{"id":5416,"date":"2021-01-25T07:52:12","date_gmt":"2021-01-25T07:52:12","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5416"},"modified":"2021-01-25T07:52:13","modified_gmt":"2021-01-25T07:52:13","slug":"masa-dulu-masa-kini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/01\/25\/masa-dulu-masa-kini\/","title":{"rendered":"Masa Dulu, Masa Kini"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dulu sekitar tahun 90-an bila ada orang tua-tua bercerita tentang kisah ditahun 60-an, 30 tahun sebelum itu, kita akan rasa ia terlalu lama, terlalu jauh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cerita-cerita perihal duit belanja sebanyak lima sen sudah cukup untuk dibawa ke sekolah, seperti tidak masuk di akal. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesusahan mereka untuk bergerak ke sana, ke mari, tidak dapat kita rasakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kawasan-kawasan mereka tunjuk, yang sudah berubah kerana ditelan pembangunan, kita hanya melopong mendengarnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jarang yang mempunyai kamera, dan mereka yang ada pula, kalangan bangsawan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sungai yang bagi kita biasa-biasa kini, dahulu kata mereka, adalah jernih dan menyamankan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita tidak dapat membayangkan dengan sebaiknya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pekan kecil, yang sewaktu zaman kita, telah menjadi bandar, dulunya sunyi sepi kata mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang ada TV dan radio amat sedikit. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang ada kereta dan telefon, tiada bilangannya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya yang kaya sahaja memilikinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita melihat mereka yang bercerita itu berumur 40 tahun ke atas dan kita merasakan mereka amat tua. Tua renta. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terlalu jauh beza umur dengan kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sewenang-wenangnya mereka kita panggil pakcik atau makcik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun kita tetap menghormati mereka walau tidak mengenali kerana adab dan akhlak kita masih dijaga. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita jauh meninggalkan mereka dalam bidang teknologi. Kita pandai dalam banyak perkara moden.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekarang jika kita pula bercerita tentang hal yang sama pada tahun 80 dan 90-an dan kita dapati anak muda sekarang sukar untuk mempercayainya, kecuali jika ada gambar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita katakan dahulu tambang bas 20 sen sahaja bagi beberapa destinasi, mungkin mereka hanya menjuihkan bibir mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bekal wang saku ke sekolah mungkin 50 sen sudah mencukupi dengan mi 30 sen dan air 20 sen, akan menambahkan lagi kerutan di dahi mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">RM1 adalah dikira mewah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sungai yang kini ibarat longkang dengan warna dan baunya, dahulu adalah sungai yang kita rasakan biasa-biasa sewaktu kita kanak-kanak itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita merasakan 30 tahun lalu amat pantas berlalu, baharu sekejap, masih terbayang-bayang segalanya dalam ingatan walaupun sudah dirobohkan atau ditimbus atau dibina sesuatu yang baharu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia melekat, melekit dalam ingatan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Telaga yang dahulu pernah celik menjadi tempat kita menjiruskan badan, kini sudah menjadi buta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rumah yang pernah kita diami, usang, menanti masa rebah ke bumi, menjadi tugu kenangan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dapur yang berasap samada dengan kayu api atau tempurung. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wakaf tempat kita berkumpul, kini tinggal puing sahaja, sepi tanpa pengunjung. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada harta yang menjadi rebutan waris sehingga berkelahi, ada pula yang tidak diendahkan langsung kerana sudah kaya, tiada punya masa untuk menguruskannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rupanya kaya yang kita kejar dahulu, hanya menjadi bahan buangan waris selepas kita mati. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konon bagi menjamin rezeki mereka di masa depan, sebaliknya mereka pula jauh lebih kaya daripada kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi ironinya, sehingga kini, kita merasakan kita masih muda pada umur 40-an, 50-an. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masih rasa bertenaga. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mungkin atas alasan itu, umur persaraan mahu dilanjutkan bagi pekerja? Entahlah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita merasa kurang senang jika ada orang muda, apatah bagi lelaki jika ada gadis-gadis memanggil kita pakcik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terkadang kita marah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lupa bagaimana pandangan kita terhadap orang yang seusia kita dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita yakin boleh bersaing dengan lapisan muda dalam hal teknologi kerana kita juga mempunyai asas teknologi, malah pada zaman kitalah berbagai teknologi diperkenalkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menambahkan lagi lupa kita kepada Allah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Segalanya masih baru bagi kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak terasa alam remaja dan muda sudah lama meninggalkan kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sememangnya masa berlalu pantas, amat pantas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita masih leka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lalu sering mengharapkan dosa kita diampunkan sang Gusti, sambil kita melayan angan-angan kita yang panjang itu, sepanjangnya umur kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita masih berharap untuk hidup lebih lama, kaya, sihat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita tidak berusaha menambah pahala. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Atau jika kita lakukan pahala, ilmunya entah dari mana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita percaya, kita akan dimaafkan Allah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita insaf sebentar sewaktu menghantar jenazah rakan kita ke kubur. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi adakalanya, kita masih tertawa di tepi liang lahad, bergurau senda, bertemu rakan lama. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8216;Mini Reunion&#8217; di tepi makam saudara kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seperti kita tidak akan masuk ke dalamnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang menukil ini juga tidak terlepas dari segala ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukanlah yang menulis ini lebih baik daripada yang membaca. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia sekadar coretan ingatan buat kita semua. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adalah anda mencari isi politik untuk menjadi sindiran? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maaf tulisan ini tiada inti politik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kosong politik, sekosong karipap yang dijual sekarang, berintikan oksigen. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lain kali insyaAllah, kita isikan dengan politik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia sekadar tulisan peringatan diri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<br>25 Januari 2021<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dulu sekitar tahun 90-an bila ada orang tua-tua bercerita tentang kisah ditahun 60-an, 30 tahun sebelum itu, kita<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5417,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[8],"tags":[19],"class_list":["post-5416","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dalam_negeri","tag-dalam_negeri"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5416","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5416"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5416\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5418,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5416\/revisions\/5418"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5417"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5416"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5416"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5416"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}