p>\n\n\n\n<p>Fikir dan pertimbangkan sedalam-dalamnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kembalilah kepada aturan Allah swt, sebaik-baik jalan yang terbentang di depan kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Carilah penyelesaian, jangan biarkan uncang bekalan ke syurga kita terkoyak, tumpah berselerak begitu saja.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Kakak ni kah yang saya call tadi? Saya Jamil&#8217;. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya perkenalkan diri sambil duduk di kerusi sebelah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia memang tidak kenal saya dan dia sambung cerita lagi sambil mengucapkan terima kasih kerana menjemputnya datang ke pejabat.<\/p>\n\n\n\n<p>Lama juga dia mengkisahkan hidup dan anak-anak dalam juraian air mata. <\/p>\n\n\n\n<p>Hening jadinya kakitangan pejabat di bahagian menyambut tetamu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tapak untuk berniaga di pekan Changlon telah ditawarkan oleh seorang rakan yang sudi membantu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebuah kereta proton buruk pusaka ayahnya menjadi gerai jualan ikan temenung di tepi jalan sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Bandaran minta saya meniaga di pekan nat, jadi saya kena ada meja dan payung. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Juai ikan dalam bonet kereta tepi jalan tak buleh dah. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Dapat payung dan meja nanti, saya akan bawa anak-anak saya meniaga di pekan Changlon.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Saya ambik ikan Kola Kerpan sekilo RM3.50, saya boleh juai RM6.00 sekilo. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Tolak modai ketul ais dan minyak kereta, saya buleh dapat RM1.50 sekilo. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Sehari buleh juai 20 kilo tak paa dah.&#8217; <\/p>\n\n\n\n<p>Sepatah demi sepatah kakak A mengkisahkan rancangan pernaigaannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya &#8216;terhiris&#8217; sepotong demi sepotong, dibalut kenangan lama kisah keluarga saya sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Alangkah bernasib baik saya dan Emir yang membuat panggilan telefon, dan menjemput dia hadir ke pejabat. <\/p>\n\n\n\n<div id=\"section-g1a922d\" class=\"wp-block-gutentor-e6 section-g1a922d gutentor-element gutentor-element-image\"><div class=\"gutentor-element-image-box\"><div class=\"gutentor-image-thumb\"><img decoding=\"async\" class=\"normal-image\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/01\/MBKedah01.jpg\"\/><\/div><\/div><\/div>\n\n\n\n<p>Sesungguhnya Allah swt sedang menguji saya, bukan dia&#8230;.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya terhempap batuan gunung sekali lagi apabila bertanya tentang rakan yang dibantu ke JPN, hadir juga bersamanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Diam, sugul dan kosong duduk menunduk di sebelah kakak A. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika kakak A berjurai air mata, dia menggosong bahu menenangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia terpaksa datang dengan motosikal mendaftarkan kematian ibu mertuanya di JPN, suami pula sedang menjalani humuman &#8216;di dalam&#8217;. <\/p>\n\n\n\n<p>Kakak A menawarkan diri meneman, membonceng motosikal. <\/p>\n\n\n\n<p>Asalnya nak datang dengan kereta &#8216;proton buruk&#8217; saya (kakak A yang gambarkan begitu), tapi tayarnya pecah pula.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Kak, kalau tak keberatan, bolehkan bagitau saya pasai apa suami kak kena hukum dok dalam?&#8217; saya cuba bertanya. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Pasai &#8216;kesalahan tu&#8217; lah encik, apa lagi.&#8217; <\/p>\n\n\n\n<p>Suaranya perlahan sangat, matanya menyimpan rasa sedih dan sukar. <\/p>\n\n\n\n<p>(Saya terbayangkan tentang dadah).<\/p>\n\n\n\n<p>Anak kak ada berapa orang?<\/p>\n\n\n\n<p>Anak tiga encik, saya jaga semua, mertua pula meninggal!&#8230;&#8217; <\/p>\n\n\n\n<p>Hari sedih datang bertimpa-timpa. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tahu ramai lagi para isteri ibu dan wanita di luar sana sedang berhadapan dengan ujian-ujian sukar seperti ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Alahaiii sang suami dan lelaki harapan keluarga, apakah yang sedang dan telah kalian jalani, meletak mereka dalam sangkar sesukar ini&#8230;<\/p>\n\n\n\n<p>Ampunkan kami Ya Allah. Ampunkan para suami dan para lelaki.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesudah berkongsi sedikit rezeki untuk payung, meja, takung ikan, pakaian sekolah anak-anak dan modal untuk memulakan bisnes ikan temenung untuk mereka berdua, saya melangkah sambil melayang- layang untuk mempengerusikan mesyuarat MKN tentang langkah menghadapi pandemik covid19 di blok sebelah.<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga ikan temenung dari Kuala Kerpan dan pasar harian Changlun menjadi sumber rezeki yang berkat untuk mereka anak beranak.<\/p>\n\n\n\n<p>Hiduplah kalian dengan anak-anak dengan rahmat belas ehsan Allah swt, yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Kaya, Maha Pemurah. <\/p>\n\n\n\n<p>Semoga ada pahala dalam setiap ujian yang mereka tempuhi.<\/p>\n\n\n\n<p>Doakan kami di sini, pra pemimpin dan pegawai dipermudahkan Allah swt membina negeri yang selamat untuk didiami, tempat berteduh orang miskin, tempat berbakti orang-orang berada. <\/p>\n\n\n\n<p>Ya Allah, bukalah jalan yang mudah bagi kami menjayakan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.<\/p>\n\n\n\n<p>Permudahkanlah Ya Allah bagi kami melunaskan kewajipan kami&#8230;. <\/p>\n\n\n\n<p>Amiiinnn!<\/p>\n\n\n\n<p>Muhammad Sanusi Md Nor<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Allah menguji kita melalui pelbagai cara. Sedar atau tidak, susah atau senang kita dalam hidup ini adalah medan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5201,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[8],"tags":[19],"class_list":["post-5199","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dalam_negeri","tag-dalam_negeri"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5199","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5199"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5199\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5202,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5199\/revisions\/5202"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5201"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5199"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5199"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5199"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}