{"id":5581,"date":"2021-02-17T08:53:20","date_gmt":"2021-02-17T08:53:20","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5581"},"modified":"2021-02-17T08:53:24","modified_gmt":"2021-02-17T08:53:24","slug":"dikaulah-murabbi-ku","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/02\/17\/dikaulah-murabbi-ku\/","title":{"rendered":"Dikaulah Murabbi Ku"},"content":{"rendered":"\n<p>2021, adalah tahun ke-6 saya berkhidmat kepada seorang sosok tubuh Ulama Negarawan, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sungguh banyak ilmu dan pengalaman yang dipelajari daripada universiti tarbiah Tok Guru.<\/p>\n\n\n\n<p>Semakin kenal, semakin sayang dan bertambah hormat padanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara banyak perkara yang saya pelajari di sebalik ketokohan Tuan Guru yang lebih mesra kami panggil dengan Ayah Chik, kami banyak belajar tentang;<\/p>\n\n\n\n<p><strong>1. Disiplin masa<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Tiada istilah &#8216;janji Melayu&#8217;, janji mula mesyuarat 9 pagi, pukul 9 pagi itu juga Tuan Guru sudah berada di kerusi untuk mempengerusikan mesyuarat.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>2. Banyak membaca dan menulis<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ini memang kami sangat tercabar dan tidak mampu menandingi kehebatan Ayah Chik, sampai kami tidak terkejar dibuatnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Sering kawan-kawan bertanya, &#8220;Bila Ayah Chik menulis?&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Pergi balik ke program bersama kami, tapi keesokan pagi sudah hantar kepada kami artikel baharu dan berkongsi pembacaan yang sangat meluas, merentasi politik nasional sehingga membawa kami memahami geopolitik antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak masuk lagi topik sejarah ketamadunan yang diingatinya, kadang-kadang kami hanya mampu mengangguk, mengiyakan segala fakta yang dicurahkan kepada kami. <\/p>\n\n\n\n<p>Nama dan tarikh setiap peristiwa tersemat kukuh dalam ingatannya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>3. Tegas dan firm dalam keputusan dan tindakan <\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Tegas dengan hujah yang kuat, pada masa yang sama sentiasa terbuka mendengar pandangan pimpinan dan ahli. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak mudah goyah dengan celaan dan hinaan musuh-musuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Terus melangkah dengan penuh gagah dan yakin. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>4. Apa jua tindakan politik mesti utamakan kepentingan Islam<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Berpakat, bertaawun dan bersatu padu hanya untuk melihat Islam menjadi dominan dalam pemerintahan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika terpaksa menangguhkan kemenangan dunia sementara demi menjaga kepentingan Islam yang lebih utama, maka jalan itu diambil. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>5. Sabar dalam tindakan, jangan gopoh<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Selalu diberi pesanan, kita baru masuk gear satu, jangan gopoh masuk gear lima terus. <\/p>\n\n\n\n<p>Bergerak secara tersusun dan terancang dalam menggerakkan tindakan politik.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>6. Politik itu seni, bukan straight forward<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Politik perlu dibaca dengan ilmu, pengalaman dan bacaan politik yang tajam. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan dilihat hanya satu lapis dan secara mudah semata-mata, tapi perlu melihat lebih jauh dan banyak lapis.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>7. Pangkat dan kemewahan bukan yang dikejar<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Bila Tuan Guru bercakap, tiada yang berani menyanggah dan tunduk akur. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana dia menunjukkan qudwah, tiada kecintaan dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Lihatlah rumahnya di Kampung Rusila. <\/p>\n\n\n\n<p>Di situlah terserlah keizzahannya, tidak terpalit dengan salah laku atau ada conflict interest, sehingga berani buat keputusan dan teguran hatta kepada mereka yang lebih berkuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak takut kehilangan nikmat dunia yang sementara kerana dia hanya mengejar akhirat yang kekal abadi.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>8. Solat tempat rehat<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ya, kami lihat Tuan Guru akan panjangkan bacaan dalam solat, dan duduk berzikir. <\/p>\n\n\n\n<p>Mulutnya terkumat kamit membaca wirid, tidak cepat-cepat bingkas bangun sebaik sahaja memberi salam. <\/p>\n\n\n\n<p>Solat menjadi tempatnya untuk berehat sejenak sebelum menyambung tugasan lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Itulah Tuan Guru kami, murabbi yang memimpin rohani dan akal kami. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhlaknya qudwah, bicaranya penuh hikmah.<\/p>\n\n\n\n<p>Doakan Tuan Guru terus gagah memimpin ummah menegakkan Islam di bumi Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Abd Malek Razak<\/p>\n\n\n\n<p>SU Akhbar Presiden PAS<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>2021, adalah tahun ke-6 saya berkhidmat kepada seorang sosok tubuh Ulama Negarawan, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5582,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[8],"tags":[19],"class_list":["post-5581","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dalam_negeri","tag-dalam_negeri"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5581","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5581"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5581\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5583,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5581\/revisions\/5583"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5582"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5581"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5581"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5581"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}