{"id":5203,"date":"2021-01-05T16:00:35","date_gmt":"2021-01-05T16:00:35","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5203"},"modified":"2021-01-05T16:00:38","modified_gmt":"2021-01-05T16:00:38","slug":"apa-moif-di-sebalik-jajaran-baru-politik-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/01\/05\/apa-moif-di-sebalik-jajaran-baru-politik-umno\/","title":{"rendered":"Apa Moif Di Sebalik Jajaran Baru Politik UMNO?"},"content":{"rendered":"\n<p>Macam tak percaya UMNO, teras cengal politik Melayu ada ura-ura ingin membentuk jajaran politik baru bersama DAP dan PKR. <\/p>\n\n\n\n<p>Suara dan gerak-geri bukan lagi sekadar bersimpang-siur di sebalik tabir. <\/p>\n\n\n\n<p>Kini kemahuan dilontarkan dengan tidak lagi berlapik oleh beberapa orang pemimpin UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini melalui media. <\/p>\n\n\n\n<p>Kini melalui Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, telah kedengaran suara-suara sumbang. <\/p>\n\n\n\n<p>Mat Said di Terengganu, Tengku Razaleigh di Kelantan; dengan PAS diajak berperang.<\/p>\n\n\n\n<p>Bersediakah akar umbi UMNO menerima perjuangan DAP? <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kalangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pun ada pelbagai versi. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah indikator bahawa jajaran baru yang diusahakan oleh kluster mahkamah dan agen-agennya boleh mengundang padah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kes-kes mahkamah adalah malapetaka besar bagi golongan elit politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun wajarkah dasar dan citra politik bangsa dirungkai semata-mata untuk menyelamatkan beberapa kerat pemimpin?<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalannya; sekiranya seseorang pemimpin itu didapati bersalah oleh mahkamah atas kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa, wajarkah didokongi, dipertahankan dan dijemput kembali ke tampuk kuasa? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah ini ajaran dari kitab suci? <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO pernah geger apabila kes mahkamah Lim Guan Eng digugurkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Najib sendiri riuh macam ayam bertelor apabila sekecil kes kuarantin Menteri Perusahaan Perladangan dan Komodi lambat diambil tindakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Takkanlah kes wang berbillion dihamparkan permaidani merah?<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua-ketua Bahagian UMNO boleh memanipulasikan suara akar umbi konon jajaran baru bersama DAP perlu diusahakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Benarkah suara beberapa Bahagian UMNO itu suara akar umbi? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah Ketua Bahagian tidak ada maksud dan hajat tersendiri? <\/p>\n\n\n\n<p>Bukankah mereka fikir bahawa UMNO akan bekuasa semula? <\/p>\n\n\n\n<p>Di situ ghanimah akan menunggu sesiapa yang taat tahap mencium bulu di lengan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bolehlah kata DAP tidak dilibatkan dalam kabinet. <\/p>\n\n\n\n<p>Bodoh sangatkah DAP, sebuah parti yang rasis dan chauvanis? <\/p>\n\n\n\n<p>Mentaliti Malaysian Malaysia nak letak ke mana? <\/p>\n\n\n\n<p>Tergugatnya JAKIM dan Tabung Haji. <\/p>\n\n\n\n<p>Ditentang tulisan Jawi dinaikkan tulisan Cina? <\/p>\n\n\n\n<p>Peruntukan berjuta-juta ke institusi dan sekolah swasta Cina. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemilikan tanah 999 tahun apa cerita? <\/p>\n\n\n\n<p>Abu mayat Chin Peng dan ubah buku sejarah dengan komunis sudah dimaafkan belaka?<\/p>\n\n\n\n<p>Lagipun boleh percayakah kepada watak-watak pembohong besar? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah UMNO tidak mahu mengambil pengajaran daripada janji-janji DAP dan Lim Guan Eng? <\/p>\n\n\n\n<p>Bukankah PAS pernah ditipu atas dasar bersetuju untuk tidak bersetuju? <\/p>\n\n\n\n<p>Bukankah mereka pernah bersetuju PAS melaksanakan Islam? <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila mereka telah kuat, bukankah PAS yang ditendang? <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO nak rasa kena tendang ke? <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat tidak boleh menyekat kemaruk UMNO untuk bersama DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Bolehlah ahli UMNO nak cuba jajaran baru dengan alasan PAS pernah bersama dalam Pakatan Rakyat sepertimana justifikasi Fuad Zakarshi. <\/p>\n\n\n\n<p>PAN yang tahu Islam pun boleh menjadi khadam, apa salahnya UMNO yang masih muda dengan dasar Islam setelah baru dipinda dalam perlembagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS tak menghalang hajat sebahagian pemimpin UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Pergilah, kalau diungkit PAS pernah bersekongkol. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi ingat; PAS berpegang kepada Piagam Muafakat Nasional. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika dilanggari sepertimana DAP pernah melanggari tahaluf siyasi, maka terbatallah MN. <\/p>\n\n\n\n<p>PRU15 nanti Cina-Cina DAP pakatlah pangkah UMNO, Melayu-Melayu UMNO pakatlah pangkah Cina DAP. Adil kan? <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab PAS pernah buat.<\/p>\n\n\n\n<p>Awal-awal lagi DAP dan PH sudah berjaya mengharubirukan UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Pecah dan perintah sudah \u2018trending\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan satu suntikan vaksin beracun, UMNO lumpuh menunggu masa, MN roboh menunggu ketika. <\/p>\n\n\n\n<p>Baru ura-ura pun UMNO sudah terbahagi kepada empat kelompok. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang nak terus bersama PAS dan PPBM. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang nak dengan PAS sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang nak dengan DAP dan PKR. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan ada yang nak kekal sahaja dengan Barisan Nasional. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah Najib dan Zahid Hamidi tidak melihat kecelaruan yang boleh menjahanamkan UMNO ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah yang dibangkitkan oleh Anuar Musa walaupun ketegasannya macam tak popular dalam Majlis Tertinggi UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS hanya tunggu dan lihat. <\/p>\n\n\n\n<p>Itulah pedoman politik Tuan Guru dan Majlis Syura Ulama. <\/p>\n\n\n\n<p>Selagi mana boleh diselamatkan, PAS akan mencubanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Selagi boleh dipaut, dipaut sebelum hanyut. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya dengan perpaduan ummah, Islam akan terpelihara. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu pasti. <\/p>\n\n\n\n<p>Agaknya 22 bulan amat singkat bagi UMNO meratapi sengsara angkara DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Kain masih basah di pinggang. <\/p>\n\n\n\n<p>Dek silau mentari, rela kain secebis hendak dibuang. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO! UMNO! Hinanya motif di sebalik jajaran.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Macam tak percaya UMNO, teras cengal politik Melayu ada ura-ura ingin membentuk jajaran politik baru bersama DAP dan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5204,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-5203","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5203","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5203"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5203\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5205,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5203\/revisions\/5205"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5204"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5203"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5203"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5203"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}