{"id":5530,"date":"2021-02-08T17:06:38","date_gmt":"2021-02-08T17:06:38","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5530"},"modified":"2021-02-08T17:06:39","modified_gmt":"2021-02-08T17:06:39","slug":"ruu355-saya-setuju-dengan-datuk-seri-saifuddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/02\/08\/ruu355-saya-setuju-dengan-datuk-seri-saifuddin\/","title":{"rendered":"RUU355: Saya Setuju Dengan Datuk Seri Saifuddin"},"content":{"rendered":"\n<p>Saya sangat bersetuju dengan pertanyaan Datuk Seri Saifuddin Nasution berhubung Rang Undang-undang Akta 355 iaitu setakat manakah ia diusahakan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada saya, pertanyaan itu yang ditujukan kepada Ahli Parlimen PAS sangat \u2018valid\u2019 kerana ia sekaligus menunjukkan pengiktirafan beliau terhadap PAS sebagai parti yang bersungguh-sungguh bersuara ke arah pemerkasaan undang-undang syariah. <\/p>\n\n\n\n<p>Pertanyaan yang sama tidak kedengaran ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan kerana semua orang tahu PH bukanlah pakatan politik yang boleh diharapkan untuk mengusahakan perkara ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan ketika menjadi kerajaan pun, ia bukanlah agenda beliau dan partinya kerana semua orang tahu agenda utama beliau dan partinya hanyalah memastikan individu tertentu menjadi Perdana Menteri. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu sahaja, tidak lebih dan tidak kurang.<\/p>\n\n\n\n<p>Hanya yang saya agak pelik, apabila disebut bahawa, \u2018Tiada desakan sekelumit pun di Parlimen oleh 18 ahli-ahli parlimen parti Islam termasuk Marang,\u201d yang ini saya agak pelik. <\/p>\n\n\n\n<div id=\"section-g2ee91e\" class=\"wp-block-gutentor-e6 section-g2ee91e gutentor-element gutentor-element-image\"><div class=\"gutentor-element-image-box\"><div class=\"gutentor-image-thumb\"><img decoding=\"async\" class=\"normal-image\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/ruu35504.jpg\"\/><\/div><\/div><\/div>\n\n\n\n<p>Kerana jika dibuat carian dengan mudah di laman parlimen, boleh sahaja didapati di dalam Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat pada 26 November 2020 bahawa saya telah bangun bertanya kepada Perdana Menteri berhubung menyatakan usaha-usaha yang telah dijalankan setakat ini untuk memastikan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dapat dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Soalan saya dijawab oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary secara terperinci menggariskan pelan bertindak kerajaan ke arah memastikan usaha menaiktaraf kuasa mahkamah syariah ini dapat dilaksana termasuklah melakukan perundingan pihak berkuasa negeri yang merupakan pemegang taruh dalam hal ehwal agama di negeri masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga boleh dirujuk dengan mudah di laman web parlimen.<\/p>\n\n\n\n<div id=\"section-g19524f\" class=\"wp-block-gutentor-e6 section-g19524f gutentor-element gutentor-element-image\"><div class=\"gutentor-element-image-box\"><div class=\"gutentor-image-thumb\"><img decoding=\"async\" class=\"normal-image\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/ruu35503.jpg\"\/><\/div><\/div><\/div>\n\n\n\n<p>Saya faham kenapa beliau terlepas pandang berhubung soalan saya dan jawapan kerajaan ini, kerana pada tarikh tersebut ialah 26 November 2020 iaitu hari pengundingan Belanjawan 2021 yang menyaksikan hanya 13 orang Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk memohon undi belah bahagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Barangkali pada sebelah pagi sebelum penggulungan Menteri Kewangan, pembangkang sedang bermesyuarat dengan hebatnya (meminjam istilah Ahli Parlimen Arau) sehingga terlupa bahawa persidangan Dewan Rakyat bermula jam 10 pagi setiap hari dengan soal jawab lisan. <\/p>\n\n\n\n<p>Menyatakan \u2018langsung tiada usaha\u2019 Ahli Parlimen PAS untuk bertanya tentang RUU355 ini ialah satu tuduhan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ia disengajakan, ia menjadi fitnah. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak disengajakan (kerana terlepas pandang mahupun tertidur), bolehlah diperbetulkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bertanya kepada pihak kerajaan apakah perkembangannya barangkali lebih tepat. <\/p>\n\n\n\n<p>Menyatakan kami Ahli Parlimen PAS sebagai langsung tidak bersuara sedikit kurang tepat Yang Berhormat Datuk Seri.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan ini bukan kali pertama Datuk Seri Saifuddin Nasution silap fakta tentang Ahli Parlimen PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika pembentangan belanjawan pun, jawapan beliau di dalam ruang Facebook kepada soalan seorang pengguna FB berhubung kehadiran YB Marang, beliau menyatakan, \u201cTuan Guru Haji Hadi tiada dalam dewan sekarang\u2026 tidak hadir\u201d sedangkan YB Marang hadir ketika pembentangan belanjawan tersebut. <\/p>\n\n\n\n<div id=\"section-ga029ab\" class=\"wp-block-gutentor-e6 section-ga029ab gutentor-element gutentor-element-image\"><div class=\"gutentor-element-image-box\"><div class=\"gutentor-image-thumb\"><img decoding=\"async\" class=\"normal-image\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/ruu35502.jpg\"\/><\/div><\/div><\/div>\n\n\n\n<p>Itupun saya tidak pasti, fakta itu diperbetulkan atau tidak.<\/p>\n\n\n\n<p>Soalan kepada pihak kerajaan, biarlah kerajaan yang menjawabnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekian, terima kasih.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Fadhli bin Shaari<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Parlimen Pasir Mas.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya sangat bersetuju dengan pertanyaan Datuk Seri Saifuddin Nasution berhubung Rang Undang-undang Akta 355 iaitu setakat manakah ia<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5535,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-5530","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5530","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5530"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5530\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5536,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5530\/revisions\/5536"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5535"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5530"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5530"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5530"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}