{"id":5384,"date":"2021-01-22T06:28:28","date_gmt":"2021-01-22T06:28:28","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5384"},"modified":"2021-01-22T06:28:31","modified_gmt":"2021-01-22T06:28:31","slug":"anwar-umno-dan-harapan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/01\/22\/anwar-umno-dan-harapan\/","title":{"rendered":"Anwar, Umno dan harapan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar pernah ketika mudanya dipenjara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kekuatan beliau menggerakkan massa, dikagumi dan menjadi perhatian politikus senior yang sedang mengintai pengganti bagi gerakan masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Zaman dahulu, biasanya ketika menjadi pemimpin pelajar, mereka yang dikenakan hukuman, akan mendapat perhatian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan kebanyakkan mereka selepas daripada itu, akan menyertai dan menjadi orang penting kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antaranya yang lain ialah, Ahmad Shabery Cheek, Ismail Sabri Yaakob. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar selepas dibebaskan, kemudiannya menjadi mesra kepada PAS dan dilihat sebagai figura yang bakal menyinar jika bersama PAS dengan kehebatan yang beliau miliki. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ramai yang menyanjungi beliau, sehinggalah beliau secara tiba-tiba pada tahun 1982, secara sah telah menjadi ahli Umno.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bermula dari tarikh itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam masa yang singkat, tangga jawatan beliau daki. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menjadi Ketua Pemuda Umno, kemudiannya mencuba jawatan Naib Presiden Umno, sehinggalah menumbangkan Tun Ghaffar Baba untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden Umno. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kerajaan pula, menjadi Menteri Pertanian, Belia dan Sukan, Pendidikan dan juga Kewangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umno meyakini mereka berpaut kepada karisma Anwar untuk menggantikan Tun suatu hari nanti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kebergantungan ini lebih jelas dengan imej Anwar sebagai seorang yang dilihat alim. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan pukauan beberapa perkataan yang jarang didengar sewaktu beliau berucap, menambahkan lagi keindahan bahasa, membuatkan ramai yang terpesona. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Waktu itu, pernah Mat Sabu berkata, \u2018Kalau Anwar naik jadi PM, mampuih kita. Hari ni angkat sumpah, Jumaat pi baca khutbah kat Masjid Negara, habih kita\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua tahu apa yang terjadi pada tahun 1998. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau dipecat. Kata beliau, beliau tidak keluar Umno. Masih ramai ahli Umno bergantung dengan beliau. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesannya banyak kerusi yang diperolehi pembangkang pada tahun 1999, walaupun beliau masih berada dalam penjara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah kalah tahun 2004, mungkin beliau sedar yang apapun, beliau mesti meminta bantuan Umno, jika mahu mencapai impiannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau akhirnya dibebaskan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam Umno, masih ramai yang beliau boleh harapkan untuk membantu beliau. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemudian, beliau terpaksa meminta pertolongan Ahli Parlimen Umno untuk menjatuhkan kerajaan pada 16 September 2008. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi tiada yang melayan beliau. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepi tarikh 16 September tanpa peralihan kuasa sebagaimana yang dijanjikan beliau. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada waktu ini, kelemahan beliau terserlah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selepas beliau dipenjarakan kali kedua, beliau bersetuju bagi PH untuk bersama dengan Tun Mahathir, bekas Presiden Umno yang menjadi musuh nombor 1 beliau dahulu, arahan dari dalam penjara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tun yang kononnya membenci Umno, kemudiannya dijadikan Anwar dahan tempat PH bergantung. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan dirinya masih di belakang tirai besi, mahu tidak mahu, PH setuju mengangkat Tun menjadi PM.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan Tun sahaja, tetapi beberapa lagi bekas pimpinan Umno bersama beliau. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semuanya berjalan baik, seperti yang mereka rancangkan, mereka menang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekurang-kurangnya sehingga setahun setengah, sebelum sekali lagi Tun membuat hal dengan beliau yang mana Tun dakwa, Anwar yang sering mendesak beliau melalui orang-orangnya agar meletakkan jawatan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka kembali berkelahi dan Tun menang lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi mendapatkan kembali jawatan PM, Anwar terpaksa meminta bantuan Umno lagi bagi menyokong beliau. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi sayang, orang harapan beliau dalam Umno, gagal melaksanakan rencana itu kerana lebih ramai yang menolak, tidak menyokong beliau. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umno yang dahulunya beliau anggap parti yang telah merosakkan sistem keadilan, terpaksa beliau meminta beberapa kali pertolongan untuk menjadi PM.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidakkah ahli Umno dapat melihat yang kekuatan sebenar Anwar terletak pada Umno? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau hanya menumpang Umno, dari dahulu sehingga sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tanpa bantuan Umno beliau tidak dapat naik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan menjadi kehairanan kepada rakyat yang waras, kenapa ahli Umno perlu menyelamatkan survival politik Anwar, sedangkan betapa kerosakkan yang telah beliau lakukan sehingga Umno berpecah teruk?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari dahulu, dengan gahnya mendabik dada konon akan mendapat jawatan PM. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kali ini terpaksa melalui pintu belakang meminta nyawa dari pemimpin Umno yang bermasalah juga. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenapa ianya dilakukan melalui jalan belakang dan menyembunyikan dari pengetahuan ahli Umno? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jawapannya senang. Dosa adalah sesuatu perbuatan yang salah yang memalukan si pelakunya, pasti dia tidak mahu diketahui orang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalau jalan yang beliau buat ini benar, mestilah Anwar akan mengumumkan dengan gembiranya yang beliau akan bergabung dengan Umno. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tunjukkan rancangan yang beliau akan buat bersama Umno, sebagaimana PH dahulu apabila bekerjasama dengan Tun musuh lamanya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pakatan itu menjadi kebanggaan mereka, dipersetujui ahli, dilakukan secara terang-terangan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tun juga dengan senang hati memakaikan lencana PKR, parti yang dibencinya dahulu ke dada beliau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi sekarang, kenapa kedua-dua Anwar dengan pimpinan Umno itu diam? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hubungan terlarangkah?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah ahli Umno akan menyokong beliau yang pasti bersamanya ada DAP? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masihkah ada harapan Anwar melalui Umno? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahli Umno mesti tahu siapa yang mesti disokong. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inilah peluang terbaik untuk Umno melepaskan diri mereka dari belenggu tuduhan sebagai parti yang memusnahkan sistem keadilan di Malaysia sebagaimana yang dituduh Umno dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Biarkan mahkamah mengadili mereka yang bersalah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<br>22 Januari 2021<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar pernah ketika mudanya dipenjara. Kekuatan beliau menggerakkan massa, dikagumi dan menjadi perhatian politikus senior yang sedang mengintai<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5385,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-5384","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5384","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5384"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5384\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5386,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5384\/revisions\/5386"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5385"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5384"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5384"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5384"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}