{"id":5615,"date":"2021-02-21T14:20:34","date_gmt":"2021-02-21T14:20:34","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5615"},"modified":"2021-02-21T14:24:22","modified_gmt":"2021-02-21T14:24:22","slug":"kes-jenayah-perang-israel-di-palestin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/02\/21\/kes-jenayah-perang-israel-di-palestin\/","title":{"rendered":"Kes Jenayah Perang Israel Di Palestin"},"content":{"rendered":"\n<p>Sudah seminggu sebenarnya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) membuat keputusan bahawa mereka mempunyai kuasa bagi membicarakan kes jenayah perang di Tanah Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Tapi tidak ada sambutan (yang saya perasan) daripada kerajaan Malaysia kecuali TG Presiden PAS yang menulis panjang daripada katil hospital beberapa hari lepas. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan keputusan itu memberi pengiktirafan secara tidak langsung kepada Palestin sebagai negara berdaulat. <\/p>\n\n\n\n<p>Kecuali Turki, tiada sanjungan signifikan daripada negara-negara Islam &#8211; seolah-olah membenarkan berita bahawa kebanyakan negara ini sedang dalam proses bagi menormalisasikan hubungan dengan negara haram Yahudi.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbeza dengan situasi dahulu yang mana Malaysia menjadi negara penggerak dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang menjayakan resolusi kecaman pertama ke atas Israel. <\/p>\n\n\n\n<p>Resolusi kecaman inilah yang akhirnya menjadi asas kepada kewujudan pertuduhan jenayah perang kepada negara itu di ICC.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana ceritanya?<\/p>\n\n\n\n<p>Begini, pada 22 Disember 2016, Mesir ketika itu dijadualkan untuk mengemukakan resolusi anti Israel kepada UNSC. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi disebabkan tekanan yang terlalu besar, Presiden Abdel Fatah Al-Sisi kemudiannya telah menangguhkan pembentangan resolusi tersebut &#8211; satu khabar gembira buat Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan kata lain, Mesir kalah sebelum berjuang dan Israel ketika itu menganggap tidak ada lagi negara yang berani mengemukakan usul anti mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan ketika itu amat genting. <\/p>\n\n\n\n<p>Tempoh tamat keanggotaan negara anggota UNSC pada penggal tersebut adalah pada 31 Disember 2016. <\/p>\n\n\n\n<p>Pihak Sepanyol pula selaku pengerusi UNSC memutuskan untuk menamatkan mesyuarat pada 24 Disember 2016. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya 2 hari sahaja tinggal untuk mana-mana negara mempertahankan Palestin di peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa sebeginilah, Wisma Putra berjaya memainkan peranan luar biasa dengan mengadakan pakatan 4 negara untuk memulakan proses kelulusan usul anti Israel. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya pada 23 Disember 2016, Malaysia bersama-sama 3 negara anggota Majlis Keselamatan lain &#8211; New Zealand, Senegal dan Venezuela telah mengemukakan Resolusi 2334. <\/p>\n\n\n\n<p>Resolusi ini bermaksud untuk mengecam penempatan haram Israel di bumi Palestin dan mendesak Israel menghentikan kekejaman tersebut <\/p>\n\n\n\n<p>[1] Resolusi ini diluluskan dengan keputusan 14-0 dengan AS sebagai negara yang sering memveto keputusan UNSC berkenaan Israel (42 kali) akhirnya mengambil keputusan berkecuali. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah kali pertama resolusi mengecam Israel dalam pendudukannya di Palestin diluluskan semenjak Resolusi 446 pada tahun 1979 <\/p>\n\n\n\n<p>[2] Resolusi ini membolehkan mana-mana pihak untuk membawa Israel atau warganya yang terlibat di dalam penempatan haram dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). <\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga menyebabkan segala pendudukan Israel di bumi Palestin selepas garisan sempadan tahun 1967 dikira haram dan tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>[3][4][5] Disebabkan usul yang dikemukakan ini juga dibuat dalam waktu yang tidak dijangka, Israel tidak cukup masa untuk melobi negara negara UNSC lain termasuk AS. <\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi Israel menjangkakan tidak ada negara lain yang berani mengemukakan resolusi ini selepas berjaya menundukkan Mesir untuk menghentikan proses usul tersebut sehari sebelumnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejutan resolusi ini menyebabkan Israel memanggil pulang dutanya daripada Senegal dan New Zealand serta mengecam Presiden Barack Obama kerana gagal &#8216;mempertahankan&#8217; Israel. <\/p>\n\n\n\n<p>Israel juga membatalkan pelbagai program diplomatik dengan negara-negara UNSC termasuk lawatan Perdana Menteri Ukraine ke negara mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>[6] Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu juga menerima tekanan politik dalaman negara apabila dikecam oleh pemimpin utama pembangkang Isaac Herzog. <\/p>\n\n\n\n<p>The Times of Israel pula menyifatkan tindakan panik Netanyahu tersebut sebagai cubaan untuk berperang dengan seluruh dunia <\/p>\n\n\n\n<p>[7] Kejayaan resolusi ini menunjukkan bagaimana kehebatan Wisma Putra mengadakan diplomasi tahap tinggi dengan semua kuasa-kuasa besar dunia bagi membolehkan wujudnya pembelaan ke atas Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Perancis contohnya memuji resolusi tersebut dengan katanya &#8220;inilah kali pertama Majlis Keselamatan melakukan sesuatu yang betul di dalam konflik ini&#8221; sementara Russia pula secara terbuka menyatakan kekaguman mereka dengan cara resolusi tersebut dikemukakan <\/p>\n\n\n\n<p>[8] Begitulah pentadbiran kerajaan dahulu mendepani cabaran konflik hubungan antarabangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada retorik, tiada ucapan &#8216;heroic&#8217; di pentas dunia, cukup berstrategi dalam berdepan dengan kuasa politik luar dan berani melakukan &#8216;bold action&#8217; dan &#8216;exceptional measures&#8217; dalam keadaan luar biasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Oh ya, dan DS Najib Razak masih kekal sebagai satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang berani mempertaruhkan nyawa melawat Gaza. <\/p>\n\n\n\n<p>Gambar di bawah adalah lawatan tersebut pada Januari 2013<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Rahim Hilmi Zakariya<\/p>\n\n\n\n<p>Kuala TerengganuRujukan:<\/p>\n\n\n\n<p>[1] <a rel=\"noreferrer noopener\" href=\"https:\/\/l.facebook.com\/l.php?u=https%3A%2F%2Fwww.un.org%2Fpress%2Fen%2F2016%2Fsc12657.doc.htm%3Ffbclid%3DIwAR3bwGDsuUZRHe6YoqTuxZu5Qg_1zpoHUNJb0hXWwcu4AE8_ZNV2ZplZ5SI&amp;h=AT3AUMDRJHjj7jdPHveDs3CYc2l0C6Um709uv5qIsWR-2KUrkTYK5nRYe98KNuP17zaOYQQ6OjtnsENeJ_5fFazfosF7rNYPBXjBFdH4NmlBC4Df34xGsUS9XP8zsOmrZg53&amp;__tn__=-UK-y-R&amp;c[0]=AT1H7s76BqWWjLz_h-QXwrcn7budGsSuTg5yCcjkn_3FnmKdkWdi2xZMIEj-mnONa5uMfVLFP-b9jARaBHspPckKZsOvYl0G9hyuz8vWmhbdas7zD-EwISQs9UViP1fIhbdtdjqW-nqleHF3yYjPI9Ma6gXYJIMa2aT4sIQZn2PAjAR0Ag\" target=\"_blank\">https:\/\/www.un.org\/press\/en\/2016\/sc12657.doc.htm<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>[2] United Nations Security Council Resolution 446, 22 March 1979<\/p>\n\n\n\n<p>[3] <a rel=\"noreferrer noopener\" href=\"https:\/\/www.ynetnews.com\/articles\/0,7340,L-4897773,00.html?fbclid=IwAR2Qgfdl2aDP_kOYhgW-VLxOnyWlixXNYKgadIs0Wh1xRCSJ1WBYpJpZ3g0\" target=\"_blank\">https:\/\/www.ynetnews.com\/articles\/0,7340,L-4897773,00.html<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>[4] <a rel=\"noreferrer noopener\" href=\"https:\/\/harvardlawreview.org\/2017\/06\/u-n-security-council-resolution-2334\/?fbclid=IwAR0GWmXVqPaBbQDgG1S-n1Fur3W2CIY8PlrtjinF0epmKBoR4to9yULWXyY\" target=\"_blank\">https:\/\/harvardlawreview.org\/&#8230;\/u-n-security-council&#8230;\/<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>[5] <a rel=\"noreferrer noopener\" href=\"https:\/\/lobelog.com\/the-real-impact-of-un-resolution-2334-has-yet-to-come-2\/?fbclid=IwAR0a21pTnRTrVt2vFnvYtuehuV6zq1H1wRPEO70gH6vfC9yDs74wVn7eHLI\" target=\"_blank\">https:\/\/lobelog.com\/the-real-impact-of-un-resolution&#8230;\/<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>[6] <a rel=\"noreferrer noopener\" href=\"https:\/\/www.nytimes.com\/2016\/12\/24\/world\/middleeast\/trump-may-complicate-israeli-diplomacy.html?hp&amp;action=click&amp;pgtype=Homepage&amp;clickSource=story-heading&amp;module=first-column-region&amp;region=top-news&amp;WT.nav=top-news&amp;_r=0&amp;fbclid=IwAR1FvE0AbCJbZp61o9Ov5rqBimxGuG_N9Cjx8IQG59N_QFE2cW2pdAWDLAI\" target=\"_blank\">https:\/\/www.nytimes.com\/&#8230;\/trump-may-complicate-israeli&#8230;<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>[7] <a rel=\"noreferrer noopener\" href=\"https:\/\/www.timesofisrael.com\/netanyahu-goes-to-war-with-the-world\/?fbclid=IwAR2KTZme_p29SDIjML0Z5AsHAuqxsMKveW5PsTv4aceT43INxoMuFtGlWTU\" target=\"_blank\">https:\/\/www.timesofisrael.com\/netanyahu-goes-to-war-with&#8230;\/<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>[8] <a rel=\"noreferrer noopener\" href=\"https:\/\/www.un.org\/press\/en\/2016\/sc12657.doc.htm?fbclid=IwAR3m9cCSnuX-3_jcDs6HQLJLIDoBZMVnyMS-pmotJimY7pHqgKjBehGQe3Y\" target=\"_blank\">https:\/\/www.un.org\/press\/en\/2016\/sc12657.doc.htm<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sudah seminggu sebenarnya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) membuat keputusan bahawa mereka mempunyai kuasa bagi membicarakan kes jenayah perang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5617,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[6],"class_list":["post-5615","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-luar_negeri","tag-luar-negeri"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5615","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5615"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5615\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5618,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5615\/revisions\/5618"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5617"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5615"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5615"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5615"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}