{"id":5272,"date":"2021-01-10T07:54:26","date_gmt":"2021-01-10T07:54:26","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5272"},"modified":"2021-01-10T07:54:28","modified_gmt":"2021-01-10T07:54:28","slug":"pabila-janji-dipungkiri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/01\/10\/pabila-janji-dipungkiri\/","title":{"rendered":"Pabila Janji Dipungkiri"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam politik, janji adalah sesuatu yang amat penting. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini adalah kerana dalam dunia politik, ada sahaja perkara yang berlawanan antara satu sama lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi mendapatkan persamaan atau mengurangkan perbezaan-perbezaan itu, kalau secara zalim, satu pihak akan memaksa pihak yang satu lagi menerima sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan janji pula adalah salah satu cara yang paling lembut, berkesan dan memuaskan hati semua pihak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hasil daripada janji ini, terhasillah dua idea yang saling dipersetujui, bertujuan menghasilkan tujuan yang lebih baik, yang juga dikenali dengan \u2018win-win situation\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Banyak jenis janji dalam politik ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antaranya ialah janji ahli untuk mentaati pimpinan yang dipanggil janji setia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada juga janji pihak yang kalah perang untuk mengaku kekalahan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak lupa juga janji manifesto calon kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS dengan asas pembentukan parti yang berteraskan Islam, pernah menjalinkan perjanjian dengan parti-parti yang tidak mengasaskan dasar mereka dengan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kecuali Umno yang kemudiannya telah membuat usul dalam perlembagaan mereka untuk meletakkan Islam sebagai agenda utama perjuangan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala parti-parti yang lain yang pernah bersama PAS, tidak menjadikan Islam sebagai asas. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila berjanji dengan PAS, mestilah untuk bawa untung kepada Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada yang melanggari persepakatan untuk menentang musuh yang sama, kemudian mereka berpaling tadah pula dan menyertai kumpulan musuh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kadang kala mereka menang bersama musuh dan tidak kurang juga mereka tenggelam bersama musuh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sudah banyak contoh yang dapat kita lihat dalam sejarah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelas bahawa janji-janji ini amat penting dan juga ia sebagai maruah kepada seseorang itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">DS Najib dahulunya amat buruk di mata rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ditambah lagi dengan adanya isteri beliau, menaikkan lagi meluat mata yang memerhati. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau kemudiannya mengambil jalan merapatkan hubungan dengan PAS yang juga tidak sehaluan dengan PH. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS tidaklah dapat menghilangkan pandangan benci orang terhadap Najib. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya PAS pula dituduh sebagai pendukung kezaliman BN di bawah Najib. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun tidak bergabung dengan BN, PAS juga menerima nasib yang sama, kalah dalam PRU. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terlalu besar beban Najib.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemudian, setelah melihat peluang besar yang ada jika PAS bergabung dengan Umno, PH akan dapat dikalahkan, maka PAS dan Umno mengikat satu perjanjian, dinamakan piagam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemudian keduanya pula berjanji dengan Bersatu untuk menyokong PN dan hasilnya, PH kalah sebelum PRU15 hadir. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun manusia, sememangnya begitu, samada mahukan lebih, atau mula lupa pada janji bila sudah menang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam beberapa siri kempen PRK, Najib mula mendapat tempo. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Simpati rakyat mula bersama beliau. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ditambah pula dengan kebencian terhadap PH yang ada di dalamnya DAP yang berjaya ditonjolkan sebagai \u2018taiko\u2019 oleh lawan politiknya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Najib kemudiannya dipercayai difitnah sehingga beliau berani bersumpah bahawa beliau tidak membunuh Altantuya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Najib mengekalkan rentaknya dan terus mendapat sambutan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, panas itu, tidak sampai ke petang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Najib didapati bersalah di mahkamah bagi kes SRC, manakala Zahid dan beberapa pimpinan Umno pula sedang menunggu giliran. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan, terjadilah perjanjian atas perjanjian belakang tabir yang lain yang kemudiannya didedahkan oleh pihak ketiga, iaitu usaha sedang berjalan bagi mengangkat DS Anwar Ibrahim sebagai PM yang baharu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Janji dengan Bersatu dahulu, sudah dikesampingkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walau akan mengakibatkan kerajaan bertukar tangan kepada kumpulan yang mereka benci dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum terdedah, PAS turut diserang iaitu dengan sindiran yang PAS bermain dalam dua kolam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sedangkan kolam-kolam itu, sudah dimaklumi keberadaan PAS di dalamnya sebelum ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi usaha menekan PAS dengan tuduhan itu, kurang berhasil kerana rakyat sudah bijak dan maklumat hanya di hujung jari sahaja bagi mendapat kebenaran. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi PAS masih dikekalkan dalam MN. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka berpusing pula dengan isu KWSP, untuk dilihat sebagai wira.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sudahnya nama yang dicipta Najib dan Zahid melalui isu KWSP, mengalahkan PH, persepakatan dengan PAS dan Bersatu yang disukai rakyat, kini kembali dikutuk kerana menyokong Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia tidak lain kerana kegagalan mereka menunaikan janji-janji. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejarah telah kerap mencetak kisah bagaimana jika seseorang itu gagal dalam melangsaikan janji mereka, merekalah yang akan kecundang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika mereka berjayapun, hidup mereka tidaklah bahagia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS sudah banyak dikhianati rakan sedari dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Janji setia dari ahli sendiri, kemudian mereka menyertai wadah lain yang kononnya lebih Islamik, rahmatan lil alamin katanya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka menang seketika, kemudian beransur-ansur dilihat orang sikap sebenar mereka yang gagal menonjolkan Islamnya mereka, malah lebih dilihat menjadi khadam kepada parti yang bukan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Janji parti bukan Islam, bersetuju untuk tidak bersetuju dengan dasar PAS, dihanyutkan begitu sahaja oleh mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nafsu serakah mereka menggelegak ketika melihat peluang menang di Putrajaya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"> PAS lalu dianggap sebagai beban, pengacau yang mesti mereka buang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya si pemungkir janji itu dibenci oleh sekelian rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekarang mereka dianggap liabiliti, lebih teruk daripada Umno kena dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya fitnah kepada PAS bagi memberikan gambaran jahatnya PAS kepada rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Betapa teguhnya Presiden PAS mengarahkan ahli-ahli membantu rakan gabungan dalam setiap kali PRU. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walau dianggap beban oleh ahli, namun Presiden menegaskan itu adalah rakan kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wajib kita menolong. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan kepayahan, ahli menelan arahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS diakui jemaah yang benar-benar menjaga janji dan setia kawan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itulah buah manis hasil dari jerih perit ahli-ahli kerana menurut kata Presiden walau dalam menjaga hak rakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan mereka yang berkhianat dengan janji-janji mereka pula, dilihat sebagai golongan yang tidak boleh dipercayai. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nama mereka menjadi busuk. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka ahli-ahli PAS jangan merasa gundah gulana jika rakan kita berkhianat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita tetap akan menang, jika tidak di dunia, pasti di akhirat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Asalkan kita teguh dengan janji kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Janji mereka dahulu mahu mengutamakan rakyat, tetapi saban hari meminta PRU ketika Covid 19 masih mengganas. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pabila janji mereka pungkiri, adakah lagi kepercayaan rakyat terhadap mereka? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah merasa selesa dan rakyat sudah menyayangi mereka kembali dengan rekod dahulu? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rakan baharu mereka juga telah membuktikan janji-janji mereka ketika menang, semuanya ke laut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masih mahu bersama mereka? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Atau benar wujud perjanjian yang akan menajiskan sistem keadilan negara?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<br>10 Januari 2021<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam politik, janji adalah sesuatu yang amat penting. Ini adalah kerana dalam dunia politik, ada sahaja perkara yang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5273,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-5272","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5272","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5272"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5272\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5274,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5272\/revisions\/5274"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5273"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5272"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5272"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5272"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}