{"id":5664,"date":"2021-02-24T11:08:19","date_gmt":"2021-02-24T11:08:19","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5664"},"modified":"2021-02-24T11:08:21","modified_gmt":"2021-02-24T11:08:21","slug":"umno-terengganu-berpecah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/02\/24\/umno-terengganu-berpecah\/","title":{"rendered":"UMNO Terengganu Berpecah?"},"content":{"rendered":"\n<p>Sudah termaklum seantero negara UMNO Terengganu mahu bertanding di semua kerusi di Terengganu dalam PRU15 akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini digegerkan sendiri oleh Ketua Perhubungannya, Datuk Seri Ahmad Said, mantan MB.<\/p>\n\n\n\n<p>Baginya tiada MN di Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang terkenal dengan panggilan Mat Said tegas dengan kemahuannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itulah Kemaman mendapat Jambatan Bukit Kuang macam jejambat di KL.<\/p>\n\n\n\n<p>Jasa jambatan itulah agaknya beliau merasakan orang Kemaman terhutang budi kepadanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru beliau merasa kuat dengan sokongan orang kampung terutama di kubunya, di Teluk Kalong.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan sebagai Ketua UMNO Terengganu yang pernah berani menyanggah Deris Jusoh dan Ahmad Razif mantan-mantan MB Terengganu sebelum dan selepasnya, apalah sangat dengan Ahmad Sabery Chik, mantan menteri dan Rozi Mamat yang dikhabarkan angin akan mengambil alih tempatnya selaku ketua perang PRU15.<\/p>\n\n\n\n<p>Biasalah kehidupan kampung, ayam di keliling-kelalang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau yang betina bertelur sebiji riuh rendah bunyinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tak sunyi kampung dibuatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terengganu bukan kampung sebutir milik si Lebai Malang.<\/p>\n\n\n\n<p>Di luar sana ramai pemimpin UMNO yang berpendidikan dan lebih berkredibiliti.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang yang menggunakan otak mengatasi pongoh.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka ini menerima MN demi kelangsungan politik ummah.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahasa badan mereka ada maksud yang tersimpan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai pemimpin UMNO yang kini mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin PAS Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga di peringkat bawah, umumnya penyokong dan ahli UMNO dan PAS tidak lagi macam kutub utara dengan kutub selatan seperti dulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sama-sama teruja dengan berakhirnya permusuhan politik apabila tertubuhnya MN.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang PAS dan UMNO sama-sama mentadbir masjid.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan terbaru, UMNO dan PAS mengadakan program bersama rakyat di DUN Batu Burok.<\/p>\n\n\n\n<p>Memanglah hari ini tiada seorang pemimpin UMNO yang berani menyanggah \u2018agah\u2019 Mat Said.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila diputuskan UMNO Terengganu menolak pelawaan kerajaan negeri agar JKKP turut terdiri daripada ahli UMNO, tiada yang berani membantah.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila diminta respon, mereka hanya tersenyum dan menggeleng-geleng kepala.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi tiada pula suara mereka mengiya dan memperkukuhkan kemahuan ayam sabung mereka, Biring Si Kunani itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah di kampong-kampung aktiviti dan program yang melibatkan ahli PAS dan UMNO terus berjalan dengan harmoni.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendirian UMNO terhadap hubungannya dengan PAS dalam MN dan penyertaannya dalam kerajaan PN, akan tiba di kemuncaknya tak beberapa lama lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung juga secara bersemuka atau secara maya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itulah jawapan muktamad akan dibuat oleh pemimpin mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau tersilap perhitungan, UMNO akan berpecah lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Nasib UMNO umpama telur di hujung tanduk.<\/p>\n\n\n\n<p>Diluah mati emak, ditelan mati bapa.<\/p>\n\n\n\n<p>Kluster mahkamah bukan calang-calang orang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengarnya ada kuasa veto pula.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa sahaja keputusannya nanti, turut mengesani UMNO di Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau dirungkai MN, bersoraklah Mat Said sebagaimana bersoraknya Lim Guan Eng dan DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan kalau sebaliknya berlaku, Mat Said boleh sahaja tunjuk hanelangnya dengan bertanding sebagai calon bebas.<\/p>\n\n\n\n<p>Takut apa Mat Said; terlentang menadah embun, tertiarap tahulah menelan pasir.<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalannya, beranikah UMNO membawa diri yang kehilangan suntinya?<\/p>\n\n\n\n<p>MAMPU Centre<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sudah termaklum seantero negara UMNO Terengganu mahu bertanding di semua kerusi di Terengganu dalam PRU15 akan datang. Hal<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5665,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[50],"tags":[51],"class_list":["post-5664","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-terengganu","tag-terengganu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5664","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5664"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5664\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5666,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5664\/revisions\/5666"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5665"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5664"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5664"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5664"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}