{"id":5574,"date":"2021-02-16T05:59:48","date_gmt":"2021-02-16T05:59:48","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5574"},"modified":"2021-02-16T05:59:50","modified_gmt":"2021-02-16T05:59:50","slug":"pahala-berganda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/02\/16\/pahala-berganda\/","title":{"rendered":"Pahala Berganda"},"content":{"rendered":"\n<p>Allah menguji lagi Presiden PAS dengan kesakitan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pernah dahulu, ketika beliau menghadapi ujian yang sama, ada manusia yang buruk akhlaknya, mempersendakan beliau kerana ujian sakit itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah jelasnya bagaimana Allah mahu mengangkat darjat sang murabbi. <\/p>\n\n\n\n<p>Diujikan sakit, beliau bersabar, beliau mendapat pahala. <\/p>\n\n\n\n<p>Dihantar pula si mulut jahat untuk menghina, menambahkan lagi pahala sabar beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah dalam banyak keadaan, beliau tidak tahupun ada orang menghina, tetapi pahala tetap diperolehi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dikurniakan Allah keilmuan dan kepakaran, beliau mengajar, pahalanya terus mengalir. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau kemudian difitnah sebagai pembawa ajaran sesat, beliau bersabar, pahalanya terus berlipat-lipat kerana sabar.<\/p>\n\n\n\n<p>Dianugerahkan pangkat oleh Allah, lalu beliau gunakan bagi menegakkan Islam semampunya, hasanahnya berjalan terus atas jasanya itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu didatangkan pula pembencinya dengan membawa penghinaan, beliau bersabar, maka pahalanya terus menimbun.<\/p>\n\n\n\n<p>Dihadirkan keluarga, lantas beliau mendidik seluruh keluarganya menjadi keluarga yang taat untuk kekal berada pada landasan Islam, pahala beliau berjalan terus. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian dihadirkan perasaan dengki oleh musuhnya, lalu membuat fitnah, maka pahalanya terus digandakan kerana sabarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dikalungkan kekayaan dunia, beliau mewakafkan harta-harta itu bagi kebaikan akhirat beliau, pahala sedekah itu tidak terputus sehingga akhirat. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu diutuskan pemfitnah menuduh beliau gilakan harta dan menyeleweng, maka pahalanya terus menggunung kerana tuduhan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah cara Allah mengadiahkan kepada ulamak pahala. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia sentiasa bertambah, berganda, tidak putus, berkembang sehingga kiamat. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiadalah beliau didengki oleh semua orang kerana dua sebab. <\/p>\n\n\n\n<p>Pertama dengki kerana mahu mengikut jejak langkah beliau atas nama Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan kedua atas nama hasad yang mahu menghapuskan beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Pilihan ada di tangan sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Akibatnya juga ditanggung sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun malang, akhirat itu bukan kepunyaan kita sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia kepunyaan Allah yang akan menentukan balasan, mengikut kehendakNya. <\/p>\n\n\n\n<p>Hiduplah sebagaimana yang kamu mahukan, tetapi ingat, hidup ini ada aturan yang Allah tetapkan dan kamu akan mati, berjumpa dengan-Nya.<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga Allah kurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik kepada Presiden PAS, bagi beliau terus membimbing ummah. Amiin.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<br>16 Februari 2021<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Allah menguji lagi Presiden PAS dengan kesakitan. Pernah dahulu, ketika beliau menghadapi ujian yang sama, ada manusia yang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5575,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[48],"tags":[49],"class_list":["post-5574","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kesihatan","tag-kesihatan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5574","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5574"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5574\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5576,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5574\/revisions\/5576"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5575"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5574"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5574"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5574"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}