{"id":5610,"date":"2021-02-21T10:06:22","date_gmt":"2021-02-21T10:06:22","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5610"},"modified":"2021-02-21T10:06:22","modified_gmt":"2021-02-21T10:06:22","slug":"mengimbau-pergolakan-di-saadah-yaman-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/02\/21\/mengimbau-pergolakan-di-saadah-yaman-2\/","title":{"rendered":"Mengimbau Pergolakan Di Saadah, Yaman 2"},"content":{"rendered":"\n<p>Pada coretan minggu lepas saya telah mengimbau misi keamanan Saadah pada tahun 2010 yang di usahakan Dato&#8217; Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. <\/p>\n\n\n\n<p>Sahabat saya Ustaz Ahmad Bilal Rahuddin-Abu Fatih (Ketua Pemuda PAS Melaka) mengingatkan saya kembali latar pada misi keamanan Saadah, Yaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah yang menjadi latar kepada misi keamanan ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Jawapannya adalah pertemuan Sheikh Dr Yusuf Al-Qardawi dengan Tuan Guru Presiden setelah selesai menerima anugerah Tokoh Ma&#8217;al Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 hijrah pada 18 Disember 2009.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila Kerajaan Malaysia memberikan jemputan pada Alqardawi untuk memberikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara syarat yang diberikan oleh Alqardawi adalah Kerajaan Malaysia tidak boleh menghalang beliau untuk bertemu mana-mana pihak di Malaysia sekiranya beliau hadir. <\/p>\n\n\n\n<p>Syarat itu di persetujui oleh Kerajaan ketika itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Alqardawi mengunakan kesempatan tersebut untuk bertemu Tuan Guru Presiden dan menyampaikan hasrat beliau agar Tuan Guru Presiden pergi ke Yaman membawa Misi Keamanan di Saadah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pergolakan dan perang saudara di Saadah, Yaman bermula dari 2004 serta berlanjutan sehingga mengorbankan lebih 6000 nyawa pada 2010. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesatuan Ulamak Sedunia di bawah pimpinan Alqardawi menyatakan kebimbangan pergolakan ini akan diambil kesempatan oleh musuh-musuh Islam sekiranya tidak diselesaikan dengan kadar segera.<\/p>\n\n\n\n<p>Alqardawi melihat tokoh yang paling sesuai membawa misi keamanan di Saadah Yaman adalah Tuan Guru Presiden. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana usaha-usaha Tuan Guru Presiden menyatukan dunia Islam adalah tidak asing. <\/p>\n\n\n\n<p>Tuan Guru Presiden pernah terlibat membawa misi penyatuan di Afghanistan, Iraq dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah Tuan Guru Presiden merupakan antara tokoh yang disegani oleh pemimpin Gerakan Islam Sedunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini boleh di lihat kesungguhan Sheikh Dr Ahmad Ar-Raisuni apabila tiba di Malaysia pada disember 2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berhajat untuk bertemu bersungguh-sungguh adalah Tuan Guru Presiden.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertemuan Alqardawi dan Tuan Guru Presiden di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut pada Disember 2009, menatijahkan usaha pada Misi Keamanan di Saadah yang akhirnya membendung perang saudara yang berpanjangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi saya layaklah Tuan Guru Presiden dinobatkan sebagai &#8216;Bapa Penyatuan Ummah&#8217;. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana usaha penyatuan yang dibawa bukan hanya di dalam negara tetapi di luar negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Tuan Guru Presiden menunjukan kepada kita suatu contoh yang besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana ilmuwan Islam mesti berperanan menyatukan ummah dan bukan hanya berbahas perkara-perkara yang kecil. <\/p>\n\n\n\n<p>Jiwa besar beliau membawa perdamaian di banyak tempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau meletakan kepentingan Islam melebihi segala-galanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau rela dirinya dikritik semata-mata membawa misi yang lebih besar pada ummah. <\/p>\n\n\n\n<p>Coretan ini untuk mengajak kita berfikir dan meneladani beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila berbicara tentang penyatuan melayu Islam ianya IKHLAS bukan kerana kepentingan peribadi tetapi untuk ummat.<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalannya siapakah akan meneruskan legasi dan gagasan beliau? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah abnaul harakah benar menghadami gagasan yang dibawa Tuan Guru Presiden atau terhenti sekadar memuji beliau?<\/p>\n\n\n\n<p>Jawapannya pada anda.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang pasti Tuan Guru Presiden mengharapkan legasi dan gagasan ini akan terus di sambung oleh abnaul harakah. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka menjadi tanggungjawab kita dalam pengkaderan ahli menekankan Tafsir Al-Quran, Hadith Nabi, Sirah nabawiyyah, Fiqhul Khamsah dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Agar kader yang di lahirkan mempunyai pengetahuan yang luas dan mampu menjadi Generasi penerus perjuangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan menyertai perjuangan ini semata-mata kerana semangat tetapi dengan ilmu. <\/p>\n\n\n\n<p>Program-program mengilmukan kader-kader mesti dilaksanakan dengan tersusun rapi agar perjuangan ini tetap kukuh hingga keakhirnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tidak mahu generasi yang memuja dan memuji tetapi kita mahukan generasi &#8216;Pewaris Perjuangan&#8217;!<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\u0627\u0628\u0648 \u0645\u0639\u0627\u0630 \u0634\u0643\u0631\u064a \u0639\u0645\u0631<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada coretan minggu lepas saya telah mengimbau misi keamanan Saadah pada tahun 2010 yang di usahakan Dato&#8217; Seri<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5569,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[6],"class_list":["post-5610","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-luar_negeri","tag-luar-negeri"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5610","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5610"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5610\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5611,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5610\/revisions\/5611"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5569"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5610"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5610"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5610"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}